
Tutup pantang 44 hari dengan masak mee kari, wargamaya terharu melihat layanan sangat baik Sheila Rusly pada menantunya, Elisya Sandha. Betullah orang kata, mempunyai mertua yang baik itu pun rezeki dalam hidup.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru muat naik menerusi Instagram, penerbit dan pelakon Sheila Rusly telah meraih perhatian ramai.
Perkongsian video menunjukkan Sheila menyediakan hidangan mee kari. Dengan kapsyen ringka tapi penuh makna dengan menyatakan bahawa menantunya telah lengkap berpantang 44 hari.
Juga sebagai penutup pantang. Ia juga bagi memenuhi permintaaan menantu kesayangannya yang teringin untuk merasa menu mee kari.
Paparan video melihat kecerian Elisya bersama suaminya yang juga merupakan anak sulung kepada Sheila Rusly, Uzair Haqimy. Turut kelihatan wajah cucu kesayangannya itu.
“Dia nak makan Mee Curry. Pantang 44 hari completed. Yeay!!”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya telah memberikan kara-kata pujian kepada layanan first class kepada menantunya.


Sumber: sheilarusly_jspictures
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Patutlah Telefon Cepat Rosak, Rupanya Salah Cas. Elak Guna 4 Cara Ni Baru Tak Ada Masalah.

Kini telefon bagaikan ‘nyawa’ buat kita. Hilang alat komunikasi ini habis data peribadi termasuk ‘password’ bank dan maklumat penting lain. Bahkan ada yang menjadikan smartphone ini sebagai medium untuk bekerja.
Ia bagaikan ‘robot’ peribadi bergerak untuk kita. Namun selalunya akibat penggunaan ‘over load’ menyebabkan ia kerap kehabisan bateri telefon.
Namun akibat kesalahan ketika mengecas telefon mengakibatkan daya tahan bateri menjadi kurang dan mudah rosak.
Nak tahu empat kesalahan itu, ikuti lanjut perkongsian ini.
4 kesalahan ketika cas telefon

1. Guna Pengecas Sembarangan
Walaupun tempat pengecasan pada telefon pintar masa kini lebih universal, ianya tidak bermakna anda perlu sesuka hati menggunakan sebarang pengecas. Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri khususnya kapasiti kuasa dan arus yang kuat. Jika memakai pengecas yang tidak sepadan dengan spesifikasi telefon boleh mengurangkan prestasi bateri telefon pintar anda.
2. Terlalu Bergantung Pada Power Bank
Rata-rata, masyarakat dunia hari ini memiliki power bank masing-masing. Power bank dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal kerana kita semua boleh melakukan proses pengecasan telefon di mana jua berada. Namun, apabila kerap menggunakannya untuk mengecas semula telefon pastinya mendatangkan kemudaratan kepada hayat bateri telefon anda.
Alasannya, power bank yang mudah alih atau portable lebih beri siko untuk mengalirkan kuasa yang tidak stabil berbanding ketika mengecas dengan tenaga elektrik secara langsung. Aliran kuasa yang tidak stabil ini menjadikan hayat bateri semakin berkurangan.
3. Mengisi Bateri Lebih Lama Dari Waktu Yang Diperlukan
Masih lupa untuk mencabut plag pengecas apabila telefon pintar dicas sepenuhnya? Seelok-eloknya anda tidak mengamalkan kebiasan ini! Meskipun telefon pintar masa kini dilengkapi dengan overcharge protection yang secara automatik menghentikan proses pengecasan ketika bateri penuh, telefon yang terlalu lama dicas tetap berpotensi mengalami penurunan prestasi bateri.
Untuk mengekalkan prestasi, anda tidak perlu mengecas bateri sehingga 100 peratus. Bahkan, bateri telefon berada dalam keadaan optimun apabila mencapai kapasiti 40 hingga 80 peratus.
4. Tidak Segera Mengecas Telefon
Kalau nak tahu, salah satu punca kenapa hayat bateri tidak tahan lama disebabkan kebiasaan kita menggunakan telefon pintar sehingga bateri habis sepenuhnya. Seandainya anda menggunakan telefon sehingga kehabisan bateri serta tidak segera mengecasnya semula, sel-sel asas pada bateri akan mengalami saturation atau ketepuan.
Natijahnya, s31-se1 ma ti dalam bateri akan berkumpul akhirnya membuat bateri tidak sihat dan mengurangkan prestasinya. Justeru, anda disyorkan untuk menyegerakan mengecas telefon apabila beteri berada diparas 15 hingga 35 peratus.
Sumber: akakpesan.com via dnews
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Mula Pelik Pandang Kiri Kanan, Kemudian Tersenyum Di Katil Sendiri.” Selepas 4 Bulan Di Hospital, Ainul gembira Balik Rumah

Biarpun sudah pulang ke tanah air dengan selamat dan menunjukkan perkembangan yang baik setiap hari, namun jelas ayah kepada Ainul Mardhiah, anaknya itu masih perlu dipantau dan dibawa bertemu doktor untuk rawatan susulan.
Dalam masa yang sama, Ahm,ad Safiuddin turut menyimpan hasrat untuk membawa Ainul menunaikan umrah sebaik anaknya itu sembuh sepenuhnya kelak.

Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah swt izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.
Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun ainul sudah balik, tapi ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan ( Follow up ).

Masih banyak lagi perkara yang ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan ainul ini tuan/puan.
Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.

Alhamdulillah, ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua. .
Maaf lama tidak update di dinding Facebook ni. Jika ada antara tuan/puan yang pernah tinggal di hospital dalam jangka masa yang panjang, mungkin tuan/puan tahu betapa blurnya diri ini 😅 Bila duduk hospital, tak boleh nak fikir apa-apa. .
Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!
Menerusi laporan terbaru Harian Metro, keluarga ini sudah pulang ke kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka. Ainul Mardhiah, 13 bulan, sebelum menghidap kanser Germ Cell Tumor terbang ke London pada 25 Mei lalu dan berada di sana selama dua bulan bagi menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang apabila menunjukkan perubahan positif.
Sebaik tiba di tanah air pada 28 Julai lalu, Ainul ditempatkan terlebih dahulu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.

Nurul Erwani berkata, dia dan suami Ahmad Safiuddin Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah sendiri selepas beberapa kali menempuh detik mencemaskan sepanjang anaknya itu menerima rawatan.
Katanya, sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam, Ainul terlebih dahulu dipantau di Hospital Melaka untuk tempoh satu malam.
“Alhamdulillah, semalam dia tidur lena dan hari ini aktif bermain. Akhirnya kami dapat balik rumah, empat bulan di hospital pelbagai detik dan situasi dilalui. Semestinya saat ini dinantikan.
“Pada awalnya Ainul agak pelik, pandang kiri dan kanan, tetapi tidak lama selepas itu dia dapat merasai suasana di dalam rumah. Dia bagaikan mengerti apabila dapat duduk di katilnya sendiri dengan reaksi tersenyum-senyum,” kata Nurul Erwani menceritakan gelagat anak kesayangannya itu.
Menurut Nurul Erwani lagi, walaupun sudah dibenarkan pulang, Ainul perlu membuat beberapa rawatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatannya selain menjalani fisioterapi.

Katanya, walaupun pembesaran dan pergerakan anaknya tidak seperti bayi seusia lain, banyak perubahan ditunjukkan Ainul yang semakin hari kian aktif.
“Kalau boleh kami tidak mahu paksa sangat biarlah dia buat apa yang boleh seperti sekarang.
“Sekarang ini dia sudah pandai pusing badannya sendiri, kenal mainan dan menunjukkan reaksi apabila kita mengambil mainan dipegangnya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembangan anaknya itu menunjukkan perubahan positif, Ainul perlu memakai alat sokongan pernafasan.

Menurutnya, atas nasihat doktor Ainul perlu dikuarantinkan di rumah kecuali untuk ke hospital memandangkan sistem imunisasinya tidak kuat selain mudah terkena jangkitan.
“Kami tidak menghalang jika ada yang ingin datang menjenguk Ainul, sebaliknya saya amat berharap agar tidak memegangnya.
“Setiap kali mahu menyentuhnya, kami agak bimbang kerana risau Ainul akan dijangkiti kuman,” katanya lagi.
Sumber:ahmadsafiudinn & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini Soalan Yang Perlu Ditanya Kepada Guru Bila Jumpa, Bukan Tahu Result Periksa Aje.

Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sehingga ramai yang melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan kelas tambahan buat anak.
Namun, ibu bapa lupa bahawa perkembangan sosial emosi anak amat penting untuk perkembangan kendiri anak.
Sebagaimana yang diutarakan oleh Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mengenai apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa apabila berjumpa dengan guru.
_______________________________________
Kadang-kadang ibubapa tidak tahu apa yang kita perlu tahu tentang proses pembelajaran anak-anak.
Anak bersekolah BUKAN untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata walaupun pencapaian akademik itu tetap penting.
Bagi anak-anak peringkat tadika dan juga Tahap 1, perkembangan atau pencapaian sosioemosi anak lebih penting dari pencapaian akademik.
Ini kerana pencapaian sosioemosi yang sihat akan membina keupayaan mental yang sihat bagi membantu perkembangan intelektual anak baik pada peringkat awal ini ataupun peringkat-peringkat yang seterusnya.
SOALAN YANG PERLU DITANYA KEPADA GURU.
Oleh itu, selain dari bertanya kepada guru “Bagaimana pencapaian anak saya dalam Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain lain lagi, tanya juga kepada guru:
1) Adakah anak saya sentiasa dalam ‘mood’ yang positif?
2) Adakah anak saya boleh mendengar dan mengikut arahan?
3) Adakah anak saya mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan?
4) Adakah anak saya mengambil berat tentang rakannya dan berminat untuk berkawan?
5) Adakah anak saya mengenali jenis-jenis emosi, tahu melabel emosi dan pandai mengurus emosi sendiri?
6) Adakah anak saya faham perasaan orang lain dan menunjukkan empati?
7) Adakah anak saya dapat menyatakan dengan jelas kemahuan dan pilihannya?
8 ) Adakah anak saya tahu untuk bermain, bertolak ansur dan berkompromi dengan rakan-rakannya?
Jika maklumbalas yang diberikan oleh guru adalah positif, maka anak berada dalam persekitaran pembelajaran positif yang menyokong perkembangan sosioemosi anak.
Sekiranya maklumbalas yang diterima adalah kurang memberangsangkan, maka perkembangan sosioemosi anak perlu terus dipupuk dan dikembangkan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

