Lama tidak mendengar khabar mengenai primadona Drama melayu Datuk Sarimah Ahmad. Namun, baru-baru ini cucu kepada seniwati terkenal ini yang dikenali sebagai Sadiq tular di laman sosial apabila berkongsi momen indah bersama neneknya.
Menerusi laman sosial Twitter, Sadiq menerusi akaun @sadiqqasque berkongsi beberapa keping foto dia dan seniwati Sarimah untuk tatapan umum. Dalam perkongsian tersebut kelihatan Datuk Sarimah kelihatan sihat dan tetap cantik seperti dahulu.
“Bila membesar, saya nak jadi seperti dia. Tok dah berumur 78 tahun dan tetap nampak cantik. Sedih tak dapat beraya sekali tahun ni. Semoga tok sentiasa sihat dan cantik, I love you tok!
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan tok. Baru je telefon tok tadi, dia cakap seharian dapat panggilan tak henti. Alhamdulillah ramai yang mendoakan Tok hehe,” tulis Sadiq lagi menerusi bebenang kicauan.
Growing up, I want to be her so much. Tok is 78 and she’s always looking stunning. Sedih tak dapat celebrate sekali tahun ni. May Tok always be healthy and beautiful. I love you Tok! ❤💕 pic.twitter.com/NNOdIjVyqf
Hehe thank you everyone for the wishes! Just called Tok tadi, dia cakap the whole day dapat call tak stop, ada dari Singapore, Brunai, Alhamdulillah ramai yang mendoakan Tok hehe ♥️💕
Tok is the last few actresses from the golden age of Malay cinema. The young generation may know her from her movie hits with the late P Ramlee (Madu Tiga, Tiga Abdul and Ibu Mertuaku) but she actually has a longer list of legacy. Segan nak borak sejarah filem dkt sini but pic.twitter.com/IWFBnm4wmp
One of Tok best performance was “Dia Ibuku” which she won Best Actress at our film festival in 1981, handed over to her by YBhg. Tun Mahathir. In that movie Tok berlakon dengan Papa, and papa won best promising actor! They inspire me so much! pic.twitter.com/DOam8y2H6n
Malah, Sadiq turut memberitahu satu fakta menarik di mana semasa neneknya menjalani penggambaran filem Madu Tiga, Sarimah sedang hamil bapa Sadiq. Dari filem itulah Sarimah memberikan nama Jamil kepada anaknya dan kebetulan Jamil berkahwin dengan isterinya bernama Rohani.
Ramai yang memberi respond dengan perkongsian tersebut. Ada yang berkongsi dialog kegemaran mereka hasil lakonan seniwati Sarimah.
“Saya paling ingat ayat ‘Sampai abang jamil mampos’ hahaha omg cantiknya dia! Timeless beauty, major love,” komen seorang wargamaya.
“Muka macam di sana tu, sekali disini ketik, 10 yang datang tau” Cantik sangat, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” doa seorang wargamaya.
Ads
“Semoga tok awak panjang umur selalu. Sekarang kan filem-filem klasik di tayang waktu subuh kan. Baru je lepas tengok 3 Abdul,” kata seorang wargamaya.
“Teringat watak seniwati Sarimah sebagai Marjinah dalam Ali Baba Bujang Lapok. Kata umurnya 18 tahun ya dalam tu? Tapi seniwati Sarimah memang cantik. Moga Allah SWT panjangkan umur beliau dan diberi kesihatan yang baik,” tulis seorang wargamaya lagi.
Salam Ulangtahun Kelahiran ke 78 utk Bonda Hjh Sarimah. Semoga Allah akan menganugerahkan kesihatan yg baik, dpt ke Madinah serta tidak akan muflis di akhirat kelak. Ada sebab saya menulis begini, krn saya merujuk kpd satu berita. Itu harapan Bonda Sarimah. Tahniah Bonda. Aamiin
Namanya tidak pernah tercicir dari senarai 10 pelajar terbaik di sekolah. Usaha gigihnya yang sentiasa mengulang kaji pelajaran dan tidak suka membuang masa antara faktor yang membolehkan dia mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR tahun lepas.
Muhammad Zaki Mahdi bin Chamam, muncul sebagai anak Melayu pertama yang memperoleh 8A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).
“Zaki merupakan seorang yang sensitif dan boleh dikatakan manja. Selagi kerja rumah atau hasrat dia tidak saya turut selagi itu dia tidak akan berhenti berusaha. Dalam erti kata lain dia seorang yang konsisten dan tahu apa yang dia nak.
Dia juga lebih suka habiskan masa dengan membaca buku cerita pada waktu lapang. Sekiranya kami ke Ampang Point, kedai buku Popular sudah menjadi keutamaan untuk dia singgah. Selain itu, di rumah dia ada jadual belajar sendiri yang memang dia akan ikut sepenuhnya.
“Malah, dia rajin buat peta minda dengan pen warna-warni. Zaki juga gemar membaca buku cerita. Untuk memperbaiki bahasa Mandarin saya bawa dia ke kedai buku Popular dan belikan buku cerita yang dia pilih sendiri. Setiap buku cerita yang dibeli pasti Zaki akan meminta saya balut terlebih dahulu.
“Seminggu 3 kali mereka akan ikuti kelas bimbingan untuk mata pelajaran UPSR. Saya menyediakan mereka dengan pelbagai jenis kamus sebagai bahan rujukan. Saya juga beli kan buku latih tubi sebagai persediaan dan saya akan tetapkan masa seperti peperiksaan sebenar agar mereka terbiasa untuk menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan. Selain dari itu saya juga menyediakan whiteboard untuk mereka gunakan sebagai alat bantuan agar dapat ajar satu sama lain,”jelas Nurhidayu ibu kepada si kembar Muhammad Aqil Mahdi dan Muhammad Zaki Mahdi ketika ditemu bual oleh Majalah Keluarga baru-baru ini.
Kembar tidak bermakna minat dan pemikiran sama. Namun satu kelebihannya mereka punya hati dan perasaan yang sama. Saling menyayangi dan tidak wujud perasaan iri hati jauh sekali cemburu biarpun salah seorang daripada mereka lebih berjaya.
“Waktu mengambil keputusan UPSR baru-baru ini, saya dari awal sudah tahu keputusan mereka kerana menerima melalui SMS. Sebagai ibu, saya rasa gembira dan terharu sehingga menitis air mata. Cuma saya kena bijak main peranan supaya tidak ada yang terasa hati. Walaupun abang tidak mendapat A dalam Bahasa Mandarin, tetapi dia seolah olah dapat menjangka yang adiknya pasti mendapat keputusan lebih baik dan dia turut rasa bangga atas pencapaian adiknya. Keputusan Zaki mendapat 8A’s juga semuanya atas izin Allah SWT. Saya selalu mengingatkan Aqil dan Zaki, UPSR hanya permulaan, mereka perlu tempuh ujian yang lebih besar lagi selepas ini. Justeru, sebagai ibu, saya sentiasa mendoakan anak-anak saya akan mendapat keputusan yang cemerlang juga di PT3 dan SPM.
“Bab layanan tidak timbul soal berat sebelah kerana sejak dahulu lagi saya berusaha sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata baik abang mahupun adik. Soal gaduh itu perkara biasa nama pun adik- beradik kan. Oleh kerana mereka belajar di SJKC, setiap Sabtu dan Ahad pagi mereka akan belajar agama dan mengaji Al-Quran di Azraq Center. Selepas itu kami akan melakukan aktiviti bersama seperti bermain badminton di Sport Planet, roller blade di Taman Cabaran Putrajaya, berenang di rumah. Aktiviti seperti ini setiap minggu saya akan ganti-ganti agar mereka tidak bosan.
“Pada hujung minggu juga saya akan bawa Aqil Zaki untuk berjumpa atok dan nyang mereka di Kota Warisan Sepang. Bila di rumah atok pasti Tok Wan akan masakan kari ayam lauk kegemaran Aqil Zaki. Di sana mereka juga akan meluangkan masa bermain bersama sepupu,” ujar Nurhidayu Kamaludin sambil memberitahu anaknya gemar makan bijirin dengan susu sebelum pergi sekolah dan setiap hujung minggu dia akan bawa anak-anak ke bakery untuk memilih roti kegemaran mereka sebagai bekal sekolah.
Memegang jawatan sebagai Regional Sales Manager, GeoTeric di salah sebuah syarikat oil & gas services, Nurhidayu bagaimanapun tidak mahu kerjaya menyebabkan masanya dengan anak-anak terbatas. Bahkan, setiap kali menjelang peperiksaan baik dia mahupun suami, Chamam Zulkarnen yang bertugas sebagai Freelance Konsultant Geophysicist sentiasa menadah telinga dan membuka mata untuk anak-anak andai diperlukan.
“Satu yang penting apabila menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan adalah menyediakan pelbagai kamus supaya mereka dapat banyak manfaat daripadanya. Saya dan suami tiada pengetahuan dengan Bahasa Mandarin, jadi kami kena banyak guna kamus untuk membantu mereka. Sebab itu saya belikan pelbagai kamus kerana dapat memahami banyak perkataan baru.
“Dua minggu sebelum UPSR, ibu saya iaitu nenek kepada Aqil dan Zaki yang telah pun bersara merupakan seorang guru bahasa Melayu, turut membantu mereka mengulang kaji dalam subjek bahasa Melayu. Sehari sebelum peperiksaan, saya mengingatkan mereka untuk menelefon nenek dan atok agar mendoakan kejayaan buat mereka.
“Ketika hari peperiksaan UPSR saya memberi mereka motivasi dengan menghantar mereka ke sekolah dan teman mereka ulang kaji di dewan sekolah sehingga lah loceng berbunyi. Saya cuma berpesan, lakukan yang terbaik dan berserah pada Allah. Sekiranya panik ingat pada Allah dan berdoa lah.
“Kami tidak pernah bertanya bagaimana kertas soalan peperiksaan pada hari tersebut sehingga lah semua kertas UPSR telah selesai sepenuhnya. Yang sudah selesai tidak perlu dibicarakan. Fokus pada kertas yang seterusnya,” ujar Nurhidayu lagi sambil memberitahu anak-anaknya juga seperti kanak-kanak lain yang berminat main game dan mereka hanya boleh berbuat demikian pada hujung minggu selepas selesai kerja sekolah dan membasuh kasut.
Ditanya mengenai pemakanan untuk anak-anaknya, akui Nurhidayu selain bijirin dan susu, menu sayur antara yang wajib ada di meja makan baik siang mahupun malam.
“Sejak dari kecil mereka suka makan sayur. Sayur kegemaran mereka seperti bayam, kacang panjang, sawi dan kangkung. Susu pula minuman pilihan selepas makan malam dan sarapan mereka. Setiap minggu saya akan masak tempe dan tauhu goreng buat mereka. Selain dari itu Zaki juga suka sangat makan telur mata separuh masak. Alhamdulillah mereka pengemar sayur tetapi kurang gemar makan daging dan tidak makan seafood. Nasi goreng cina dan nasi goreng telur menjadi pilihan bila makan di luar.
“Saya jadikan waktu makan dan hujung minggu sebagai waktu bersama-sama keluarga. Oleh itu pada waktu makan malam saya akan sentiasa bertanya kegiatan dan kejadian yang berlaku seharian di sekolah. Masakan spegetti bolognise yang saya masak merupakan makanan kegemaran Zaki. Oleh itu hujung minggu saya akan hidangkan untuk mereka.
“Buah yang mereka makan hanya Buah Naga yang berwarna merah. Buah ni dari kecil mereka makan sampai lah sekarang. Kalau buah lain mereka akan makan kalau dipaksa. Kalau bab makan mereka banyak persamaan tetapi hobi sedikit berbeza, Aqil suka membaca komik dan aktiviti lasak manakala Zaki pula suka membaca buku terutama novel selain melukis.
Ditanya sama ada akan terus belajar di SJKC selepas ini, Zaki hanya menggelengkan kepala kerana dia kini sudah ada impian lain iaitu ingin menyambung pengajian di Sekolah Aminuddin Baki bersama abangnya, Aqil jika ada rezeki dan terpilih.
“Sebagai ibu, saya tidak akan memaksa mereka untuk sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya akur dengan pilihan mereka untuk tidak sambung belajar di sekolah menengah cina. Saya sendiri telah melihat bagaimana mereka luangkan masa mengulangkaji dan cuba memahami mata pelajaran yang tidak mampu saya ajar sendiri.
“Saya cuma boleh support mereka dengan membayar kelas tambahan. Kami hanya dapat mengajar mereka subjek Bahasa Melayu dan English sahaja. Matematik dan Sains semua nya dalam bahasa Mandarin.
‘Satu lagi, saya dan suami elakkan gajet pada anak-anak. Cuma apabila mereka capai kejayaan dalam UPSR jadi saya belikan hadiah telefon kerana itu yang mereka inginkan. Cuma jika mereka mahu belajar bahasa Mandarin, saya berikan telefon saya kerana ada apps di dalamnya yang boleh membantu mereka. Malah, kami tahu siapa kawan mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Saya suka mereka bawa kawan ke rumah, saya akan memasak dan mereka akan makan bersama.
“Alhamdullillah mereka hargai pengorbanan yang kami lalukan buat mereka. Terima kasih Zaki dan Aqil telah berusaha dan juga membuktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya berpesan kepada mereka agar lakukan yang terbaik untuk PT3 dan SPM agar terus mengharumkan nama bangsa Melayu,”ujar Nurhidayu lagi.
Tip belajar dari Zaki
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki hari keempat belas umat Islam berpuasa, tidak seperti sebelum -sebelum ini rata-rata para ibu sibuk menyediakan juadah untuk pagi raya. Namun tahun ini agak suram sambutannya disebabkan oleh virus Covid-19. Namun, ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk menyediakan biskut raya walaupun secara ala kadar.
Bagi KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, baginda antara yang tidak melepaskan peluang dalam menyediakan biskut raya yang menjadi kegemarannya.
Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram, Tunku Azizah memuat naik gambar biskut raya. Menurut Tunku Azizah lagi, biskut tersebut merupakan biskut tradisi keluarganya.
Bukan itu sahaja, Tunku Azizah juga turut memberitahu, sejak dahulu lagi baginda bersama-sama anakanda-anakanda perempuan turut serta melakukan persiapan lebaran nanti.
Kami adek beradek memang di didik oleh Bonda lagi kecil , di bawa masuk dapur dan setiap Ramadan kami semua buat biskut sendiri , tidak pernah order …: buat fruit cake , harissa … dan siapkan dewan utk hari terbuka ……
Dan sy teruskan tradisi itu apabila sy mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Agong …. setiap Raya , sy buat aendiri semua dan sekarang sy sedang didik anak dara saya @tpafzan@tp.jihan pula,” Ujar Tunku Azizah lagi.
Pastinya, selepas ini Tunku Azizah akan menurunkan ilmu memasak yang dimilikinya kepada dua puterinya iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah turut sama berada di dapur membuat biskut raya.
Dalam pada itu, Tunku Azozah turut memuat naik gambar biskut raya yang sudah siap dan baginda memuat naik gambar-gambar biskut yang telah dibakar di Instagramnya.
Perkongsian tersebut nyata mendapat reaksi daripada orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa kagum dengan cara Tunku Azizah yang cukup simple dan ‘sempoi’ kerana membuat biskut raya dengan hasil air tangannya sendiri.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga turut memuji didikan yang dilakukan oleh baginda kepada anakandanya. Walaupun memiliki darah diraja, namun keluarga ini cukup low profile dan tidak kekok turun ke dapur untuk memasak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap hari, baik ayahnya Ahmad Safiuddin atau ibunya, Nurul Erwani kerap memuat naik gambar-gambar terbaru Ainul di media sosial masing-masing sebagai tatapan warga Malaysia.
Terima kasih abang untuk segala pengorbanan
Semalam, ibu Ainul memuat naik satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Menurut Nurul Erwani di Instagram, semalam merupakan ulang tahun kelahiran suaminya. Di dalam perkongsian tersebut, dia turut sempat memberikan ucapan melalui kapsyen kepada suami tercinta.
Happy Birthday To My Lovely Husband ?????? .
Terima kasih abang untuk segala pengorbanan abang kepada wani and our daughter, Ainul Mardhiah❤️ Semoga Allah sentiasa berikan rahmat dan kasih sayangNya pada abang dan juga rezeki yang melimpah ruah untuk abang. .
Dalam pada itu, Ahmad Safiudin turut memuat naik gambar sempena hari jadinya. Dia juga sempat memuat naik satu posting seakan memberi bayangan sudah bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia.
Genap 24 tahun. Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki yang ada pada hari ini.
Masih dapat berada di sisi anak dan isteri serta keluarga yang tercinta. Terima kasih yang mendoakan.
Semoga doa doa baik itu Allah kembalikan semula kepada kalian sekeluarga. Amin,” tulis Ahmad Safiudin.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...