Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui sebak ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.
Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu menangis kesakitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.
“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Covid-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerit pedih, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..
“Tok mama Tak tahan dengar sayu tangisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.
“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” tulisnya dalam sebuah entri di akaun instagram miliknya.
Ads
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkhatan itu hingga selesai.
Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.
Ads
Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkhatan pada hari berkenaan.
“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.
Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat dijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.
“Ajar anak lelaki menjadi LELAKI.“ Baru Simpati Pada Ibu & Isteri.
Kerja rumah jangan anggap anak perempuan aje kena buat. Anak lelaki pun kena tahu buat. Bukan duduk depan TV tengok adik beradik perempuan kemas rumah.
Bila anak lelaki tahu buat kerja rumah baru mereka tahu betapa penatnya buat itu ini di rumah. Baru mereka simpati pada ibu dan isteri bila besar.
Menarik dengan perkongsian ini. Moga jadi manfaat bersama yang dikongsikan oleh pemilik fb Edi Aruna Pencerita tentang anak lelaki.
Nak jadi lelaki ada rukunnya. Bukan beranak keluaq lato lato terus jadi lelaki. Lelaki bukan semata mata reti tahan sakit, bukan semata mata kuat berkerja, bukan semata mata reti cari duit.
Nak jadi lelaki mesti tahu ini. Kerja sidai kain baju bukan hak mutlak seorang wanita, kerja kemas rumah pun bukan tanggungjawab wanita semata mata, kerja di dapur pun bukan milik abadi seorang wanita. Kalau kita seorang anak, semua kerja tu bukan tanggungjawab mak kita pun. Kalau kita seorang suami, semua tu bukan kerja bini kita semata mata.
Fahamkan anak² lelaki kita, nak jadi lelaki biar betul² jadi lelaki. Jangan dah menikah nanti masih tak reti pesiang ikan, masih tak reti nak potong ayam, masih tak reti nak sidai kain baju, masih tak reti nak menyapu.
Ya, lelaki ni kerja dia menggali rezeki. Tapi bukan bermakna balik rumah terus terbongkang depan tv. Ayah kita dulu balik motong getah boleh lagi bertukang kat rumah. Balik dari laut boleh lagi masak gulai kat dapur. Kalau penat sangat pun ayah kita cuma rehat, bukannya tak reti buat. Jadi lelaki kena RETI serba serbi hal dalam rumah ni. Kena simpati dengan emak, kena kesian dengan bini.
Bila dari kecik tidak faham semua tu, itu yang bila dah ada anak bini kerja nak maki. Anak buat silap sikit cepat naik kaki. Bini lambat masak dia tendang tudung periuk, dia tanjal dahi bini. Sebab dia rasa dia dah cukup lelaki. Padahal dia jadi lelaki hanya pada jasad, bukan pada hati. Jasad tanpa hati tu zombie, bukan seorang lelaki sejati. Ngerti?
Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah secara tiba-tiba apabila remaja lelaki berusia 13 tahun itu disahkan berdepan masalah saraf pada bahagian wajah yang berlaku tanpa sebarang tanda awal. Situasi tersebut nyata mengejutkan ramai pihak, khususnya para ibu bapa yang memahami betapa rapuhnya emosi apabila kesihatan anak terjejas secara mendadak.
Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Danielle, berkongsi perkembangan kesihatan anaknya menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story bagi menjelaskan keadaan sebenar Muhammad yang sebelum ini menerima rawatan di hospital. Perkongsian jujur itu mengundang rasa sebak dan simpati dalam kalangan pengikutnya, apatah lagi apabila melibatkan kesihatan anak yang masih di usia remaja.
Menurut Diana, Muhammad telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan menyeluruh dan kini sedang mengambil ubat steroid sebagai sebahagian daripada rawatan awal. Keadaan anak Diana Danielle alami lumpuh wajah ini memerlukan pemantauan rapi walaupun dilihat semakin stabil dari hari ke hari.
Selain itu, satu temu janji untuk menjalani imbasan MRI turut dijadualkan bagi membantu pihak doktor mengenal pasti punca sebenar gangguan saraf yang dialami anaknya. Langkah ini penting bagi memastikan sebarang kemungkinan komplikasi dapat dikesan lebih awal.
Walaupun masih belum ada pengesahan muktamad, doktor mengesyaki keadaan tersebut berkait sama ada dengan Sindrom Guillain-Barré (GBS) atau Bell’s Palsy. Namun begitu, Diana memaklumkan perkembangan anaknya setakat ini menunjukkan tanda-tanda positif dan tidak menunjukkan simptom yang membimbangkan.
Sebelum anak Diana Danielle alami lumpuh wajah, Muhammad difahamkan pernah mengalami demam akibat jangkitan virus. Susulan daripada itu, beberapa pemeriksaan lanjut telah dilakukan melibatkan pakar neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar perubatan lain bagi memastikan keadaan tersebut tidak melibatkan sistem saraf utama atau anggota badan lain.
Dalam nada seorang ibu yang tabah, Diana meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah dibenarkan berehat di rumah bersama keluarga meskipun proses pemulihan dijangka mengambil masa. Baginya, sokongan emosi dan suasana rumah yang tenang amat penting untuk membantu proses penyembuhan.
Fokus utama ketika ini adalah usaha memulihkan fungsi saraf wajah Muhammad, terutamanya dari segi pertuturan. Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah ringan yang memberi kesan kepada sebutan beberapa huruf tertentu.
“Ada huruf seperti M, B dan P yang agak sukar untuk dia sebut, jadi dia perlu kerap berlatih supaya saraf wajah kembali kuat,” jelas Diana dengan penuh harapan.
Tambahnya lagi, pihak doktor masih belum dapat membuat pengesahan sama ada Muhammad benar-benar mengalami Sindrom Guillain-Barré atau Bell’s Palsy kerana lumpuh yang berlaku adalah ringan, melibatkan kedua-dua belah wajah dan tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain.
“Sekarang dia sudah tidak demam. Cuma kesan daripada jangkitan virus tempoh hari menyebabkan keadaan ini berlaku. Insya-Allah boleh pulih, cuma ambil masa beberapa minggu atau bulan bergantung kepada tindak balas badan,” katanya.
Kenyataan itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para pengikut yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Muhammad sejak berita anak Diana Danielle alami lumpuh wajah mula tersebar.
Perkongsian Diana ini nyata menyentuh hati ramai ibu bapa dan menjadi peringatan agar tidak memandang ringan sebarang perubahan mendadak pada kesihatan anak. Pemeriksaan awal, sokongan keluarga serta doa yang berterusan adalah antara kekuatan terbesar dalam membantu proses pemulihan seorang anak.
Anak Diana Danielle alami lumpuh wajah mungkin menjadi ujian besar buat keluarga kecil ini, namun ketabahan dan keterbukaan Diana berkongsi kisah sebenar membuka mata ramai tentang kepentingan kesedaran kesihatan saraf dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Semoga Muhammad diberikan kesembuhan sepenuhnya dan terus membesar sebagai anak yang sihat, ceria serta dilindungi Allah SWT. Aamiin.
Anak-anak bila dah meningkat dewasa, satu hal yang menjadi kerisauan ibu bapa selain masalah kerja, semestinya soal jodoh. Yang mana dah ada pilihan hati sendiri dan ‘lulus’ dari pandangan orang tua tak menjadi masalah. Yang masalahnya, bila susah nak mencari atau tak rasa nak mencari jodoh, sememangnya menjadi kerisauan ibu ayah, lebih-lebih lagi yang tak sabar nak timang cucu!
Waktu tu mula lah misi mencari menantu digerakkan oleh ibu ayah! Ada yang sampai nak kenenkan dengan anak kawan-kawan lagi tau… Lain pula dengan pasangan ini di mana gelagat mereka yang ‘out of the box’ telah meriuhkan suasana dalam sebuah majlis konvokesyen baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman Tiktok yang juga menantu kepada pasangan ini, Nurulmohdshah menyaksikan gelagat ibu dan bapa mentuanya mencari calon menantu ketika di Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“‘MENCARI CALON MENANTU’ 🤣 Ibu ayah mentua pergi konvo 30/10/22 haritu. Sempat lagi promote nak cari calon untuk Emma 🤣 Sporting habis! Pakcik mengantuk pun boleh bangun tergelak 🤣” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut mempamerkan sepasang suami isteri memegang telefon yang terpapar tulisan ‘mencari calon menantu’ di Istiadat Konvokesyen anak perempuannya menarik perhatian netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan pasangan suami isteri itu yang mahukan jodoh buat anak perempuannya.
Sumber : nurulmohdshah_
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.