Ads

Trend Cipta Imej Realistik Patung Maya, UAI Jawab Hukumnya

Trend cipta imej realistik patung maya, UAI jawab hukumnya. Sejak kebelakangan ini, dunia media sosial menjadi tumpuan dengan trend unik iaitu menghasilkan imej figura realistik menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti Google Gemini Nano Banana.

Trend Cipta Imej Realistik Patung Maya, UAI Jawab Hukumnya

Gambar yang terhasil seolah-olah benar-benar memaparkan model mainan komersial yang dipamerkan di atas meja. Hal ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat, apakah hukumnya mencipta patung maya sebegini menurut syarak?

Trend Cipta Imej Realistik Patung Maya, UAI Jawab Hukumnya
Kredit: Kosmo

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam salah satu ceramahnya menjelaskan bahawa hukum berkaitan patung bergantung kepada bentuk dan tujuan ia dibuat.

“Nak tengok hukum kena tengok adakah patung itu jadi pada alam nyata atau gambarnya sahaja. Kalau jatuh patung itu di alam nyata, boleh ada bayang, maka tengok tujuan pula.

Membuat patung ini ada dua hukum iaitu harus dan haram. Harus apabila dibuat untuk tujuan pembelajaran,” katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana patung digunakan di universiti atau kolej bagi membantu proses pengajian, khususnya dalam bidang perubatan, seni bina dan kejuruteraan. Malah, ada juga patung yang dibina untuk tujuan keselamatan jalan raya seperti patung polis atau patung isyarat trafik.

Ads

“Kalau patung-patung macam tu, hukumnya harus. Ulama’ kata harus, dalam kitab Arab, kitab Jawi pun ada (dinyatakan hukum) dalam mukadimah kamus al-Marbawi depan sekali,” jelas UAI.

Trend Cipta Imej Realistik Patung Maya, UAI Jawab Hukumnya
Kredit foto: Kosmo online

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa patung yang dimuliakan atau diagungkan tetap dihukumkan haram berdasarkan ijmak ulama tanpa khilaf.

“Ada pun kalau tidak menjelma di alam nyata, hanya duduk di alam maya sahaja, sekadar imej untuk simpan dalam album atau dilihat secara suka-suka, tidak jatuh kepada haram melainkan ada rupa yang mengaibkan,” katanya lagi.

Ads

Dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang-orang yang membuat gambar.” Hadis ini menjadi peringatan agar umat Islam tidak leka dengan aktiviti yang boleh membawa kepada pengagungan patung atau imej bernyawa.

Kesimpulannya, mencipta imej figura melalui aplikasi AI tidak menjadi kesalahan selagi ia kekal di alam maya, tidak berbentuk penghinaan serta tidak dijadikan bahan untuk diagungkan. Namun sebagai Muslim, kita diingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap amalan. Apa sahaja yang dilakukan hendaklah membawa manfaat, bukan sekadar hiburan yang melalaikan.

Baca artikel lain juga: Ustaz Azhar Idrus Humble Beli Kelengkapan Sekolah di Jalan TAR!

Ads

Nak Kahwin Tapi Tak Nak Anak, Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Isu Childfree

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Seronoknya Satu Keluarga Enjoy Di Konsert Hello Putrajaya. Didi & Friends...

Seronoknya satu keluarga layan konsert, Didi & Friends pun ada juga!
SeeNI ×