Sering kali kita mendengar atau membaca kisah bomba membantu kes menanggalkan cincin tersekat pada jari. Terbaru penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan tersekat di jari tengah tangan kirinya.
Disebabkan itu, jarinya membengkak hingga ibu kepada Ryan Sky Dalton itu mendapatkan rawatan di klinik dan balai bomba berdekatan kediamannya.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya. Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
Ads
“Saya mencari pelbagai solusi di Internet untuk menanggalkan cincin. Saya cuba menanggalkan ia dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kata Ning menerusi Instagram TV.
Ads
Ning kemudiannya bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai untuk mendapatkan tindakan lanjut. Dalam video terbabit, Ning dibantu oleh sepasukan anggota bomba menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Dengan perasaan gemuruh dan gementar, selepas melalui beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan.
Ads
Dalam sebak, Ning turut berterima kasih kepada pasukan bomba yang profesional dan bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
pergaduhan antara suami isteri asam garam dalam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tegigit inikan pula suami isteri. Pun begitu, jangan biarkan pasangan anda menjerut rasa dek kerana ego anda.
Berkongsi pandangan mengenai hal ini, Ustaz Ebit lew menitipkan pesanan buat para suami supaya tidak membiarkan Isteri merajuk tanpa dipujuk. Pertelingkahan antara suami isteri pasti terjadi. Si suami akan mengelakkan situasi menjadi kecoh, atau apabila isteri hilang akal.
Salah sikit merajuk, tu sikit merajuk.. ni sikit nak merajuk. Sebaiknya, jangan dibiarkan isteri anda merajuk tanpa dipujuk? Sebabnya? Baca bawah ni.
Tadi balik dari Pulau Pinang ke KL, jalan jem.Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak.
Saya tengok muka suami rasa macam mahu marah saja. Dia menangis, 24 jam asyik marah saja, menjerit, marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak.
Mana suami puan? Di belakang tu. Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya.
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua. Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang. Bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.
Sunnah bawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira.
Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita. Masa itu kita bantu buat kerja rumah. Sekali-sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas.
Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca denga cinta dan sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita.
Dengar dengan cinta dan perasaan, dengan jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya.
Gosok belakangnya. Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi overstress, sakit jiwa, sakit, kurus dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Dia redha dengan kita.
Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.
Abang tu kata terima kaseh ustaz. Syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama.
Apabila berbicara mengenai kewangan sudah tentu ia melibatkan simpanan yang dimiliki oleh seseorang itu.
Siapa yang tak nak kaya. Semua punya impian begitu bebas masalah hutang dan hidup selesa dengan simpanan yang mencukupi.
Namun kadang kala, percaturan dalam kewangang menjejaskan kehidupan. Hasrat hati membeli aset untuk membeli pulangan yang menguntungkan namun sebaliknya.
Sebagaimana perkongsian perunding kewangan yang dikongsi oleh Azizul Azli Ahmad menerusi facebooknya yang menyatakan bahawa kesilapan membeli rumah boleh memberi beban kewangan kepada sesiapa sahaja.
Ikuti nasihat beliau mengenai hal ini.
BILA SALAH BELI RUMAH?
1. Jika rumah yang kita ada, bebankan hidup kita. Jual sahaja. Makin lama dengan kita, makin banyak telan simpanan kita.
2. Rumah pertama saya selalu pesan, beli bawah RM300k sahaja. Jika luar bandar banyak lagi kediaman bawah RM200k jika bijak mencari.
3. Rumah yang sihat, tak telan lebih dari 35% gaji kita. Jika gaji RM5000 x 35%=RM1750 ansuran yang sihat buat rumah kita. Rumah yang sesuai kita ada pada harga RM350k sahaja.
4. Jika kita nak ada kediaman RM540k, pendapatan minimum kita sebulan sekitar RM8000 sebulan barulah selesa.
5. “Tapi saya memang layak untuk beli kediaman RM540k bang, bank luluskan” . “Layak bukan bermakna kita mampu untuk ada dik. Ramai orang rasa layak kawin 3, tapi hakikatnya tak mampu” “Zaman ekonomi perlahan ini, jika kita layak ada kediaman RM500k, belajar beli yang bawah RM350k sahaja”. Jika kita layak ada kediaman RM700k, cari yang RM500k sahaja ya.
6. Jangan teruja bila bank luluskan pembiayaan kita. Takut nanti kita seksa membayarnya.
7. Lebih malang jika kita layak RM500k dan kita balun beli sampai 3 rumah jadi hutang RM1.5 juta . Sebab tak nak lepaskan peluang buat harta. Jika ‘berjaya ada penyewa sepanjang masa’ ok. Rezeki kita, jika sebaliknya kita boleh muflis jadinya.
Lebih baik, layak ada kediaman RM500k kau beli dua yang RM250k sahaja. “Itu ambil hak orang lain bang”. “Habis yang kau ambil hak orang kaya sampai 3 boleh tipu documents boleh pulak?” “Orang kaya jahat bang”
Kawan kawan, Kita akan banyak jumpa nasihat yang salah dalam hidup ini. Nasihat yang rosakkan kita tapi untungkan mereka akhirnya. Jangan salah pilih rumah.
Nak didik anak ini memang mencabar lebih lagi bila anak semakin membesar. Bila bagi nasihat atau tegur asyik tak dengar kata.
Oleh sebab itu, si ibu akan membebel hinggakan ada anak terutama remaja menyatakan ibunya membebel hampir 24 jam sehari walhal si ibu sekadar mahu menasihati serta membetulkan apa yang salah.
Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anaknya namun ia sering disalah erti.
Namun apabila ayah mula masuk campur dalam mendidik, terus anak angkat muka dan patuh pada arahan. Bahkan sepatah teguran ayah terus didengar! Hakikatnya cara ayah mudah untuk anak mendengar kata berbanding ibu.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ada benarnya. Ikuti pandangan beliau mengenai hal ini.
Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita. Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat silap.
1 – Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu bebel setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah je terus menusuk ke jiwanya.
2 – Sesungguhnya anak lebih takut dan gerun bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak boleh gelak ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut perut.
3 – Sesungguhnya anak lebih ternanti nanti pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4 – Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5 – Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )
6 – Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesilapan dia berbanding ibu. Ini kerana di mata anak, dia mahu kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7 – Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita alpa soal mendidik dan melentur anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Impak yang positif
Positif impak adanya ayah yang rajin menegur,
– anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
– anak lebih stabil emosinya ( EQ )
– anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
– anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak. Jangan alpa, tegur untuk melentur!