Resipinya cukup mudah dan sesuai untuk dijadikan minum petang seisi keluarga. Anak-anak pasti suka ni.
Hanya menggunakan roti putih dan sardin di dalam tin sahaja. Paling penting ia sangat ranggup dan di dalamnya yang lembut.
Tetapi kenapa nama resipi ini “sardin roll Permaisuri”? Rupa-rupanya ada kisah disebalik nama tersebut
Menerusi satu perkongsian Di Tiktok, Roti Sardin tersebut dinamakan sempena Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana Tuanku Permaisuri sangat gemar dengan juadah ini di sebuah hotel di Kota Kuala Lumpur.
Menurut Abang Rider, resipi ini awalnya hanya dibuat untuk juadah berbuka dalam kalangan pekerja dapur sahaja. Namun segalanya berubah apabila chef hotel tersebut menghulurkan juadah ini untuk santapan Permaisuri Agong.
Ads
“Tak sangka tuanku suka dan ‘tapau’ bawa balik Istana… lepas pada tu, tiga empat kali juga dapat call dari Istana order juadah ini…”
Rumah Kekal Kemas Walaupun Ada Anak Kecil, Ini Tip Mak Ayah Boleh Amalkan
Rumah kekal kemas walaupun anda anak yang masih kecil? Tiada yang mustahil! Mungkin anda yang memiliki anak yang masih kecil sering mengalami masalah rumah kerap bersepah. Bukan tidak dikemas tapi biasalah anak kecil, fitrahnya ingin bermain.
Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil di rumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga dan boleh menghindarkan dari bahaya serta penyakit.
1. KEMAS KATIL
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
3. JANGAN BIAR SINKI PENUH
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi sinki. Basuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan.
4. AJAR ANAK MENGEMAS BARANG-BARANG PERMAINAN MEREKA
Boleh mula ajar anak-anak mengemas barang-barang mainan. Sediakan bakul khas untuk mereka mengemas barang-barang permainan. Latih anak-anak mengemas barang-barang permainan mereka setiap kali selepas bermain. Beri ganjaran pada anak-anak bila mereka berjaya mengemaskan barang-barang permainan sama ada dengan pujian mahupun memberikan makanan kegemaran mereka.
5. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan biar tong sampah sampai berulat pula ya!
6. KEMAS RUANG TAMU SEBELUM MASUK TIDUR
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak-anak. Bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya sebelum masuk tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.
Lapan tahun bukanlah satu tempoh yang singkat buat pelakon Nadzmi Adhwa untuk menawan sekali gus menjadikan Ardell Aryana sebagai permaisuri dalam hidupnya.
Selepas pelbagai dugaan dan ujian diharungi, pasangan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Seri Kembangan, Selangor semalam.
Majlis pernikahan berlangsung di kediaman keluarga Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin, di sini.
Dihadiri kira kira 500 orang tetamu dan sanak saudara terdekat, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz.
Pengantin lelaki membawa mas kahwin RM300. Masing masing bertukar dua bekas dulang hantaran.
Bagi Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi pula berkata, dia mengakui jodoh bersama wanita berusia 29 tahun itu dipanjangkan atas doa peminat.
Tiada wang hantaran Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memberikan hantaran tak ternilai iaitu senaskah Al Quran sebagai simbolik penyatuan ikatan hubungan mereka.
“Alhamdulillah saya sudah khatam Al Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya sewaktu bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati sebelum ini.
“Ketika itu suami datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.
“Tiada majlis pertunangan sebaliknya diadakan majlis khatam Al Quran dianjurkan pada 30 Ogos lalu.
“Selain khatam, saya turut memahami tafsir serta maksudnya sebelum Al Quran diserahkan pada isteri di hari pernikahan kami,” kata Nadzmi.
Kata Nadzmi, mereka berkawan baik lapan tahun lalu. Bagaimanapun empat tahun lalu selepas sama sama bergandingan menerusi drama Namaku Bedah (2015), hubungan baik jadi istimewa.
“Kami selesa dianggap bersahabat waktu itu. Kalau ada jodoh … adalah.
“Selama ini pun ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya hari ini termakbul dan dipermudahkan , terima kasih doa peminat serta pengikut di Instagram,” kata Nadzmi
Kongsi minat yang sama
Nadzmi juga menyifatkan isterinya itu sebagai sangat istimewa.
“Bagi saya dia istimewa dan luar biasa di hati, Saya belajar banyak benda dengannya. Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Dulu kami juga kongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.
“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum dengannya. Dia memang kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.
“Malah keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan bersama menerusi tudung Alwadellhijab,” kata Nadzmi yang pernah muncul dengan single Wanitaku.
Belum ada tarikh berbulan madu.
Msjlis resepsi dijadualkan beberapa bulan lagi.
“Selepas nikah, dia (Ardell) akan terbabit dengan misi kemanusiaannya di Syria. Saya pula akan muncul dengan filem Anak Perjanjian Syaitan tak lama lagi. Jadi faktor masa cukup membataskan apa yang kami perlu fikir pada hal mendatang.
“Bagaimanapun kalau dipermudahkan, kami tak tolak rezeki timang anak cepat. Begitu juga soal berbulan madu dan hasrat kami mahu menunaikan umrah bersama.
“Majlis resepsi pula beberapa bulan lagi. Insyaa Allah.
“Kami rancang ajak ibu Ardell dan kedua dua ibu bapa mengerjakan umrah samapun kami,” ujar Nadzmi yang juga sedang menanti tayangan filem Safari Mall dan Busut Bonang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penantian 7 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan Tuhan. Penyanyi dan juga pelakon, Danny X-Faktor kini bergelar ayah selepas isterinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria atau Lyn selamat melahirkan anak sulung mereka.
Dalam satu perkongsian di laman instagram, isteri Danny selamat melahirkan anak lelaki sulung pagi semalam.
“Inilah anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh saya dan isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti menantikan saat dikurniakan rezeki zuriat. Begitu juga dengan saya dan isteri,”ujar Danny lagi.
Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38, berkata dia berasa bersyukur atas kurniaan Allah kali kedua selepas isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah. Saya anggap seperti anugerah Allah yang sudah lama dinanti-nantikan. Sebenarnya, isteri saya pernah hamil namun mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tiga minggu,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...