Bila menyentuh bab menggosok tudung, tanyalah dengan mana-mana kaum ibu pasti mereka akan merasakan menggosong tudung ini bukanlah boleh dilakukan dengan ala kadar sahaja. Ianya perlu dibuat dengan teliti dan sabar. Dan lagi satu, memang pantang sangat kalau telah digosok masih nampak berkedut. Jadi selagi belum puas hati, jangan hairan akan terus berkali-kali iron agar bila tudung dipakai nampak cantik dan mudah dibentuk.
Tapi biasanya orang lelaki khususnya en suami tidak tahu hal itu. Bagi mereka apalah sangat dengan menggosok tudung, perkara mudah sahaja untuk dilakukan. Ini turut diakui oleh seorang suami bernama Lutfi Lokman. Namun setelah cuba membantu isterinya menggosok tudung, barulah dia sedar bukan semudah yang disangka.
Ikuti perkongsiannya itu.
Tadi isteri aku minta tolong gosok tudung dia sebab dia sakit perut. Takut lambat bersiap.“Gosok tudung?” Tak pernah dibuat aku seumur hidup gosok tudung dia.
Di rumah, kami tak ada iron board. Entahlah. Dia selesa gosok kat bawah sambil bersila. Aku pun bentanglah tudung. Buka seterika. Lalu teruskan kerja gosok.
Pada aku, benda tak susah. Janganlah buat susah. Aku tak faham kenapa untuk tudung ni sampai bergaduh hang aku. Tudung je pun.
Ads
Bila seterika kat bawah ni, kau kena bajet-bajet tudung tu atas kain tempat gosok. Tudung ni besar, jadi kau kena bahagikan mengikut bahagian-bahagian yang perlu digosok. Bermakna, ada part tudung yang dah digosok, kena lipat dengan cermat supaya mengelakkan daripada berkedut.
5 minit. 10 minit. 20 minit.
Itu masa yang aku ambik untuk gosok tudung isteri aku.
Ads
Punya syok aku gosok, tak sedar tertindih dengan kaki sendiri atas tudung yang dah digosok.
Ya Allah. Rasa sesal tu tak boleh nak sebut. Sedih. Geram. Kecewa pada diri sendiri sebab tertindih tudung. Kenapalah aku tak berhati-hati masa gosok tu tadi. Kenapa kaki aku ni gatal pergi tindih tudung. Nak kena gosok berapa kali nih!!
Rasa nak menangis Ya Rabbi.
Ads
“Lama gosok tudung Bang?” Tanya beliau.
“Diamlah.”
Terdengar ketawa berair mata di pintu bilik.
Sekarang aku faham apa erti tudung yang dah digosok oleh seorang wanita.
Remaja lemas dalam tali air, “Bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis.” Itu yang diceritakan oleh Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah, 14, yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Ainul Mardiah ditemukan dalam keadaan tertindih dengan motosikal Yamaha Ego yang ditungganginya.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“Ini kali ketiga kami diberi ujian kematian apabila dua beradik saya juga dijemput Ilahi akibat kemalangan jalan raya serta lemas di paya,” katanya.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.
Menurut Dr Redza Zainol, sebaik anak melangkah ke alam persekolahan, anak perlu dijaga dengan beberapa perkara yang penting untuk menjalani proses pembesaran mereka. Ikuti perkongsian ini.
6 perkara yang anak lelaki & perempuan usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah:
1. Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.
2. Jangan benarkan rakan-rakan atau orang dewasa sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).
3. Jaga tutur kata. Murid Darjah 1 pun ada yang dah mencarut, tunjuk jari tengah dan lain-lain.
4. Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tidak menyenangkan.
5. Hargai barang yang dibeli oleh ibu bapa. Jika tidak, pensel, pemadam, pembaris, botol air semua hilang.
6. Mula diajar solat setiap hari dan belajar bacaan semasa solat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada perkataan yang lebih tepat menggambarkan anak cemerlang ini melainkan ketekunan dan displin diri. Siti Athirah Salmin merupakan calon SPM 2017 dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) yang telah memperoleh keputusan cemerlang 11 A+ awal tahun ini, merupakan seorang yang pelajar yang mempunyai prinsip dalam dirinya untuk bergelar pelajar cemerlang!
Kejayaan yang dimiliki oleh anak keempat daripada enam beradik ini yang bercita-cita menjadi pakar jantung negara, adalah daripada usaha, ketekunan dan displin dalam dirinya selain doa daripada kedua ibu bapa. Anak kepada pegawai polis ini, Salmin Jaafar dan ibunya, pegawai penyelidik,Wan Aidah, begitu komited terhadap hala tuju kehidupannya bergelar pelajar.
“Ibu bapa banyak memberikan motivasi kepada diri saya. Apabila musim peperiksaan, hampir setiap hari saya akan menelefon ibu bapa saya untuk meminta maaf dan minta mereka mendoakan saya. Ini membuatkan saya lebih tenang menjawab peperiksaan.
Pelajar Cemerlang SPM 2017, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
11 A+
Bahasa Melayu A+ Bahasa Inggeris A+ Sejarah A+ Matematik A+ Matematik Tambahan A+ Fizik A+ Kimia A+ Biologi A+ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah A+ Pendidikan Syari’ah Islamiah A+ Bahasa Arab A+
RAHSIA KEJAYAAN
“Dalam pada itu, apa yang saya terapkan dalam diri adalah pertama sekali, dalam apapun perkara yang kita buat perlu betulkan niat. Niat belajar adalah mengenal Allah sebagai pencipta kita, supaya dapat meningkatkan ketaqwaan kepadnya. Bila mana kita kaitkan semua yang kita belajar dengan kebesaran Allah dan kehebatan Allah, maka kita akan merasa ada makna kita belajar.
“Bukan hanya untuk keputusan cemerlang semata-mata. Kerana kalau kita buat semata-mata untuk keputusan cemerlang, dan setelah itu mendapat apa yang kita impikan, kita pastikan akan tertanya-tanya, “apa lagi selepas ini?”, “dengan keputusan cemerlang ini, so what?” seolah-olah cita-cita kita tak pernah habis, dan kita tak pernah puas dengan kehidupan. Sebab itu pentingnya ada niat yang lurus, wawasan menuju akhirat, dan untuk menjadi orang yang bermanfaat buat masyarakat.
“Kedua, belajar secara aktif. Ini bermakna belajar menggunakan seberapa banyak deria yang boleh dan fokus. Jangan hanya membaca secara pasif, tapi cuba targetkan apa yang kita nak tahu dari pembacaan. Cara belajar secara aktif yang terbaik ialah dengan mengajar.
“Sebab dengan mengajar, kita menggunakan banyak deria, dan sebelum kita dapat mengajar kawan-kawan kita, sudah pastilah kita sendiri perlu betul-betul faham, rujuk kepada guru tentang pemahaman.
“Jadi, semasa di Kolej Islam dulu, saya banyak menyertai program Mentor Mentee yg mana saya sendiri perlu mengajar rakan yang memerlukan, dan juga rakan dari sekolah lain.
“Soal pemakanan pula, makanan harian disediakan di asrama, jadi tiada apa sangat yang berbeza. Cuma saya ada juga mengambil makanan tambahan tapi saya tak pasti itu memberi kesan atau tidak. Amalkan madu asli juga sangat baik.
“Namun yang paling memberi kesan untuk fokus dalam kelas ialah, berpuasa. Apabila puasa menjadi amalan, kita akan kurang mengantuk dalam kelas kerana selepas makan, terutamanya makanan yang tinggi karbohidrat. Selain itu, jangan makan selain waktu makan, terutamanya makan ketika belajar sangat tidak digalakkan kerana membantutkan fokus,” ujarnya.
AMALKAN SOLAT TAUBAT
Siapa sangka rahsia pelajar cemerlang ini antaranya solat taubat. Amalan ini dilakukan setiap hari dengan solat lain.
“Seterusnya, amalkan harian iaitu amalan solat taubat, tahajud dan hajat setiap awal pagi. Saya bangun sealawal 4.30 pagi untuk mandi, bersihkan diri, siapkan diri, beg sekolah dan kemas katil. Selepas tu, sekitar pukul lima pagi saya amalkan solat taubat, tahajud dan hajat di surau.
“Pentingnya solat taubat sebelum solat-solat yang lain kerana manusia tidak lari daripada dosa, maka banyakkan taubat supaya dosa tidak menjadi penghalang untuk ilmu mudah masuk, kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati org yg berbuat maksiat.
“Seterusnya solat subuh berjemaah di surau asrama. Saya tetapkan kepada diri saya utk membaca al-Quran sekurg-kurangnya 10 muka surat selepas subuh. Membaca al-Quran membantu menenangkan diri, “ jelasnya lagi.
BELAJAR BUKAN UNTUK PEPERIKSAAN TETAPI MENIMBA ILMU
Melihat kepada perwatakannya, nyata Siti Athirah merupakan anak yang berdisplin mengenai masa. Biarpun semasa ditingkatan empat, baginya tiada istilah honeymoon. Baginya pembelajaran adalah sepanjang hayat.
“Saya berpegang kepada prinsip pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya belajar untuk peperiksaan sahaja. Bagi saya, tingkatan empat bukanlah tahun honeymoon. Ingatlah, kalau kita belajar untuk peperiksaan, selepas habis peperiksaan kita akan lupa semua ilmu. Itu sangatlah sia-sia.
“Namun, kalau kita belajar dengan niat yang benar, seperti yang telah disebutkan tadi, kita tidak akan pernah jemu untuk menimba ilmu yang akan berguna buat kita nanti. Barulah ada makna kita belajar. Jadi semasa tingkatan empat tu sememangnya saya dah mula belajar bersungguh-sungguh.
“Tingkatan lima saya banyak habiskan masa untuk membuat latihan kertas SPM tahun sebelumnya, dan juga soalan percubaan utk memberi gambaran tntg bagaimana format, cara pemarkahan dan teknik menjawab,” jelasnya.
Tambahnya lagi, guru di sekolah banyak memberikan motivasi kepada pelajar dan sering mengingatkan pelajar tujuan belajar. Jadi dengan kesedaran itu menyebabkan pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Kini Siti Athirah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang.
IBU BAPA WUJUD PERSEKITARAN CERIA DI RUMAH
Dalam pada itu, ibunya, Wan Aidah Wan Ibrahim menjelaskan bahawa beliau dan suaminya sentiasa memastikan anak-anak dalam persekitaran yang positif untuk membantu anak-anak untuk belajar dalam suasana yang tenang.
“Pastikan suasana rumah yang harmoni dan banyak bersabar. Jangan biarkan wujudnya masalah dalam kehidupan harian. Persekitaran yang sentiasa ceria juga perlu supaya semua gembira dan anak-anak boleh belajar dengan tenang tanpa gangguan. Malah saya juga bersyukur dianugerahkan tuhan anak yang punya kebijaksanaan.
“Saya juga sentiasa memberi galakkan dan pujian apabila anak-anak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Tidak marah apabila anak-anak gagal tapi beri motivasi agar dapat baiki keputusan selepas itu. Suami saya juga tidak lupa memberi motivasi kepada anak-anak walaupun sibuk dengan urusan kerjanya.
“Juga sebagai ibu bapa, sudah tentulah berharap Athirah berjaya dunia dan akhirat dan tidak melupai jasa ibu bapa dan menjaga perhubungan yang baik dengan adik beradik,” jelasnya yang merupakan Pegawai Penyelidik Lembaga Koko Malaysia.
*Selanjutnya ikuti kisah anak cemerlang ini keluaran Majalah Keluarga isu Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.