Trauma Pernah Kena Rompak, Sikap Bibik Bersungguh Lindungi Anak Majikan Buat Netizen Sebak.
Trauma mengakibatkan seseorang itu berasa rasa cemas dan ketakutan. Kejadian yang menimpa akan menyebabkan perasaan panik.
Tular baru-baru ini video seorang bibik dalam keadaan panik sedang mendukung seorang kanak-kanak.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Menerusi perkongsian seorang wanita di Tiktok menerusi akaun aifaazlan menunjukkan rakaman CCTV di rumahnya keadaan bibiknya yang cemas apabila mendengar bunyi pelik di luar rumah. Kelihatan bibiknya bergegas mendukung anak majikannya dan menuju ke bilik anak yang lain.
Rupanya situasi begitu akibat trauma yang dialami bibik wanita berkenaan setelah sebelum ini rumahnya dimasuki perompak.
“Bukan senang nak move on bila pernah berhadapan dengan perompaK bersenjata. Pedang diletakkan di lehar bibik. Pistol di acu di kepala bibik.”
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa respect kepada bibik yang masih melakukan tugasnya menjaga keselamatan anak majikannya walaupun dalam ketakutan.
Malah ada juga yang sebak melihat bibik yang masih trauma akibat kejadian rompakan berkenaan.
Antara komen dari netizen:
“aku respect bibik yg MCM ni..dlm keadaan MCM ni dye masih jaga keselamatan ank majikan..tanggungjwabnya..keselamatan ank majikan no 1.”
Ads
“Bibik ni Keja bukan kerana duit je..dia buat mcam family dia.”
“Saya sedih tgk bibik tu. Mana nak cari bibik yg baik mcm ni. Dia bawak amanah dia sekali walau takut.”
“sejuta dlm satu dpt bibik mcm ni.. dia dh anggap majikan mcm family sendiri.”
“pembantu rumah mcm nie mmg baik laaa ..buat mcm family dia sndiri .. semoga dilindungi Allah selalu ..”
Gelagat pelakon Awal Ashaari bersama anak sulungnya, Lara Alana semakin meraih perhatian dalam kalangan warganet disebbakan sering kali terlihat membuat video TikTok bersama – sama.
Menerusi perkongsian di platform tersebut, awal telah memuat naik satu video bersama Lara yang sedang membuat trend Money Trees nyanyian Kendrick Lamar ft Jay Rock.
Tenang melayan telatah anaknya itu, Awal juga sering tampil dengan kapsyen yang mencuit hati kerana si cilik itu serik mengajaknya untuk membuat TikTok bersama.
“Apa pulak ni?” tulisnya.
Melihat kemesraan mereka berdua, perkongsian tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.
Malah, ada juga yang mengatakan Awal dan Lara kelihatan seperti adik – beradik kerana penampilan pelakon itu yang sentiasa kelihatan muda.
Untuk rekod, Awal Ashaari telah mendirikan rumah tangga bersama Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Bergelar seorang ibu dan dalam masa yang sama mempunyai komitmen dalam kerjaya kadangkala membuatkan sesetengah wanita terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
Wanita bergelar ibu sememangnya terkenal kuat fizikal dan sangat multitasking dalam menguruskan keluarga dan kerjaya. Tetapi adakalanya tanpa sedar ia boleh memberi kesan kepada kesihatan diri sendiri.
Selebriti Elfira Loy baru-baru ini berkongsi bagaimana pengalaman dirinya melalui fasa keletihan melampau sehingga memberi kesan kepada kesihatan dirinya sendiri.
Akhirnya dia akur yang dirinya perlukan masa untuk berehat.
Sudah tiba masanya untuk berehat.
Posting ini untuk mengingatkan diri saya sendiri yang badan saya perlukan rehat bila saya rasa saya perlu rehat dan terlalu banyak berfikir boleh menyakitkan saya juga.
Doktor cakap “awak ada fikir banyak sangat ke?”
Terus mata berkaca dan Ya saya cakap.
Stres? Ya
Kemudian doktor memberikan ubat “relax” iaitu Xanax/lorazepam dan ubat pening iaitu khusus untuk simptom vertigo.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini simptom yang dia alami pada peringkat awal iaitu merasa tidak stabil setiap lima hingga 10 minit.
“Esok harinya saya ingat dah berasa lebih baik tapi saya secara tak sengaja terlanggar cermin sisi kereta tapi sempat tarik. Tak sedar pun macam mana jadi tapi saya teruskan juga pergi mesyuarat.
“Selepas selesai mesyuarat, saya balik rumah dan berehat dan sempat kemaskan barang sekejap. Kemudian saya balik ke rumah ibu dan beritahu dia apa yang berlaku.
Masa Isyak, saya rasa sakit perut. Lepas itu saya cirit-birit. Saya ambil wuduk cepat-cepat dan solat. Masa solat tu saya rasa susah nak bernafas dan sakit sangat bahagian abdomen kemudian tiba-tiba muntah.
Lepas muntah dua kali, saya minum banyak air dan terus tidur.
Menurut Elfira lagi, ketika tidur dia rasa dunia berputar dan macam dilanda ombak dan dia rasa nak terjatuh.
“Takut sangat sebab masa tu saya masih pegang Aria dan berpeluh-peluh sepanjang malam tu,” demikian tulisnya.
Disebabkan rasa yang sangat tidak selesa tersebut, Elfira mengambil keputusan untuk terus ke hospital dan disuruh berehat di wad.
“Nasib baik semua keputusan kesihatan yang keluar semua okay, Alhamdulillah.
Saya hanya perlu banyak berehat lagi dan minum banyak air.
Tapi kalau berterusan lagi dalam masa dua hari ini, saya kena buat pemeriksaan CT Scan, yang mana saya tak nak sangat, jadi tolong doakan saya ya”.
Bagaimanapun dalam update terbaharu yang di kongsi di Instagram Story, Elfira memberitahu keadaan dirinya semakin sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua doa yang dikirimkan dalam kotak mesej Instagramnya.
Untuk rekod, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang anak Muhammad Rayyan Khalaf, dua tahun dan Nur Aria Mikayla, tiga bulan setengah.
Disebabkan kucing pada masa kecil sangat kurus, jadi tuannya memilih untuk memanggil ‘Mok’ dengan doa mudah-mudahan ia menjadi gemuk. Tidak sangka doa tersebut dimakbulkan.
“ Waktu suami ambil Mok berdua dengan adiknya, Nana.Tetapi hanya Mok sahaja kekal dan setia dengan tuannya, manakala Nana telah melarikan diri dari rumah. Nama Mok dulu, Rose. Tapi lepas Mok besar sikit, baru perasan dia jantan.
“Jadi, suami beri nama Rosman. Nama glamor pada kad klinik & tempat boarding/grooming, Ross. Waktu bela Mok, suami masih lagi belajar di UITM Arau, jadi kalau diikutkan usia Mok sekarang sudah 11 tahun.
“Seekor lagi kucing kami bernama Mumu ni saya yang beri nama dan kini sudah berusia 8 atau 9 tahun. Manakala lagi seekor diberi nama Lily tetapi nama penuh dia Lilliput. Sebab badan dia kecil.
“Kami ingatkan Lily masih kecil. Tapi bila kami bawa ke doktor haiwan, doktor kata Lily dah berumur. Mungkin lebih kurang sama dengan Mok atau kurang sedikit,” ujar Hajah Nadiah Ibrahim yang membuka cerita awal mengenai kucing-kucing peliharaannya.
Kucing jalanan
Pasangan suami isteri ini membela Mumu waktu tinggal di rumah mertua (ibu ayah suami) di Subang Jaya. Mumu adalah kucing jalanan, membesar bersama adik beradik di lorong belakang rumah dan makan atas ihsan jiran-jiran yang baik hati. Mereka menyediakan bekas makan dan air untuk kucing-kucing jalanan. Mumu dan adik beradik ada makan di rumahnya.
“Mula-mula dia cuma makan dan pergi. Lama-kelamaan Mumu jadi semakin jinak. Rajin masuk dalam rumah, hubungan dengan Mok pun baik. Boleh nampak Mumu respek pada Mok selaku abang besar. Sejak itu kami pasangkan collar pada Mumu menandakan Mumu sudah bertuan dan dia bebas keluar masuk rumah. Kemudian kami pindah ke rumah sendiri dan kami bawa kedua-dua Mok dan Mumu.
“ Lily pula kucing jalanan di kawasan rumah kami yang sekarang. Seperti biasa, kami sediakan bekas makanan dan minuman untuk kucing jalanan di tempat parking kereta rumah kami. Lily adalah salah seekor kucing yang makan, minum dan tidur di sekitar rumah kami. Setiap kali kami balik, Lily akan berkejaran menyambut kami pulang. Suatu hari, kami perasan Lily dibuli oleh beberapa ekor kucing lain sewaktu sedang makan.
“Setelah beberapa hari, baru kami perasan yang Lily rupanya pekak. Sejak itu, kami bawa Lily masuk ke rumah dan tinggal bersama-sama Mok dan Mumu. Lily seekor kucing betina yang baik, pandai bawa diri, tak banyak songeh. Makan, tidur, minta keluar untuk buang air, kemudian minta masuk semula dan tidur. Lily tak rajin sangat main, mungkin kerana faktor usia. Samalah macam Mok, tak minat sangat nak main,” ujar Nadiah lagi.
Video kucing jadi pilihan Ellen Degeneres
Nadiah dalam pada itu memberitahu video Mok dan Mumu telah dibeli oleh production Program Ellen Degeneres bagi segmen pet mereka. Walaupun ia sekadar video, namun itu menjadi satu kenangan manis buat mereka suami isteri.
“Jujurnya kami pun tidak tahu kerana semuanya diuruskan oleh ejen di Los Angeles yang menguruskan kandungan untuk program tersebut. Jadi pihak di sana yang menguruskan jual beli copyright untuk video Mok.
“Bukan mudah sebenarnya nak jaga kucing ni. Banyak cabaran dan masalah yang perlu dilalui. Salah satunya adalah waktu mereka sakit. Mereka kucing indoor, memang jarang sakit. Tetapi bila sakit, memang merisaukan. Mumu setiap kali balik dari boarding, akan bersin-bersin, demam sedikit. Doktor kata Mumu stress sepanjang boarding. Yelah, Mumu tak biasa dikurung. Tetapi Alhamdulillah setakat ini tiada sakit yang serius pada ketiga-tiga ekor kucing kami.
“Satu lagi cabaran adalah kalau nak balik kampung atau bercuti. Memandangkan Mumu kerap sakit setiap kali pulang dari boarding disebabkan stress di tempat boarding, kami seboleh mungkin menjadikan boarding itu pilihan terakhir. Kami risau siapa yang boleh jaga mereka sepanjang ketiadaan kami,” jelas Nadiah sambil memberitahu ada ibu saudara yang baik hati mahu bantu mereka menjaga Mok & Mumu.
Bersenam untuk turunkan berat badan
Memandangkan Mok dan Mumu ada masalah berat berlebihan, atas cadangan doktor kami hadkan jumlah dan waktu makan. Waktu makan mereka adalah 7 pagi, 7 malam dan 11 malam dalam kuantiti tertentu. Selalu ‘goyang’ tengok muka mereka yang comel duduk di sebelah mangkuk minta makanan.
“Namun atas sebab kesihatan, harus kuatkan hati untuk disiplinkan waktu makan. Selain hadkan waktu dan jumlah makan, sangat mencabar untuk ajak Mok dan Mumu main. Mereka perlu ‘bersenam’ untuk kurangkan berat badan. Buat masa sekarang, mereka aktif turun naik tangga dan main kejar-kejar dalam rumah.
“Namun, masih tidak memadai sebenarnya. Doktor minta kami turunkan berat badan Mok dan Mumu kerana dikhuatiri akan mendapat penyakit berat. Jika terlalu gemuk, sukar mahu cari salur darah untuk tujuan perubatan. Alhamdulillah, setakat ini Mok dan Mumu sihat walafiat sahaja,” jelas Nadiah yang turut menjaga kucing luar yang sakit dengan memberi makan, bawa ke vet hingga nafas yg terakhir.
Merajuk dapat tahu tuan nak tunai haji
Secara peribadi, kucing ini juga cukup sensitif seperti manusia. Menurut Nadiah, paling ketara pada tahun 2015, sewaktu dikhabarkan mereka dipilih untuk menunaikan haji. Waktu itu masih belum ada anak dan belum ada Lily. Mereka pening memikirkan siapa mahu jaga Mok & Mumu selama 40 hari.
“Jika mahu hantar ke boarding untuk 40 hari, sudah tentu cajnya beribu. Terpaksalah kami minta bantuan ibu saudara dan mujur beliau sudi membantu. Sepanjang kami membuat persiapan, Mok & Mumu seolah-olah merajuk.
“Mok renyukkan surat panggilan haji. Mumu asyik termenung. Dan mumu jatuh sakit berhari-hari. Saya jadi lebih risau bagaimana mahu tinggalkan mereka selama 40 hari jika salah seekor dari mereka sakit.
“Saya khuatir jika sakit Mumu berjangkit pada Mok. Dan tepat jangkaan saya. selepas Mumu pulih, Mok pula sakit. Bersin, selsema, tidur sahaja dan tidak aktif seperti biasa. Mereka seolah-olah dapat tahu dan sedih kami mahu pergi dan tinggalkan mereka selama 40 hari.
“Satu lagi pengalaman, sewaktu saya hamil. Saya paling rapat dengan Mumu. Waktu saya hamil, Mumu jadi sangat protective. Ke mana sahaja saya pergi dalam rumah, Mumu pasti ikut. Mumu akan duduk di kaki saya.
“Kalau saya makan di meja makan, Mumu akan panjat di meja sebelah dan duduk berhadapan dengan saya, lihat saya makan. Mumu suka duduk di tempat tinggi sambil jadi ‘pak guard’. Perhati keadaan sekeliling.
“Waktu saya duduk atau baring, Mumu akan duduk sebelah perut saya dan gesel kepala pada perut. Mok kurang ikut saya kemana-mana macam Mumu, tapi bila saya baring atau duduk, kalau Mumu tiada, Mok akan ambil alih duduk sebelah perut atau dalam pangku dan gesel kepala di perut,” ujar Nadiah sambil memberitahu kucing ini sayangkan anaknya, Rania Arissa dari dalam perut sehinggalah sekarang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.