Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih dalam kejadian di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, berkata, kejadian berlaku pada 7 Februari lalu. Dia yang juga kakitangan swasta bekerja ketika kejadian sebelum dimaklumkan oleh kakaknya mengenai kejadian itu, kira-kira 8 malam.
“Ketika kejadian, Azalea Hani Abdul Rahim, berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain. Ada ramai anak saudara di rumah kakak saya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.
“Waktu itu, kakak saya meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu berusia 67 tahun.
“Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.
“Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit,” kata Zalida lagi.
Ads
Akibat kejadian tersebut, kakaknya kemudian menjirus air ke bahagian badan anak bongsunya itu dan cuba menanggalkan baju yang melekat pada kulitnya.
“Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.
“Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan,” katanya.
Menurut Zalida lagi, doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuannya itu di semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.
Ads
Katanya, pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.
“Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.
“Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000,” katanya.
Dia kini runsing memikirkan cara untuk mengumpul wang bagi kos pembedahan anak bongsunya itu.
“Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.
Ads
“Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,”jelas Zalida lagi.
Memandangkan seluruh tubuhnya melecur, tiada kulit yang boleh diambil kecuali kulit dibahagian kepala.
“Doktor terpaksa memohon kulit dari penderma. Saya tak mampu untuk menanggung kos pembedahan untuk hari Jumaat ni sebab kos yang terlalu tinggi. Pembedahan seterusnya akan dilakukan selepas melihat keputusan dari pembedahan yang akan dilakukan pada Jumaat nanti.
“Saya mohon bantu sebab saya tak terdaya untuk menyediakannya. Hanya Allah saja yang dapat membalas atas segala bantuan yang diberikan,” ujar Zalida lagi.
Kepada orang ramai yang ingin membantu menghulurkan bantuanbolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 112183138233 Zalida Syuhana Ahmad Tamam atau menghubungi talian 0173006689.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Saya sedih saya dah lama tak baca Quran, lepas Maghrib tadi saya baca tapi saya tergagap-gagap, saya baca tak lancar, saya tak boleh nk baca, saya paksa mengeja dan membaca, lidah kaku keras. saya menangis.”
Itu luahan seorang pemuda dikenali Hanif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Twitter rasminya.
@drzul_albakri saya sedih saya dh lama tak baca quran, lepas maghrib tadi saya baca tapi saya tergagap gagap, saya baca tak lancar, saya tak boleh nk baca 😓 saya paksa mengeja dan membaca, lidah kaku keras. saya menangis 😔
Namun siapa sangka, luahan pemuda itu kemudiannya dibalas dan diberikan kata-kata semanagt oleh Dr Zulkifli yang tersentuh hati.
“Bacalah walaupun tidak lancar. Kata Nabi Muhammad SAW, ada dua pahala bagi yang usaha baca walaupun gagap,” ciapnya.
Bacalah walau tak lancar. Kata Nabi, ada dua pahala bagi yg usaha baca walaupun gagap. https://t.co/gbLBii5a1M
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) April 10, 2020
Dalam pada itu, ramai yang turut memberi respond dengan luahan saudara Hanif. Ada yang berkongsi pengalaman yang sama. Tak kurang yang memberi sokongan kepadanya agar tidak mudah berputus asa dalam mempelajari al-Quran.
Aku umur 22 tahun baru nak lancar bro. Dlu mengaji quran x habis. Lepastu tinggal lama. Last2 tok wan aku meninggal. Aku nk baca yassin aku gagap. Semenjak haritu aku ikhtiar tebal muka pergi belajar wlpn sekali dgn bdk2. Skrg ni aku tengah nak bagi mantap makhraj huruf dgn tjwid
— Muhammad Fitri | #STAYHOME (@FitriJanuzaj) April 10, 2020
Alhamdulillah#Allah dah buka pintu hati untuk mendalami bacaan quran teruskan in syaAllah Allah akan bantu teruskan usaha minta doa pada Allah #jiwa akan lebih tenang
Teruskan membaca. Lama2 nanti, lidah jadi lembut. Sambil tu, daftar utk belajar mengaji cth, kat Al-Baghdadi ke, atau mana2 kelas mengaji yg dekat dgn tempat tinggal. Ramai org dewasa, lelaki & perempuan belajar mengaji kat tempat mcm tu. Tak perlu malu.
Bab hilang atau tercicir barang baik pensil, pemadam mahupun pensil warna sudah menjadi perkara biasa. Ada juga kes tertukar dengan kawan dan sebagainya menyebabkan ibu-ibu pening kerana terpaksa membeli yang baru.
Menerusi perkongsian ibu bernama Zulaikha Ali menerusi laman facebooknya mungkin dapat membantu anda bagi memastikan pensil warna anak-anak tidak hilang lagi. Pensil warna tidak hilang lagi, dalam masa yang sama jimat duit poket ibu-ibu tak perlu membeli yang baru. Jom baca ni
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Ehehe. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensel kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur Kadang terselit celah sofa Kadang sampai masuk mesin basuh pun ada
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lagipun tahun depan si abang ni nak masuk sekolah dah (pasti 4 tahun) jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit,hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best takde budak datang mengadu kat ummi kaler pensel dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy je. Step dia pun mudah sangat.
Ikut Panduan ini:
Alatan yang diperlukan
Gam tembak
Pensel warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutla nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensel warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak2 tu bagi lawa sikit. Taknak pun takpe. Nak bagi anak suka je. Hehe.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jejaka ini mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat.
Namun kebelakangan ini, namanya melonjak naik selepas dikaitkan dengan hos dan usahawan terkenal Neelofa.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.
Bagi yang mengenali PU Riz pasti tahu, jejaka ini cukup rapat dengan ibunya.
Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’.
Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.
“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
“Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
Dia juga mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh.
Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.
Ibu nombor satu
Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.
“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.
“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya.
Mahu teruskan legasi ayah
Beliau juga rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di