‘Tolong Simpankan Video Ini Untuk Aku’ – Suami minta video terakhir bersama isteri disimpan untuknya

Share

Beberapa hari lalu, berita kemalangan jalan raya yang terjadi di Lebuhraya Selatan berhampiran Kulai yang melibatkan seorang wanita maut apabila terperangkap di dalam kenderaan yang dinaiki bersama suaminya.

Wanita tersebut adalah Allahyarham Nurul Nazihah yang sedang menemani suaminya, Rezuan Jamil untuk bertemu klien terlibat dalam kemalangan yang melibatkan 4 buah kenderaan.

“Sumpah Yang.. Saya tak tinggal awak”

Jika sebelum ini tular video sewaktu kemalangan tersebut terjadi di mana ramai turut berduka apabila melihat Rezuan berulang kali mengungkapkan “Sumpah Yang.. Saya tak tinggal awak”

Hari ini melalui satu perkongian Tiktok oleh Izzahatikah3456 sekali lagi meruntun hati apabila melihat kapsyen yang tertulis,

“Tolong simpankan video ini untuk aku.”

Bini aku tak de, hp aku, dompet aku, kereta aku,

Semua dah takde”

Video tersebut adalah video terakhir yang dimuatnaik oleh isterinya sebelum kemalangan.

Semoga suami Allahyarham Nurul Nazihah, Reduan Jamil dan seluruh keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN