Pelakon Nelydia Senrose akui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi.
Beliau ada kongsikan ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah dan menujukkan contoh sikap yang baik.
Dedah aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
“Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga, ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung. Dulu saya cepat memberontak tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down.
Hafiz mendidik tetapi tak memaksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik.
Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.”
Ads
Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi gangguan dalam berkomunikasi.
Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda. Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat.
Ads
Suka Mendengar Ceramah
Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mendedahkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.
Ads
“Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.
Kadang-kadang degil tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.”
Untuk info pasangan ini berkahwin pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.
Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.
Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.
Ini perkongsiannya.
Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.
Langkah-langkahnya:
1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.
2. Kemudian cungkil penutup botol seperti ini.
3. Siap.
Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.
Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Neelofa yang sebelum ini berupakan pengacara bagi program Meletop.
Sejak mendirikan rumahtangga bersama suaminya PU Riz, Neloofa banyak mengurangkan aktiviti seninya dan fokus pada perniagaan dan keluarga.
Kini Neelofa sedang mengandungkan anak kedua selepas mendapat anak lelaki sulong, Muhamad Bilal.
Menerusi video di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjawab pertanyaan ‘nak berapa orang anak’. Jawab Haris, 28, Neelofa mahukan bilangan anak seperti satu pasukan bola sepak.
Seingat saya, dia (Neelofa) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja.
Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya.
Sementara itu, Neelofa menyatakan Haris bertuah kerana dikurniakan isteri yang seronok memiliki ramai anak. Kata hos Next To Neelofa 2 ini, dia tidak pernah mengehadkan jumlah anak selagi mempunyai kudrat untuk menguruskan.
Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan ibu bapa perlu berkemampuan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak.
Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.
Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.