Kemelut rumah tangga yang berpanjangan, pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih tiada persetujuan bagi menjayakan lafaz cerai.
Memetik laporan Berita Harian, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dengan pakaiannya yang serba putih itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi menghadiri proses lafaz cerai hari ini.
Walaubagaimanapun, prosiding lafaz cerai tersebut gagal dilakukan atas beberapa faktor yang dikatakan tidak dapat dielakkan.
Ads
“Usaha nak selesaikan kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain,” kata peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul Yusof.
Tambahnya lagi, disebabkan hal berkenaan, tiada lafaz cerai yang dibuat oleh Syamsul manakala prosiding tersebut akan diteruskan lagi dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Ads
Pada masa yang sama, proses sulh yang berlangsung pagi tadi turut tidak berjaya disebabkan tidak mencapai persetujuan di antara mereka berdua.
Ads
Sementara itu, terdapat juga beberapa terma penyelesaian termasuk hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian yang akan direkodkan dan dimaklumkan pada tarikh tersebut.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah disatukan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikul Islam dan Summayah.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usai seminggu dilahirkan, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman instagramnya yang turut mendedahkan pilihan nama yang dipersetujui bersama isteri untuk menamakan puteri mereka Charissa Azzahra.
“MashaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan
“Lahir 25 May 2022 9.52am, 3.05kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya di kapsyen.
Dalam tulisannya, Haziq yang juga penyampai radio Hot FM menitipkan harapan semoga anaknya itu membesar menjadi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Haziq sebelum itu berkongsi berita kelahiran anak perempuannya.
Kesibukan dengan urusan kerja kadang kala menyebabkan ibu-ibu tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita hanya menunggu hujung minggu untuk berbuat demikian baik membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Waktu inilah sahaja yang ada, itupun jika tiada sebarang temu janji atau majlis yang perlu dihadiri. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Begitu pun, jika anda sudah mempunyai anak remaja, tidak salah andai sesekali meminta mereka membantu mengemas rumah atau sekadar menyapu habuk atau sampah. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang membantu anda bukan!
Sebelum itu, jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rayuan bapa kanak-kanak tercekik ‘gummy mata,’ – “Mohon doakan anak saya.” Bapa kepada kanak-kanak yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata memohon untuk mendoakan anak sulungnya.
“Mohon doakan kesejahteraan anak sulung saya, dia sedang tenat. Semoga ada keajaiban untuknya.”
Begitu rayuan Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, bapa kepada kanak-kanak lelaki Mohamad Fahmi, 10, yang kritikal sejak kelmarin dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy’ mata.
Mohamad Fakhruddin berkata, kali terakhir dia dan isteri dapat melihat anaknya di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 8.30 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor.
Menurutnya, Muhamad Fahmi masih tidak menunjukkan perkembangan dan doktor sedang berusaha merawatnya.
“Doktor beritahu pasukannya sedang berusaha merawat dan jika tiada perkembangan, mereka akan hentikan pemberian ubat bagi melihat perkembangan seterusnya.
“Luluh hati saya, seorang anak yang ceria tiba-tiba dalam keadaan begini. Pada masa ini, kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT.
“Tragedi yang menimpa anak sulung kami amat mengejutkan, kami tiada daya menghalangnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HPP bersama isteri, Noraini Mohamad Isa, 37 dan adiknya, Siti Farhanim, 33, hari ini.
Mohamad Fakhruddin berkata, sejak anaknya dipindahkan ke PICU HPP dari Hospital Seberang Jaya, dia tidak pulang ke rumah dan tidak berganjak dari ruang menunggu bagi menantikan khabar gembira.
Menurutnya, dia cuba lelap seketika, namun terjaga apabila terdengar seolah-olah Muhamad Fahmi memanggilnya.
“Betul dan jelas kedengaran Muhamad Fahmi panggil saya, ‘baba’, seketika kemudian barulah tersedar ia hanya mimpi atau perasaan saya.
“Kelmarin, Muhamad Fahmi beritahu tidak mahu ke Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana keletihan. Saya sangka itu hanya perkara biasa tambahan sesi persekolahan baharu sahaja bermula.
“Sebelum ini, ibunya yang menghantar dia ke kelas dan tidak sangka semalam menjadi pertemuan akhir kami. Sebelum masuk ke kelas, dia paling muka melihat saya dan pandangan matanya buat saya teringat sampai sekarang,” katanya.
Katanya, dia tidak mahu keadaan itu menjadi kenangan terakhir sekali gus berharap anaknya terus kuat kerana ramai yang menanti.
“Kami akan bawa anak kedua (Nufa Fakhira, 4) datang melawat Muhamad Fahmi, sekurang-kurangnya dia boleh dapat rasakan kehadiran adiknya,” katanya.
Menurut Muhamad Fakhruddin, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas tragedi yang menimpa anaknya.
“Namun, saya sedikit kesal apabila ada sesetengah individu menyalahkan anak kerana membeli gula-gula berkenaan.
“Kami sudah menderita menanggung semua ini, cukuplah beri ulasan negatif, malah ada yang menyalahkan anak saya. Muhamad Fahmi tidak tahu apa-apa dan tidak tahu perkara ini akan berlaku,” katanya.
Semalam, media melaporkan Muhamad Fahmi kritikal dipercayai tercekik gula-gula berkenaan ketika berada di kelas.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...