Lima hari bertarung nyawa, akhirnya takdir menentukan seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, meninggal dunia pada malam tadi,
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan remaja lelaki berusia 17 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban selepas lima hari bertarung nyawa.
Mangsa merupakan penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama seorang rakan lelaki berusia 13 tahun. Kini, tiga individu lain masih dalam keadaan parah dan sedang menerima rawatan di HTJ.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, di Sikamat pada 12.40 tengah malam.
Terdahulu, jenazah selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Kariah Mambau pada 11.25 malam, sebelum dibawa ke Surau Flat UDA Ampangan untuk disolatkan.
Ads
Pemandu Honda Jazz Tiada Lesen
Ads
Setakat ini, tiga mangsa masih dalam rawatan iaitu rakan kepada Allahyarham Aisar Azim serta pemandu dan penumpang Honda Jazz yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun.- Katanya.
Menurut polis, Honda Jazz itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.
Ads
Difahamkan, dia gagal menghentikan kenderaannya ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal yang berada di laluan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam Khamis lalu, dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut, manakala tiga lagi parah termasuk pemandu dan penumpang Honda Jazz.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada tiga orang.
Al-Fatihah buat arwah. Moga tenang di sisi-Nya
Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri Edika Yusof fail cerai, datang ke mahkamah berkerusi roda. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.
Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim, selepas menghadiri sebutan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
“Prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) hadir ke mahkamah, namun kami telah menerima surat makluman ketidakhadiran yang dipercayai disebabkan urusan kerja atau hal lain,” ujar beliau kepada Kosmo! Online.
Menurut Mohd. Yazid lagi, mahkamah telah menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi kes tersebut.
Apabila ditanya mengenai sebab di sebalik permohonan perceraian itu, beliau enggan mendedahkan secara terperinci atas alasan subjudis, namun mengesahkan wujudnya konflik dalaman sebagai punca utama.
“Secara umum, perceraian ini berpunca daripada masalah ketidaksefahaman antara plaintif dan defendan. Perincian lanjut mungkin akan didedahkan pada sesi mahkamah yang akan datang, bergantung kepada arahan hakim,” katanya.
Nor Hidayah pula memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung keputusannya membawa hal ini ke mahkamah.
“Semua orang tahu situasi saya. Kalau saya sudah berada di tahap ini, tentu ada sebab yang sangat kukuh. Itu sahaja yang saya boleh katakan,” ujarnya.
Beliau turut menyerahkan kepada pihak suami untuk memberikan penjelasan lanjut dan menyatakan tidak mahu sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihaknya buat masa ini.
Hidayah turut mengakui bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung, namun enggan mendedahkan sejak bila keadaan itu berlaku.
Untuk makluman, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga selama hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.
Sebelum ini, kisah Edika yang cekal menjaga isterinya yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah mendapat pujian dan simpati ramai.
Dalam kesibukan harian, masa bersama keluarga itulah yang paling berharga. Detik kecil menonton bersama anak-anak, ketawa sama-sama depan TV, berebut remote, atau sekadar tengok kartun kegemaran — semua tu jadi momen yang akan anak-anak kenang bila mereka besar nanti. Astro 10.10 Promosi Epik RM101 memahami nilai kebersamaan ini, sebab itu mereka bawakan peluang untuk setiap keluarga nikmati hiburan tanpa batas pada harga berbaloi. Dengan hanya RM101 sebulan, semua boleh bergelak tawa dengan saluran pop-up LOL (CH 100) yang kembali dengan hiburan penuh lawak, sesuai untuk semua peringkat umur. Sebab pada akhirnya, bukan rancangan yang penting… tapi masa yang kita luangkan bersama orang yang kita sayang.
Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, meraikan musim 10.10 dengan pelancaran Astro 10.10 Promosi Epik RM101 untuk semua pelanggan baharu, berserta kemunculan semula saluran Pop-Up LOL (CH 100). Ia menawarkan hiburan penuh lawak untuk seisi keluarga. Oktober ini, Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dengan memberikan nilai hebat, pilihan yang pelbagai, serta hiburan yang boleh dinikmati bersama sempena musim akhir tahun.
Dari 10 hingga 17 Oktober 2025, pelanggan baru yang melanggan Pek Epic Astro One menerusi laman astro.com.my akan mendapat kadar istimewa sebanyak RM101 sebulan bagi tempoh 24 bulan (harga biasa: RM199.99 sebulan). Promosi ini menawarkan hiburan premium selama dua tahun pada hampir separuh daripada harga biasa — menjadikan Astro 10.10 Promosi Epik RM101 antara tawaran terbaik tahun ini.
Pek Epic Astro One menawarkan langganan fleksibel dan menyeluruh dengan lebih 145 saluran dan 8 aplikasi penstriman popular — Netflix, Disney+, HBO Max, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC Player dan beIN SPORTS. Pakej ini turut merangkumi Astro GO, membolehkan penstriman serentak di sehingga 4 peranti agar setiap ahli keluarga boleh menonton kandungan kegemaran mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.
Daripada siaran langsung sukan dan drama popular hingga filem blockbuster, siri kanak-kanak dan dokumentari, pek ini menggabungkan hiburan Melayu, Korea, Cina, India dan antarabangsa dalam satu tempat. Dengan hanya RM101 sebulan, pelanggan boleh menonton rancangan hebat seperti Generasi: Perfect 10, Mutiara Dalam Debuan Kabus, Jika Cinta Itu Buta, Talk To My Manager, dan musim terbaru Gegar Vaganza.
Selepas menerima sambutan hangat daripada penonton, saluran pop-up LOL (CH 100) kembali dari 15 Oktober hingga 16 November 2025 – kini lebih lucu, lebih menghiburkan dan lebih banyak kandungan! Sepanjang musim Halloween ini, LOL (CH 100) menggantikan elemen seram dengan hiburan penuh keriangan, dengan lebih 100 kandungan lucu merentasi pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Cina, Tamil, Korea dan Inggeris.
Penonton boleh menantikan filem Inggeris seperti Johnny English Strikes Again, Are We There Yet?, Just Go with It, Instant Family, Paul Blart: Mall Cop, dan White Chicks. Untuk kanak-kanak pula ada The Tiger’s Apprentice, PAW Patrol: The Movie, dan The SpongeBob SquarePants Movie. Filem blockbuster Cina seperti Kung Fu Yoga dan Godspeed turut disertakan, manakala rancangan popular Melayu antaranya Dr. Pontianak, Jutawan Ekspres, Travelawak: Projek Bapak Bapak (Musim 1 & ke-2), Cun, Girlfriend Aku Dari Neraka, dan Merewang Keluarga Pak Awang. Tak ketinggalan siri Korea seperti Hitman: Agent Jun, My Love, My Bride, dan Midnight Runners — semuanya boleh dinikmati menerusi Astro 10.10 Promosi Epik RM101.
Untuk maklumat lanjut atau untuk melanggan Pek Epic Astro One, sila layari astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838 untuk sebarang pertanyaan. Tawaran eksklusif ini sah dari 10 hingga 17 Oktober 2025 sahaja jadi rebut peluang hebat ini sebelum terlambat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pilu lihat kanak-kanak perempuan trauma, tutup wajah sambil menangis, ibu maut digilis treler. Orang ramai tersentuh hati melihat seorang bapa berwajah sugul sambil mendukung anak kecilnya bersama anak-anak lain ketika proses pengkafanan jenazah isterinya yang maut dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat, Klang baru-baru ini.
Rakaman video yang dimuat naik di Instagram pengurusan jenazah Mr Wan Cai Official memperlihatkan petugas wanita menyempurnakan kafan arwah, manakala si suami setia mendukung anak lelakinya.
Seorang anak perempuannya dilihat menutup wajah sambil menangis, sementara seorang lagi berada dalam keadaan tenang sepanjang upacara tersebut.
Dalam hantaran itu, pihak pengurusan jenazah menulis:
“Menyaksikan pemergian insan tercinta di hadapan mata merupakan suatu ujian amat berat, tidak mudah diterima oleh sesiapa. Kehilangan sebegini meninggalkan ruang hiba yang dalam, sukar diungkap dengan bicara.
“Semoga suami dan anak-anak dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar. Pemergian isteri tercinta pastinya satu kehilangan besar bukan sahaja sebagai teman hidup, tetapi juga sebagai peneman jiwa dan penguat semangat.
“Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Namun beratnya kehilangan itu, hanya yang merasai mampu mengerti.”
Melalui ruangan komen, difahamkan pasangan tersebut memiliki empat orang anak, dua daripadanya berusia 15 dan 10 tahun, manakala dua lagi masih kecil.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga ini, terutama terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun kerana menyaksikan sendiri kejadian tragis itu.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia maut digilis treler selepas motosikal yang ditunggangi suaminya cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat di Jalan Pelabuhan Barat, Klang.
Kejadian berlaku sekitar jam 1.20 tengah hari dan insiden tragis itu turut tular di media sosial melalui rakaman berdurasi satu minit 30 saat yang merakam detik mangsa dilanggar kenderaan berat berkenaan.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.