Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih dalam kejadian di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Tragedi ‘Bermandikan’ Sambal Popia Mendidih, Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Seluruh Badan Perlukan Bantuan Jalani Pembedahan.

Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, berkata, kejadian berlaku pada 7 Februari lalu. Dia yang juga kakitangan swasta bekerja ketika kejadian sebelum dimaklumkan oleh kakaknya mengenai kejadian itu, kira-kira 8 malam.

“Ketika kejadian,  Azalea Hani Abdul Rahim, berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain. Ada ramai anak saudara di rumah kakak saya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.

“Waktu itu, kakak saya meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu berusia 67 tahun.

“Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.

“Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit,” kata Zalida lagi.

Tragedi ‘Bermandikan’ Sambal Popia Mendidih, Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Seluruh Badan Perlukan Bantuan Jalani Pembedahan.

Akibat kejadian tersebut, kakaknya kemudian menjirus air ke bahagian badan anak bongsunya itu dan cuba menanggalkan baju yang melekat pada kulitnya.

“Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.

“Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan,” katanya.

Menurut Zalida lagi, doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuannya itu di semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.

Tragedi ‘Bermandikan’ Sambal Popia Mendidih, Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Seluruh Badan Perlukan Bantuan Jalani Pembedahan.

Katanya, pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

“Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.

“Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000,” katanya.

Dia kini runsing memikirkan cara untuk mengumpul wang bagi kos pembedahan anak bongsunya itu.

“Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.

“Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,”jelas Zalida lagi.

Memandangkan seluruh tubuhnya melecur, tiada kulit yang boleh diambil kecuali kulit dibahagian kepala.

Tragedi ‘Bermandikan’ Sambal Popia Mendidih, Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Seluruh Badan Perlukan Bantuan Jalani Pembedahan.

“Doktor terpaksa memohon kulit dari penderma. Saya tak mampu untuk menanggung kos pembedahan untuk hari Jumaat ni sebab kos yang terlalu tinggi. Pembedahan seterusnya akan dilakukan selepas melihat keputusan dari pembedahan yang akan dilakukan pada Jumaat nanti.

“Saya mohon bantu sebab saya tak terdaya untuk menyediakannya. Hanya Allah saja yang dapat membalas atas segala bantuan yang diberikan,” ujar Zalida lagi.

Kepada orang ramai yang ingin membantu menghulurkan bantuanbolehlah berbuat demikian menerusi akaun  Maybank 112183138233 Zalida Syuhana Ahmad Tamam atau menghubungi talian 0173006689. 

Sumber: Harian Metro

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI