Tukar video mengenai seorang anak perempuan sedang meluahkan rasa tidak puas hati kepada bapanya.
Dia kelihatan sedang duduk di atas kerusi sambil berkata-kata dengan yakin kepada ayahnya (dalam bahasa mandarin).
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dengan nada sedih, anak perempuan ini berkata dirinya penat aoabila asyik disuruh belajar namun tidak mempunyai masa untuk bermain. Meminta supaya ibu bapanya memahami perasaannya yang memerlukan masa bermain.
Selain kata-kata luahan perasaan itu, intonasi percakapaan anak perempuan itu turut meraih perhatian wargamaya
Kata-katanya disampaikan dengan penuh yakin dan ada ‘point’ membuatkan ramai yang kagum. Ada yang mengatakan anak perempuan itu seorang yang pintar dan bakal bergelar peguam.
Malah ada yang memuji bahawa ia merupakan contoh perbualan yang baik antara ayah dan anak.
Tidak diketahui tujuan sebenar video berkenaan dirakam, namun ia menjelaskan bahawa zaman kanak-kanak adalah masa yang indah untuk dinikmati seperti bermain bersama rakan-rakan yang akan dikenang apabila dewasa nanti.
Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin pastinya berubah 360 darjah apabila mempunyai anak-anak. Namun setiap pasangan harus saling melengkapi dengan membantu antara satu sama lain. Hakikatnya kurang duit boleh cari, kurang masa tidak boleh dibeli. Oleh itu, setiap pasangan harus hargai antara satu sama lain. Begitulah perkongsian yang dipaparkan oleh Ade Azhar Ismail yang menyentuh bagaimana kekurangan masa dihadapi isteri lebih banyak berbanding suami setelah berkahwin. Ikuti perkongsiannya.
Tahu tak apa yang berkurangan selepas seseorang lelaki dan perempuan tu berkahwin?
Lelaki – kekurangan duit. Tanggungjawab semakin besar. Nak sara anak orang dan anak sendiri.
Bil-bil bertambah. Dulu sewa bilik, sekarang sewa rumah. Dulu boleh naik kapcai je, sekarang kurang-kurang kena ada kancil nak bawa anak-anak.
Isteri kurang masa berbanding suami
Perempuan – kekurangan masa. Semua masa yang ada dikorbankan untuk suami dan anak-anak.
✔ Dulu tetiap bulan pergi spa dan saloon. Sekarang spa ke mana, saloon ke mana. Terkejar-kejar dengan anak sampai rambut mengerbang kat rumah.
✔ Dulu mandi 30 minit paling cepatlah tu. Sekarang kalau dapat mandi 3 minit tanpa anak gendang pintu da kira nikmat.
✔ Dulu kalau rajin masak. Kalau malas beli je. Sekarang rajin ke malas, sihat ke sakit kena masak. Kalau bukan untuk diri sendiri dan suami, untuk anak-anak yang tak mengerti apa-apa.
✔ Dulu dapat tidur nyenyak tahap beta alpha memalam. Sekarang setakat ada lingkaran gelap bawah mata tu bukti ibu mithali berjaga malam.
✔ Dulu tiap kali keluar baju biru, handbag biru. Baju kuning handbag kuning. Sekarang cuma ada satu beg je – beg diapers.
✔ Dulu balik kerja boleh hang out dengan girlfriends. Sekarang sharp kol5 terus punch balik. Sebab nak amek anak kat pengasuh.
Sampai rumah nak masak pulak. Nak basuh baju. Nak sidai baju. Baju basuh malam tadi yang dah kering nak kena lipat.
Suami dan anak-anak dah terbongkang tidur, dia masih macam lipas kudung buat kerja-kerja rumah.
Nampak tak siapa sebenarnya yang lebih banyak ‘kekurangan’ selepas berkahwin? Kurang duit boleh cari, bro. Kurang masa kau tak boleh beli.
So, hargailah isteri korang. Setakat dia mintak Gucci baru dan pandora seurat untuk nak dekat-dekat raya ni apalah sangat kalau kau usahakan.
Ade Azhar ismail. Masih cuba☺️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wajah dan nama panggilan sama dengan anak kandung, wanita gembira jumpa Qisya, anak sulung mangsa Sungai Korok. Sekali pandang, ramai yang terkesima melihat wajah Nureen Keisya Adelea Mohamad Yazid yang seiras dengan arwah Puteri Qisya Nur Izzat, anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut dalam tragedi menyayat hati enam sekeluarga di Sungai Korok, Jitra.
Bukan hanya wajah yang hampir sama, kedua-dua kanak-kanak ini juga berkongsi nama panggilan yang serupa serta umur yang sama iaitu 12 tahun.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nurul Hidayah Ab Basir, 38 tahun, menerusi satu hantaran yang meraih perhatian ramai di TikTok.
Menurut penjawat awam dari Alor Setar ini, perasaan sebaknya tidak dapat dibendung apabila melihat sendiri wajah Puteri Qisya Nur Izzat buat pertama kali. Pertemuan itu berlaku selepas beliau terdorong untuk menziarahi kanak-kanak tersebut sebaik mengetahui kisah tragis yang menimpa keluarganya.
“Apabila saya melihat wajah Putri Qisya, saya terkenangkan anak saya. Memang serupa dari segi paras rupa, warna kulit, ketinggian dan nama. Saya rasa macam dia anak saya.
“Selain nama panggilan mereka sama, nama saya juga sama dengan Allahyarham ibunya, Nurul Hidayah dan saya kata kepadanya, dia boleh panggil saya ‘mummy’.
“Ini percaturan ALLAH yang tidak terjangka,” katanya.
Tambah beliau lagi, pertemuan itu telah membuka pintu hatinya untuk terus menjalin hubungan dengan Puteri Qisya, malah beliau berharap agar anak itu dapat bersekolah di tempat yang sama dengan anaknya pada tahun hadapan.
Secara tidak langsung, Nurul Hidayah dapat memantau perkembangan Puteri Qisya dengan lebih dekat.
“Seorang wanita tidak lari dengan sifat keibuan, apatah lagi melihat seorang anak kehilangan tempat berpaut.
“Saya tumpang bersedih dengan kejadian yang berlaku kepada dia dan mendoakan anak ini sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan orang baik,” katanya lagi.
Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan insiden tragis membabitkan enam sekeluarga yang hilang selepas menginap di rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman pada 5 Julai lalu. Kesemua mereka ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok.
Mangsa tragedi tersebut ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat orang anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan bayi lelaki berusia enam bulan, Tuah Haydar. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor, Karang, Jerlun sekitar jam 11.50 malam pada hari Isnin.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Begitulah jawapan spontan dari pelakon Datuk Fizz Fairuz mengenai isterinya Datin Almy Nadia setelah manis bertudung litup.
Sejak akhir-akhir ini di media sosial, ramai peminat menyedari akan penampilan baru Almy Nadia.
Terdahulu menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Fizz hanya menulis caption ringkas penuh makna.
“Alhamdulillah..no caption. Just sad…tq Allah.”
Tak Pernah Paksa Pakai Tudung
Berkongsi berita baik itu, majalah keluarga berpeluang bertentang mata dengan aktor hebat ini sewaktu sesi penggambaran Projek Cuti Keluarga Dan Keluarga Gader anjuran Majalah Keluarga di Taman Tema Legoland baru-baru ini, Fizz Fairuz menjawab soalan dengan tenang penuh makna mengenai penampilan baru isteri tersayang.
Kata Fizz Fairuz kepada majalah keluarga bahawa dia tidak pernah memaksa isterinya untuk memakai tudung.
“Saya tak memaksa dia untuk memakai tudung. Cuma ada hari tu katanya, ‘If i pakai tudung ok tak?’. Saya cakap ‘up to you’. Ia bukan paksaan.”
Namun dia tidak sangka selepas habis penggambaran filem Mat Tudung 2, isterinya meluahkan hasrat ingin bertudung.
Bagaimanpun Fizz mengakui tidak terkejut dengan perubahan isterinya lantaran sebelum ini Almy pernah bertanya mengenai hal itu.
“Jadi hari berikutnya habis shoting filem Mat Tudung 2, esoknya dia pakai tudung. Tapi saya tak adalah terkejut,” ujarnya berterus terang.
Dah Tiba Masanya
Malah katanya lagi, Almy pernah bertanya sama ada dia menyukai penampilan dirinya dengan memakai tudung. Sebaliknya Fizz menasihati isterinya bahawa pemakaian tudung itu bukan sebab dirinya tetapi kerana Allah.
“Allah dah bagi you masa. Dapat anak, dapat itu ini. Ini hadiah dari Allah. Cara memakai tudung.”
Doa Yang Terbaik Buat Isteri
Fizz Fairus memberitahu sebagai suami dia boleh bersikap memaksa isterinya memandangkan ahli keluarganya lain turut bertudung namun tidak.
Malah bersyukur dan mendoakan yang terbaik dengan penampilan baru isterinya.
“Sebagai suami, saya boleh paksa. Saya tak nak jadi macam tu. Kalau terbuka hatinya nak pakai tudung. Jika belum bersedia, ‘its up to you.’”
“Jika rujuk kepada saya, sudah mestinya. Mak, kakak saya semua memakai tudung. Mak dan adiknya pun memakai tudung. Dah cukup masanya memakai tudung. Dah sampai panggilannya tu. Saya berdoa mana yang terbaik buatnya.”
Tudung Neelofa
Siapa sangka penggambaran filem Mat Tudung 2, menjentik hati Almy Nadia untuk bertudung. Kebetulan tudung yang digunakan untuk penggambaran adalah tajaan dari Neelofa.
Kata Fizz, ketika menggunakan tudung untuk penggambaran, Almy ada memuji tudung Neelofa cantik dan ingin memakainya. Pada awalnya dia tidak menyedari niat isterinya ketika itu.
“Sejak Almy bertudung ni belum ada kesempatan lagi membeli tudung. Tudung untuk filem yang ditaja oleh Neelofa, Almy pakai.”
Katanya lagi, sepatutnya tudung tajaan harus dipulangkan semula. Namun Neelofa memberikan ia sebagai hadiah buat Almy dan meluahkan rasa syukur dan memberi kata-kata positif dengan perubahan rakan artisnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.