Berkongsi pengalaman menanggung sakit bertahun-tahun di bahagian tumit kaki setiap kali bangun dari tidur akhirnya dapat diredakan dengan mengamalkan minum air jus gabungan daripada dua bahan.

Menurut Ida Shahida, tujuan asal dia minum jus tersebut untuk melancarkan aliran darah dan lama-kelamaan terasa kesan dan manfaatnya pada kesihatan. Ikuti kisahnya dan dia turut berkongsi ramuan untuk menyediakan jus yang diamalkan itu. Bolehlah dicuba, mana  tahu amalan minum jus ini serasi dengan anda. Selamat mencuba.

Ini perkongsiannya;

Saya sakit tapak kaki setiap pagi bangun daripada tidur malam. Sangat sakit bagaikan dicucuk jarum. Setiap pagi selama hampir setahun. Ubat pelbagai dah makan..dah jumpa doktor pakar apa semua namun tak juga lega atau kurang sakit.

Nak jadi cerita..3-4 tahun lepas saya mesin timun sebab nak lancarlan perjalanan darah (boleh rujuk kebaikan timun untuk darah, pastu dah minum seminggu rasa ada manfaatnya.

Pastu saya beli cincau sebab saja suka suka nak masukkan dalam jus timun yang diminum setiap hari tu.

Tumit Kaki Terasa Mencucuk, Petanda Aliran Darah Tak Lancar. Redakan Dengan Amal Minum Jus Macam Wanita Ni Buat!

Sekali minum saja…kaki saya dah tak rasa sakit dah kurang 80%..saya pun macam percaya dan tak percaya saja..heran bin ajaib sangat sangat

IKLAN

Saya teruskan minum 3 hari lagi iaitu 2 kali sehari…ternyata terus hilang sakit tapak kaki macam orang kedah kata ‘ macam kute tauk ja’…

Pastu saya terus minum dan amalkan 2 kali seminggu selama 1-2 bulan…ternyata dia terus pergi dan tak kembali lagi…

Saya tiada kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung untuk rujukan…sampai sekarang saya dah tak sakit tapak kaki lagi dah…

Sekiranya anda sakit kaki disebabkan darah tidak lancar insyaAllah akan lega tapi jika tidak lega cepat cepatlah jumpa doktor kot kot. Ada penyakit lain.

PETUA UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI AKAN TURUN
DAN MELEGAKAN SAKIT TAPAK KAKI/TUMIT dan insyaallah sakit urat pun insyaallah akan berkurangan setelah memperlancarkan perjalanan darah dan system tubuh.

IKLAN

Untuk petua sakit tumit kaki
Cara buat:
1. Ambil sebiji mentimun dan kisar timun tersebut dengan 1 gelas air.

2. Tapis ambil airnya sahaja. Selapas itu  masukkan cincau tanpa gula ( 400-500gram) kedalam air timun tadi dan mesin halus kesemuanya sekali. Kuantiti jus tersebut untuk pagi dan malam sahaja. Habiskan.

3. Minum pagi dan malam selama 1-2 minggu. Kemudian untuk seterusnya minumlah 2-3 hari sekali. Lepas tu jarakkan masa jika sudah ada kebaikkannya..bertujuan untuk maintain kesihatan.

Ekstra Info:

Insyaallah akan mujarab dan benar benar mujarab. Jika anda termakan banyak atau terlebih makan makanan cepat-cepat minum jus ini 2x sehari.

IKLAN

Orang darah tinggi dan kencing manis pun boleh minum ( beli cincau tanpa gula) elok sangat sangat.darah tinggi pun turun dan kalau ada kencing manispun akan turun juga. Insyaallah. Sakit urat pun lega…sakit tapak kaki/tumit pun akan lega.cubalah…

Sebenarnya TIMUN dan CINCAU berperanan penting melancarkan perjananan darah dan sistem body kita. ANUGERAH ALLAH.

Sumber : Ida Shahida 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR BUAT ROTI UNTUK KELUARGA secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Tumit Kaki Terasa Mencucuk, Petanda Aliran Darah Tak Lancar. Redakan Dengan Amal Minum Jus Macam Wanita Ni Buat!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club Tumit Kaki Terasa Mencucuk, Petanda Aliran Darah Tak Lancar. Redakan Dengan Amal Minum Jus Macam Wanita Ni Buat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI