Ubi Keledek Manis, Banyak Tunasnya Bila Ditanam Dengan Cara Begini!

Share

Terfikir untuk menanam sendiri keledek manis di laman rumah ada baiknya menggunakan cara yang dikongsikan oleh Rose Bellynn ini.

Tanpa perlu bersusah payah mencari atau membeli anak semaian atau benihnya, namun tanaman ubi keledeknya tetap berjaya hidup dengan subur sekali.

Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya.

Niat sebenar beli ubi keledek kat supermarket untuk ditanam memandangkan kita tidak ada benih.

Sesampai di rumah, biji keledek kita potong 3..dan tanam kat tanah@ada juga dalam pasu..

Dari 1 benih tu,tunasnya cukup banyak macam saya punya..sampai 6/7 tunasnya…

Ada orang rendam dalam air..tapi saya suka lagi tanam kat tanah..

Dalam 3 minggu lebih, keledek kita sudah mengeluarkan tunas..

Dan sekarang keledek kita sudah berumur 2 bulan lebih..lebatkan daunnya.

Sumber : Rose Bellynn via Berkebun D Rumah

IKLAN