Pelakon Nelydia Senrose akui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi.
Beliau ada kongsikan ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah dan menujukkan contoh sikap yang baik.
Dedah aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
“Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga, ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung. Dulu saya cepat memberontak tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down.
Hafiz mendidik tetapi tak memaksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik.
Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.”
Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi gangguan dalam berkomunikasi.
Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda. Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat.
Suka Mendengar Ceramah
Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mendedahkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.
“Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.
Kadang-kadang degil tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.”
Untuk info pasangan ini berkahwin pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.
Melihat harga barangan yang serba naik, tentu ada peniaga yang bimbang dan terpaksa akur untuk sama menaikkan harga jualan demi memastikan perniagaan yang dilakukan untung dan paling tidak pun pulang modal.
Pun begitu, tidak dinafikan ada juga sesetengah peniaga masih kekal bertahan dengan harga lama malah ada juga lebih mengutamakan niat untuk bersedekah dalam berniaga.
Ini seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, rusdhidarikah berkongsi video di tiktok berkenaan tip dalam berniaga.
Ujarnya menjadi kelaziman peniaga nasi ayam akan memotong ayam pada 14 atau 15 bahagian bagi memastikan lebih banyak bahagian boleh dijual.
Tapi berbeza pula baginya bahawa dia lebih suka memotong ayam kepada 10 bahagian.
Meskipun ada yang menganggap cara potongan tersebut akan mengurangkan keuntungan peniaga, namun baginya ia suatu yang boleh dilakukan.
Apatah lagi ujarnya, “Dalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita. Sebaliknya Allah swt yang memberikan rezeki.”
Berdasarkan video yang dikongsikan, pemilik akaun tiktok rusdhidarikah ini berkongsi cara memotong ayam kepada 10 bahagian untuk dijadikan panduan kepada yang ingin berniaga nasi ayam sepertinya. Semoga bermanfaat.
Cara Potong Ayam
Langkah 1 :
Seekor ayam dipotong dua
Langkah 2 :
Kemudian dari bahagian tersebut di belah dua lagi. Jadi seekor ayam tadi menjadi empat bahagian.
Langkah 3 :
Kemudian pada bagaian yang ada kepak di potong pula menjadi tiga bahagian.
Langkah 4 : Ambil pula bahagian paha ayam dan potong kepada dua bahagian.
Oleh itu sebelah bahagain ayam akan dapat 5 bahagian, kemudian lakukan potongan yang sama pula pada sebelah bahagaian ayam tadi. Secara total akan dapat 10 bahagian potongan ayam.
Tambahnya lagi bagi menampakkan kuantiti ayam yang banyak dan menarik, turut diletakkan sayuran di atas pinggan tersebut.
Sehubungan dengan itu, barulah ramai pelanggan tertarik dan rasa berbaloi membeli hidangan yang disediakan.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.