Bagai kucing dengan anjing, begitulah yang selalu ibu ayah boleh katakan bila mengenangkan perangai dan ragam anak-anak. Memang boleh buat pening kepala jadinya, sikit-sikit ada sahaja benda yang ingin digaduhkan.
Tapi lain pula kisahnya baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang kanak-anak lelaki riang menyambut abangnya pulang dari bekerja, siap kedua-duanya menari di depan pintu telah menjadi tular di laman sosial.
Ibu mereka, Nirwana Azman, 39, tidak menyangka video memaparkan gelagat anak bongsu dan sulungnya itu telah mencuri tumpuan warganet. Tinjauan KELUARGA mendapati hantaran di laman sosial tiktok itu menerima 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
“Perangai dua beradik, si bongsu memang tunggu abang sulung balik kerja. Macam itulah setiap kali abangnya balik kerja, perlu layan supaya beliau ‘happy’.
“Sebelum ini abangnya suka mengusik sampai menangis. Sekarang abang sudah kerja si bongsu sunyi,” jelasnya.
Apabila ditanya rahsianya, ternyata setiap butir perkongsiannya menyuntik inspirasi dan bolehlah dijadikan panduan untuk yang lain dalam hal bagaimana adik beradik ini menyantuni antara satu sama lain dan pendekatan ibu ayah dalam membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Hubungan adik beradik Muhamad Shamil, 18, Muhamad Shazril, 12, dan Muhamad Shaqil, 8, ini sangat rapat. Ini sebagaimana memetik di SinarPlus.
“Tiada rahsia, cuma adik-adik banyak membesar dengan tangan abang. Maksudnya sejak dari kecil si abang rajin menguruskan seperti memandikan adik, makan abangnya akan suap atau bantu tukarkan baju.
“Kiranya abang sulung banyak ringankan tugas saya. Malah baginya adik-adik insan yang penting. Jika makanan tinggal sedikit, walaupun sudah hendak suap ke mulut beliau sanggup beri kepada adik-adik dahulu,” ujar Nirwana.
Ads
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui beliau dan suami, Shahril Shaari, 42, juga memiliki hubungan yang erat dengan adik beradik masing-masing.
“Saya dan adik beradik memang rapat. Kalau berjumpa cukuplah kami sahaja tidak perlu orang lain. Riuh sekampung! Adik beradik suami pun rapat,” ujarnya.
Melihatkan hubungan teguh dan mesra anak-anak, hati ibu itu mahu semuanya kekal sehingga ke akhir hayat.
“Harapan saya dan suami pastinya mahu hubungan anak-anak ni kekal hingga ke akhirnya. Setiap malam sebelum tidur saya akan ke bilik mereka mencium dahi dan memeluk mereka.
“Saya akan berpesan ibu abah tiada harta hendak tinggalkan apabila tiada nanti, yang ada hanya harta yang tidak ternilai dan ditukar ganti iaitu anak-anak.
“Apa yang berlaku sekalipun jangan putus hubungan adik beradik. Susah senang, jangan lupa sesama kalian. Hormati abang sulung. Kepada anak yang sulung saya berpesan supaya menjaga adik-adik, itu amanah saya dan suami untuknya,” titip Nirwana.
Ads
Kongsi Rahsia Cipta Keharmonian
“Saya dan suami terapkan walaupun anak-anak lelaki perlu pandai melakukan kerja rumah. Solat jangan tunggu disuruh kerana pada masa hadapan hendak jadi ketua keluarga, perlu tunjuk contoh yang baik, rajin ‘turun’ ke dapur dan pandai kemas rumah.
“Untuk mereka adik beradik saya memang melarang menggunakan perkataan ‘kau’ dan ‘aku’, mesti sebut abang dan adik sahaja,” ujar nirwana tentang rahsia keharmonian hubungan.
Malah setiap minggu, beliau dan suami akan meluangkan masa bersama anak bergilir-gilir untuk mendegar masalah anak-anak.
“Rutin kami sejak anak berusia 12 tahun, masa tu anak akan cerita ‘one to one’ tentang isi hati dan masalah mereka. Atau ibu abah terlebih beri perhatian kepada salah seorang. Bimbang ada yang terasa dalam diam. Alhamdullilah rutin itu kami buat sampai sekarang,” kongsinya.
Ads
Semoga kisah yang dikongsikan ini memberikan inspirasi buat kita semua dalam mewujudkan hubungan baik antara adik beradik dan anak beranak.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita selalu dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa atau mungkin kurang fajam tanggung jawab yang satu ini.
Kerana itu ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak. Walaupun isteri bekerja, namun suami tetap kena menghulurkan wang. Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga.
Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidka meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang diulas oleh Dr Taufiq Razif.
Emakku Ustazah
Sentap juga haritu bila kena ceramah oleh ustazah kat dalam gambar ni. Ustazah ni tak terkenal. Malah tak pernah masuk TV pun. Tapi dalam ribuan ustazah, ustazah ni lah yang dah berjaya membuatkan hati saya tersentap pedih.
” Nafkah ni hak isteri. Walau isteri tak pernah minta, kita kena bagi. Bagi kat tangan dia tiap bulan bukan main tunggu isteri minta baru bagi “
” Bagi la semampu kita asalkan kita lepas daripada nak kena jawab di sana nanti “
” Bagi jangan tak bagi. Jangan sampai duit bulanan kita banyak tapi tak tahu ke mana hala duitnya pergi ” ( tanda duit tak berkat sebab tak tunaikan hak nafkah isteri )
Inilah lebih kurang isi ceramah ustazah tu pada saya. Allah. Sentapnya bukan main! Saya angguk angguk perlahan tanda setuju. Kalau ustazah lain yang ceramah mungkin saya tak sentap sangat tapi ustazah yang baru je ceramah di depan saya tu adalah IBU a.k.a EMAK saya sendiri.
Ustazah ni pesan lagi. Tak kisah lelaki ni jenis fokus sangat bekerja ke atau apa apa pun alasan. Yang wajib tetap wajib. Nafkah tetap kena nafkah. Wajib bagi kat tangan isteri!
Dalam harta seorang suami, di dalamnya ada hak seorang isteri! Ye, walau isterimu seorang jutawan sekalipun! ?
p/s : Tolong ingatkan suami kita semua tentang benda ni ye. Kadang mungkin mereka lupa. Kalau pun tak mampu nasihat suami, boleh je bagi artikel ni kat mereka.
p/s : Saya suka berkongsi ilmu mendidik anak / parenting secara percuma di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ?t.me/NotaTaufiqRazif
Untuk rekod pelakon popular, Ummi Nazeera, 28, selamat melahrikan bayi sulungnya, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari pada jam 11.37 malam, 22 Ogos tahun lalu.
Nyata melalui perkongsian suami pelakon ini, menjelaskan bahawa beliau seorang suami yang teliti dan prihatin dalam memastikan kelengkapan dan pengurusan anak dilakukan dengan sempurna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meruntun jiwa kala melihat perkongsian yang dipaparkan oleh Heliza Helmi di paparan instagramnya mengenai kisah anak-anak di Gaza. Terbaharu, Heliza berkongsi duka apabila seorang kanak-kanak berusia liam tahun meninggal dunia tanpa keluarga di sisi.
Menurut Heliza Helmi, kanak-kanan berusia 5 tahun ini mengidap tumor di otak dan terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat kerana hospital di Gaza kekuraangan pakar.
Lebih menyedihkan ketika menghembuskan nafas terakhir, keluarga tiada sisi lantaran pihak berkuasa tidak membenarkan keluarga mengiringinya ketika melakukan pembedahan.
Begitulah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Moga arwah adik ini tempatkan dikalangan orang yang beriman. Moga perkongsian ini menjadi pedoman buat kita muhasabah diri.
Damailah kamu di sana sayang…
Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza.
Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya. . Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana.
Moga roh mu dicucuri rahmat..sayang..aminnn
Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya. . Apa yang berlaku?
Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan.
Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi. .Inilah pentingnya bantuan perubatan yang kita salurkan kepada mereka. Ia mampu menyelamatkan nyawa.