Siapa sangka, sambutan perayaan Thaipusam hari ini dikejutkan dengan kisah seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam kereta.
Dengan bantuan orang awam yang sedang meraikan perayaan itu, wanita itu selamat melahirkan bayi.
Lebih sebak, mereka bertindak pantas menutup dengan kain ketika wanita ini sedang melahirkan bayi. Nyata aurat wanita itu terjaga biarpun dalam keadaan bertarung nyawa melahirkan bayi.
Kisah manis ini dikongsikan menerusi satu hantaran di laman facebook LK Savantharaja, memaklumkan kejadian yang berlaku awal pagi tadi di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.
Ianya Berita Gembira!!! ( KISAH THAIPUSAM )
Tadi , saya dan beberapa orang penganut yang datang di Kuil Sri Subramaniyar Batu Caves ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong di sebelah sebuah kereta (luar kuil).
Kami terus berlari menghampiri kereta tersebut. Ternampak seorang wanita Melayu yang ingin bersalin di dalam keretanya. Segera saya dan beberapa wanita lain menutup cermin kereta dengan lain (vesthi) yang diberikan oleh saudara kita yang berjalan ke Kuil bersama Paal Kudam untuk menunaikan nazar mereka.
Semasa bayi keluar,(selamat dilahirkan) beberapa kali saya memberitahu ”Kakak, awak dan anak dirahmati.”
Ads
“Saya berasa sangat gembira selepas kakak itu selamat melahirkan bayi perempuan yang cantik (masa sekitar 7:24am).
Saya juga membantu dengan mendapatkan pisau bagi memotong tali pusat bayi tersebut. Semua yang datang menghulurkan bantuan mendoakan ibu dan bayi itu.
Ambulans tiba tidak lama kemudian selepas bayi selamat dilahirkan… Sebelum pergi hospital , saya sempat berswafoto dengan ayah ayah bayi berkenaan (untuk kenangan.)
Apa yang pasti, perkongsian itu telah mendapat perhatian seluruh warganet yang meluahkan rasa sebak dan gembira bahawa itulah suasana harmoni dan kasih sayang yang sentiasa ada dalam masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Semalam adalah ulang tahun kelahiran Abby Abadi. Apa yang menariknya, dia diraikan dalam satu majlis yang suprise dengan kelolaan Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami Abby Sendiri, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai Ezzany.
Menurut Norman, majlis tersebut sebenarnya adalah atas rancangan Marissa Dania, anaknya yang menjadi pengurus projek dan beria-ia memujuknya untuk membantu membuat kejutan untuk Abby.
Majlis yang berlangsung meriah ketika mereka sekeluarga hadir di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA2018) di Serdang semalam.
Usai selesai majlis tersebut, Abby diberitahu ada aktiviti meet & greet, namun rupa-rupanya itu adalah kejutan untuknya apabila mereka ramai-ramai membawa keluar kek dan bunga sambil menyanyikan lagu selamat hari jadi.
Bercerita lebih lanjut kata Abby dia ‘diperdaya’ oleh penganjur kononnya ada sesi ramah mesra bersama peminat sejurus selesai berniaga.
“Ini kerja Norman Hakim, Memey Suhaiza dan suami saya serta anak-anak dibantu team yang menjaga saya di MAHA.
“Ingatkan betullah saya ada sesi meet & greet lagi di MADA hari ini, rupa-rupanya kerja saya dah habis dah, dorang plan benda ini pula.
“Serius, memang tak sangka langsung. Saya memang ingat nak balik dah tadi sebab dah pukul 4 petang.
“Baru hantar mesej bagitahu nak balik, dorang ajak masuk ke Hall A dan surprise!” tulis Abby.
Ini kerja @normanhakim_786@memeysuhaiza suami Sy @jaiezzany serta anak2 dibantu oleh team yg menjaga Sy di Maha, Syafa, En Bukhari & Puan Nuril ☺️ Ingatkan betullah Sy ada sesi Meet & Great lagi di Kg Pulau Pisang( MADA) Hall A hari ni, rupanyaaa kerja Sy dah habis dah, dorang plan benda ni pula ? Seriussss.. memang tak sangka langsung… Sy mmg ingat nak balik dah tadi sbb dah kul 4pm. Baru hantar msg bgtahu nak balik, dorang ajak masuk ke hall A tu.. dan supriseeee!!
Abby yang mengakui terkejut dengan surprise tersebut bagaimana pun terharu dan gembira dengan ingatan tersebut. Dalam masa yang sama, Abby turut berterima kasih kepada suaminya yang menyediakan hadiah yang cukup istimewa.
Penularan pandemik Covid-19 menyekat pergerakankita termasuk jika ingin membeli-belah barangan dapur dan makanan.
Barang dapur basah misalnya merupakan bahan utama yang penting di dapur untuk penyediaan makanan harian kita.
Jadi untuk mengelak kerap ke kedai, kita mesti tahu cara menyimpan makanan yang betul boleh membuat makanan tahan lebih lama dan mengurangkan keperluan untuk keluar rumah bagi membeli barangan dapur.
Bukan itu sahaja, ia juga mengelakkan pembaziran kerana makanan yang dibeli tidak akan cepat rosak.
Memang sayang sebab kadang kala, kita terpaksa buang daun sup, daun kari, daun bawang, kucai, daun pandan, daun limau purut, serai, lengkuas atau halia selepas beberapa hari membeli kerana ia sudah layu dan tak segar. Untuk memanjangkan hayat daun daun herba ini.. 1. Basuh daun daun herba 2. Potongkan menjadi kecil dan rendamkan dalam bekas plastik 3. Masukkan dibahagian beku 4. Selepas 3-4 jam , keluarkan dan masukkan dalam beg zip bag yang berlabel. Apabila anda hendak gunakan.. keluarkan lebih awal.. biarkan air batu menjadi cair dan daun herba ini boleh digunakan. Keadaan masih segar, berbau wangi seperti baru dibeli. Anda pun tak perlu bazir duit dengan membuang barangan yang tak dipakai. Sampah pun menjadi kurang. Kebersihan bumi pun terpelihara.
Makanan berasaskan kacang soya seperti tempe ini cukup enak dimasak dengan pelbagai resipi. Jadi tidak hairanlah ramai yang menggemarinya, bahkan ada juga yang boleh makan mentah sahaja tempe tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menguntungkan makan tempe ini selain menepati citarasa, seorang doktor ini menjelaskan begitu banyak khasiat dan manfaat makan tempe dari sudut sains. Jadi rugi rasanya kalau makanan yang mudah didapati dan murah harganya ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dalam pemakanan kita seisi keluarga.
Nak lebih jelas apa disenaraikan oleh doktor Zubaidi Hj Ahmad ini, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
KELEBIHAN MAKAN TEMPE
Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi.
Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. Protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan.
Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting.
Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause.
Dalam terbitan dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Untuk mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.
Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood.
Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas.
Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat.
Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung.
Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. Efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.
Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan.
Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng.
Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.