Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, selebriti bernama Alif Satar ini nyata serba boleh. terbaru, dia menyertai saingan Ironman Langkawi 2019 dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) semalam.
Dalam pertandingan tersebut, Alif telah berjaya menghabiskan semua cabaran tersebut dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. Rekod tersebut telah membuatkan selebriti itu berbangga berikutan kejayaan yang bukan semua orang mampu menghabiskannya.
Ads
Di dalam perkongsiannya menerusi laman isntagram, nyata kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah bapa kepada tiga cahaya mata ini setelah berjaya sampai ke garisan penamat.
Dalam pada itu, hos Big Stage ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong di sepanjang laluan cabaran Ironman iaitu di Pantai Cenang kerana tidak henti-henti memberikan sorakan padu buatnya. Dia turut memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak sempat dibalas olehnya.
Menurut Alif lagi, dia mengakui penyertaaanya di dalam Ironman bagi kategori penuh ini merupakan satu kerja gila yang pernah dilakukan, Begitu pun dia tidak sabar berkongsi kisah penyertaannya kepada umum tidak lama lagi.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri menguruskan duit anak-anak. Nak selamat cepat-cepat pergi simpan duit dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, satu pula kan nak kena ganti.
Buat ibu bapa di luar sana. boleh cuba tip yang dikongsikan oleh ibu bernama Mcyah Joanjett lakukan sejak dulu lagi dalam menguruskan duit anak-anaknya.
Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak2. Aku tak ckup makan xpe, janji simpanan anak2 ada. At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek xboleh makan sekalipun, aku takkn curi duit anak2. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bgtau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” xpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa2 pun xpernah ckup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit xckup ada banyak pun xckup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti☺️.
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit2 je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung shaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak2 aku baru berumur 5 tahun,4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.
P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita☺️. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua xmuat gambar?.
Selain kaedah yang dipraktikkan oleh ibu ini, admin sertakan tip lain dalam menguruskan duit raya anak. Pertama sekali – anda perlu:
Pastikan anda telah asingkan setiap duit raya anak-anak anda siap-siap. Jangan tercampur pula! Biasanya, ibu bapa akan memastikan setiap anak mendapat jumlah duit raya yang sama.
Selepas habis raya, cepat-cepat pergi simpan duit raya anak tersebut dalam bank atau tabung khas pelaburan agar anda tak “terguna”. Kalau terguna, anda kena bayar balik, okay. Ada banyak tabung khas pelaburan yang bermanfaat untuk membuat penyimpanan. Antaranya adalah Tabung Haji.
Untuk membuka akaun Tabung Haji, anda hanya memerlukan RM2 saja. Jom simpan duit raya anak dalam tabung khas ini.
Apa yang anda perlukan: Sijil lahir anak dan sijil nikah anda.
Siapa tak kenal dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Semua orang tahu kebaikan tabung simpanan ini. Tunggu apa lagi? Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah memperkenalkan skim amanah saham terbaru – iaitu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Jadi, anda boleh senang-senang buka akaun ASB untuk anak anda dan simpan semua duit rayanya!
Apa yang anda perlukan: Borang pendaftaran unit Amanah, kad pengenalan/sijil lahir anak, dan kad pengenalan penjaga
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.
Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.
Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit raya anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.
Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?
Selamat mencuba semua ibu bapa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.
Dalam episod khas Podcast Dr M sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-100, beliau berkongsi pengalaman sewaktu menuntut ilmu, termasuk kisah ketika bergelar pelajar perubatan. Menurutnya, walaupun pernah ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan sekelas yang lain, beliau tetap gigih mengejar dan memperbaiki diri.
Tambah Dr Mahathir, proses membaca berulang kali menjadikan pemahaman terhadap pelajaran lebih mendalam dan mudah diingati, terutama ketika menjawab soalan dalam peperiksaan.
Beliau juga percaya, apa jua kemahiran boleh dikuasai jika dilakukan secara berterusan. Perkara ini turut dibandingkan dengan situasi mengenali seseorang, kita tidak hafal wajah mereka, tetapi kerana sering bertemu, wajah itu melekat dalam ingatan.
“Macam kita kerap jumpa kawan. Kita kenal muka dia bukan sebab kita hafal, tapi sebab selalu tengok. Ilmu pun macam tu. Kita akan nampak bila selalu baca,” jelas beliau.
Dr Mahathir turut berkongsi bahawa minat terhadap membaca menjadikannya lebih gemar meneroka pelbagai jenis bahan bacaan, termasuk di luar skop pelajaran.
“Kalau ada buku lain yang saya rasa menarik, saya baca juga. Lagi banyak kita baca, lagi banyak yang kita tahu,” katanya.
Menurutnya lagi, ulang kaji bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sekali lalu. Ia memerlukan usaha yang konsisten. Sama seperti hubungan sosial, seseorang hanya akan diingati bila kerap bertemu.
“Kalau kita hanya jumpa orang tu sekali, mungkin kita tak ingat pun. Tapi kalau kita jumpa dia hari-hari, sampai bunyi batuk dia pun kita kenal,” ujarnya sambil tersenyum.
Dalam perbandingan lain, beliau menyentuh hobinya mengukir kayu. Katanya, hasil ukiran pada awalnya mungkin tidak cantik, namun selepas latihan yang berterusan, hasilnya akan semakin baik.
Kesimpulannya, kejayaan dalam pelajaran bukan semata-mata bergantung pada kebolehan semula jadi, tetapi datang daripada kesungguhan untuk belajar dan mengulang pelajaran. Nasihat Dr Mahathir ini membuktikan bahawa disiplin dan usaha yang konsisten adalah kunci utama untuk mencapai kecemerlangan.
Umum mengetahui anak pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor baru-baru ini dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Dalam satu temu bual Sharnaaz memberitahu anaknya, Jebat Jayden sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah saluran kencing, Urinary Tract Infection (UTI) sejak dari usia enam bulan.
Pagi tadi pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini ada memuat naik satu perkongsian mengenai anak kesayangannya.
Dalam perkongsian tersebut, dia memohon para peminat dan pengikut Instagram (IG)nya untuk sama-sama mendoakan kesihatan anaknya. Jelas Sharnaaz, anaknya kini berada dalam keadaan kurang baik.
“Doakan anak saya selamat…@jebatjayden dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad dan mengharapkan doa serta keberkatan bulan Ramadan,” tulisnya.
Rata-rata netizen menghulurkan rasa simpati dan mendoakan kesihatan Jebat Ayden kembali sembuh. Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Sharnaaz dan isteri supaya tidak berhenti mendoakan Jebat Jayden.
Dalam satu lagi perkongsian lain, Sharnaaz turut memuat naik luahan hati yang menyatakan kasih sayang terhadap anak lelakinya itu.
Melihat kepada posting tersebut, jelas menggambarkan kerisauan seorang bapa terhadap anaknya. “I love you sayang…Doakan Jebat na…I am half brave then you my boy…Your name make you so strong Insya-Allah…Strong like your name my Jebat, our Jebat…Baba love you so much,” tulisnya.
Walau apapun yang sedang dilalui Jebat Ayden, sama-sama kita doakan agar bayi ini diberi kesembuhan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.