Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kematian pada Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada Hospital Kajang mengenai kejadian tersebut pada jam 1.11 pagi.
“Pasangan itu membawa mangsa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di zon merah wad kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ads
Menurut Naazron, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari mendapati terdapat banyak kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa, dipercayai akibat penderaan.
“Punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” ujarnya.
Ads
Beliau berkata, ibu bapa mangsa berusia 38 dan 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek itu telah ditahan direman selama enam hari sehingga 4 Februari bagi membantu siasatan.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bayi empat bulan meninggal dunia, ibu bapa guna kaedah Sleep Training. Sleep training adalah proses mengajar bayi untuk tidur dengan sendiri tanpa perlu didodoi, digendong, atau diberi susu setiap kali mereka terjaga di tengah malam. Latihan ini juga melibatkan pembentukan rutin tidur yang konsisten dan persekitaran tidur yang kondusif.
Ramai ibu bapa menghadapi cabaran apabila bayi mereka tidak mempunyai corak tidur yang teratur, menyebabkan gangguan kepada rehat ibu bapa dan bayi itu sendiri. Sleep training atau latihan tidur adalah satu pendekatan yang boleh membantu bayi belajar untuk tidur sendiri dengan lebih konsisten dan tanpa bantuan.
Baru-baru ini sepasang suami isteri kehilangan bayi mereka selepas menggunakan kaedah ‘sleep training’. Walaupun pakar menyatakan bahawa usia 4-6 bulan merupakan waktu yang sesuai untuk membuat sleep training tersebut, namun malang tidak berbau menimpa ibu ini apabila bayinya maut!
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Thread Facebook, bayi berusia empat bulan itu difahamkan menangis selama dua jam semasa berada di katilnya sendiri.
BAGAIMANAPUN, IBU KEPADA BAYI TERSEBUT MEMBERITAHU DIA HANYA MEMANTAU MELALUI RAKAMAN KAMERA LITAR BERTUTUP (CCTV).
Berkongsi lebih lanjut, setelah tidak lagi kedengaran tangisan bayi tersebut, si ibu pergi memeriksa dan menyangka bayinya sedang tidur.
Malang tidak berbau, bayi tersebut meninggal dunia setelah dibiarkan menangis tanpa henti.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.
Insiden itu berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Alpharetta, Georgia, apabila seorang lelaki menyuruh mereka “kembali ke negara asal” ketika mereka sedang bersolat.
Individu yang terlibat dikenali sebagai Perry Greene, bekas suami kepada Ahli Kongres dari Georgia, Marjorie Taylor Greene. Kes tersebut akhirnya diselesaikan di luar mahkamah apabila ketiga-tiga wanita tersebut mencapai persetujuan dengan Perry.
Menurut sidang akhbar yang diadakan oleh peguam ketiga-tiga wanita terbabit serta wakil Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) cawangan Georgia, mereka mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian dan penyelesaiannya.
Ketiga-tiga pelajar itu memaklumkan bahawa Perry telah menghubungi mereka melalui peguamnya selepas video insiden tersebut tular dalam talian. Dia kemudian memohon maaf secara peribadi dan turut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.
Keseluruhan jumlah pampasan tersebut telah disalurkan sebagai sumbangan kepada sebuah masjid tempatan.
Bekas jurutera rugi RM9.5 juta, sindiket penipuan pelaburan kripto. Seorang bekas jurutera berusia 63 tahun mengalami kerugian besar apabila wang simpanannya berjumlah RM9.5 juta lesap akibat terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang kripto.
Lelaki itu pada mulanya bercadang menambah pendapatannya melalui pelaburan tersebut, namun impiannya musnah selepas menjadi mangsa penipuan.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, memaklumkan bahawa mangsa mula tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang dilihat di media sosial sekitar Julai tahun lalu. Iklan tersebut menawarkan pulangan pelaburan berlipat kali ganda dengan kaedah yang dikatakan mudah dan cepat.
Menurut beliau, mangsa telah menekan pautan yang terdapat dalam iklan untuk mendapatkan maklumat lanjut. “Selepas itu, nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp sindiket, dan dia dihubungi oleh dua individu yang memberi penerangan mengenai cara pelaburan serta potensi keuntungan lebih 50 kali ganda,” jelasnya.
Mangsa, yang tertarik dengan janji keuntungan besar, diarahkan memuat turun satu aplikasi untuk menyertai pelaburan tersebut. Aplikasi itu juga digunakan untuk memantau pergerakan pelaburan yang didakwa menjanjikan pulangan lumayan.
“Antara bulan Oktober hingga Disember tahun lalu, mangsa telah membuat sebanyak 29 transaksi melibatkan jumlah keseluruhan RM9,474,310 ke dalam 11 akaun bank berbeza yang diberikan oleh sindiket,” kata Datuk Kumar.
Pada satu ketika, mangsa menyemak aplikasi tersebut dan mendapati jumlah keuntungan yang ditunjukkan dalam pelaburannya telah mencapai RM88 juta. Tergoda dengan angka tersebut, mangsa berhasrat untuk mengeluarkan semua wang keuntungannya.
Namun begitu, dia diminta untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM800,000 sebagai syarat untuk mengeluarkan keuntungan tersebut. Ketika itulah mangsa menyedari dirinya telah ditipu, terutama selepas kedua-dua individu yang dihubunginya sebelum ini gagal dihubungi lagi.
Mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada hari semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan. Menurut Datuk Kumar, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan kesalahan penipuan.
Polis mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa, terutama yang disebarkan melalui media sosial. Tindakan segera perlu diambil untuk menyemak kesahihan sesebuah pelaburan sebelum melibatkan wang simpanan yang besar.
Kejadian ini adalah peringatan serius kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang semakin berleluasa. Jangan mudah terpedaya dengan janji keuntungan besar tanpa memastikan keaslian dan legitimasi pelaburan tersebut. Wang simpanan yang diusahakan sepanjang hayat boleh hilang sekelip mata jika langkah berhati-hati tidak diambil.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.