Tidak dinafikan ramai yang suka melihat dua buah keluarga harmoni ini. Saban tahun mereka tetap meraikan antara satu sama lain. Begitulah dua buah keluarga ini iaitu keluarga Norman Hakim dan Keluarga Abby Abadi.
Biarpun mereka pernah berpisah dan kini masing-masing mempunyai pengganti baru, ia tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan hubungan baik.
Terbaru, Norman Hakim sekali lagi meraikan sambutan hari jadi Abby Abadi. Malah ia turut dibantu isterinya, Memey Suhaiza dan suami Abby, Faizal Zakaria.
Terharu hubungan yang amat baik
Ads
Dalam pada itu, Norman dalam posting yang lain turut meluahkan rasa syukur dengan sikap yang ditonjolkan oleh Abby dalam membesarkan anak-anak hasil daripada perkahwinan mereka dahulu.
Juga bertuah memiliki Memey Suhaiza yang turut membimbang anak-anaknya.
Ads
“Bila tiap kali tengok ukhuwah korang berdua ni dari dekat ke,dari jauh ke atau mcm tgk video ni ke..mcm nak bergenang mata tp malu la,laki takkan nak angis kot.Tak mecho la.So ku gantikan air mata yg tak jadi nak genang tu dgn rasa terima kasih & syukur pada Allah diatas ‘skrip’Nya ini.”
“Semoga ukhuwah & kasih sayang ini kekal sampai akhir hayat hingga ke Jannah tertinggi dan mohon Allah sambung lagi ‘kat sana’ nanti.”
“Love u so much Adikku sayang Yebby Yabadi.Jaga diri,hiasi peribadi. Semoga di dalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t sepanjang masa Aamiin Ya Rabb.”
Perasan atau tidak, semenjak dua tiga hari sebelum puasa ini begitu banyak kita lihat perkongsian ibu-ibu membuat stok makanan untuk dibekukan sebagai satu langkah memudahkan urusan menyediakan hidangan berbuka mahu pun bersahur.
Pun begitu mungkin masih ada yang belum tahu pantang larang bila menyediakan stok makanan agar selamat dan berkhasiat untuk dimakan. Untuk itu, perkongsian di akaun fb Busseroa Abd Jalil ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada ibu-ibu yang kali pertama ingin mencuba teknik seperti ini.
Cara Bekukan Makanan
Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.
Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:
– Bekukan terus selepas dimasak. Suam-suam sikit dah boleh simpan.
– Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
– Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
– Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
– Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
Info tambahan dari sumber-sumber lain:
– Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
– Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
– Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.
Info gambar:
– Gambar lama.
– Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak-anak setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
– Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
– Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih semua.
Sumber : Busseroa Abd Jalil via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zakat fitrah ibu tunggal sering menjadi persoalan terutama bagi wanita yang kehilangan suami dan kini menguruskan keluarga sendiri. Mufti menjelaskan bahawa kewajipan itu perlu ditunaikan sendiri oleh ibu tunggal sekiranya dia memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Dalam suasana umat Islam membuat persiapan akhir menjelang Syawal, ada juga golongan ibu tunggal yang mungkin masih tertanya-tanya tentang kewajipan zakat fitrah selepas kehilangan suami. Soal ini nampak kecil, tetapi hakikatnya sangat penting kerana ia membabitkan ibadah yang wajib ditunaikan dengan kefahaman yang betul.
Bagi wanita yang baru melalui kehilangan pasangan, banyak perkara perlu diuruskan sendiri termasuk hal kewangan, nafkah anak-anak dan urusan ibadah. Sebab itu, penjelasan daripada pihak Mufti ini wajar difahami supaya tidak timbul salah faham dalam keluarga, khususnya apabila ada yang menyangka tanggungjawab tersebut akan berpindah secara automatik kepada saudara lelaki arwah suami.
Menurut Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, zakat fitrah ibu tunggal tertakluk kepada hukum yang sama seperti individu Muslim lain. Zakat fitrah ialah kewajipan ke atas setiap Muslim untuk dirinya dan orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya.
Dalam konteks ibu tunggal yang kematian suami, jika dia masih hidup ketika masuk waktu wajib zakat fitrah iaitu selepas terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, beragama Islam dan mempunyai lebihan harta bagi keperluan dirinya serta tanggungannya pada malam dan hari raya, maka dia wajib menunaikan zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
Maksudnya di sini cukup jelas, kematian suami tidak menjadikan ibu tunggal terlepas secara automatik daripada kewajipan tersebut. Jika dia mampu dan cukup syarat, dia perlu menunaikannya sendiri.
Dalam situasi zakat fitrah ibu tunggal, tanggungjawab bukan sahaja untuk dirinya. Jika anak-anak berada di bawah tanggungan nafkahnya, maka dia juga bertanggungjawab mengeluarkan zakat fitrah bagi anak-anak itu mengikut kemampuan yang ada.
Ini kerana dalam hukum zakat fitrah, individu yang menanggung nafkah seseorang juga bertanggungjawab menunaikan zakat fitrah bagi mereka. Oleh itu, jika ibu tunggal menjadi penjaga utama dan penanggung nafkah anak-anak, kewajipan tersebut berada di bawah tanggungannya.
Antara perkara yang sering menimbulkan kekeliruan ialah kedudukan saudara lelaki arwah suami. Ada yang beranggapan abang ipar atau adik ipar perlu mengambil alih tanggungjawab tersebut.
Namun menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam isu zakat fitrah ibu tunggal, saudara-mara tidak diwajibkan untuk membayarnya.
Zakat fitrah ialah ibadah individu dan tidak boleh ditunaikan sewenang-wenangnya oleh orang lain tanpa keizinan empunya badan. Ini bermakna abang ipar, adik ipar atau saudara lain boleh membantu membayarkannya, tetapi bantuan itu mestilah dengan izin ibu tunggal tersebut dan bukan sebagai kewajipan hukum ke atas mereka.
Penjelasan ini penting supaya masyarakat dapat membezakan antara tanggungjawab syarak dan ihsan sesama keluarga. Dalam konteks zakat fitrah ibu tunggal, kewajipan asal tetap bergantung pada individu yang memenuhi syarat wajib zakat fitrah dan tanggungan nafkah yang berada di bawahnya.
Membantu ibu tunggal ialah amalan yang sangat baik dan digalakkan dalam Islam. Namun dari sudut hukum, ia tidak menjadi kewajipan ke atas saudara lelaki arwah suami.
Dalam keadaan tertentu, ada ibu tunggal yang hidup serba kekurangan selepas pemergian suami. Jika dia tidak mempunyai lebihan harta dan tidak mampu menampung keperluan asas diri serta anak-anak, maka dia tidak diwajibkan menunaikan zakat fitrah kerana tidak cukup syarat kemampuan.
Malah, Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa wanita yang berada dalam keadaan fakir atau miskin selepas kematian suami boleh mendapatkan bantuan daripada pusat zakat atau baitulmal.
Bantuan ini bertujuan memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terpelihara, terutama apabila mereka kehilangan sumber nafkah utama dalam keluarga.
Kesimpulannya, zakat fitrah ibu tunggal tetap menjadi tanggungjawab wanita tersebut untuk dirinya sendiri sekiranya dia mampu dan memenuhi syarat wajib zakat fitrah.
Jika anak-anak berada di bawah tanggungan nafkahnya, dia juga perlu mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka. Saudara-mara pula tidak wajib membayarkannya, namun mereka boleh membantu dengan izin sebagai tanda keprihatinan dan sokongan keluarga.
Kefahaman ini bukan sahaja membantu meluruskan kekeliruan dalam masyarakat, malah memberi ketenangan kepada ibu tunggal untuk menunaikan ibadah dengan yakin dan tepat menjelang Aidilfitri.
Sebagaimana coretan oleh Kapten Mohd Ezairol Rezan Zainol mengingatkan kita bahawa sikap amanah harus ada ketika melakukan pembahagian daging.
Moga kita muhasabah diri dalam hal ini.
Kisah Daging Korban
Daging korban sepatutnya dibahagikan kepada 3 bahagian. Pihak yang berkorban hanya boleh ambil 1/3 sahaja, fakir dan miskin 1/3 manakala jiran dan orang ramai (petugas) adalah 1/3.
TAPI dah jadi normalisasi, sambil potong sambil ketepikan bahagian yang mana berkenan…
Harimau menangis, otak, batang pinang, ekor, telur ada yang siap-siap asingkan sebab nak diagihkan pada individu tertentu.
Ekor lembu selalu susah nak dapat.. laju ghaibnya.
Pesanan buat individu yang melakukan ibadah korban. Kisah Habil & Qabil sebagai pengajaran.
Habil mempersembahkan korban yang paling elok dan baik dalam peliharaannya. Manakala Qabil memberi hasil korban yang buruk dan tidak elok.
Habil melakukannya dengan penuh keikhlasan menunaikan perintah Allah. Manakala Qabil pula melaksanakannya dengan rasa tidak ikhlas dan dengki.
Korban Habil diterima Allah. Manakala korban Qabil ditolak.
#MoralOfTheStory
▪︎ Janganlah kita berkira dalam melakukan korban. Kalau mampu pilihlah ternakan yang terbaik untuk ibadah korban.
▪︎ Apabila melakukan ibadah korban, jangan kita memilih-milih daging yang terbaik untuk kita simpan seperti menyimpan siap-siap daging batang pinang untuk diri sendiri.
▪︎ Petugas dan AJK korban kena amanah. Pengagihan daging korban hendaklah dibuat dengan adil dan berhati-hati.
Semoga ibadah korban kita diterima seumpama korban Habil.