Perkahwinan itu, adalah sebuah perjalanan kehidupan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain. Di situ, mereka belajar untuk menjadi pasangan yang saling menghormati, saling mencintai, berkongsi kasih sayang dan belajar menjadi seorang yang setia dan bersikap jujur dan telus.

Perkahwinan itu juga mendidik pasangan agar saling merindu dan mencintai serta sanggup hidup susah senang bersama.

Jika ada pasangan yang gagal dalam perkahwinan itu, ia dugaan buat dirinya dan pasangannya. Mungkin ada kekurangan yang tidak disedari. Walaupun Islam membenarkan penceraiaan tetapi Islam juga membenci penceraian.

Bagi perkongsian Muhammad Yusoff, yang menyentuh bagaimana hubungan suami isteri itu perlu sentiasa disuburi dengan komunikasi walauapun berjauhan. Walaupun hidup susah atau senang, ungkapan sayang dan kasih perlu ada untuk menyemarakkan cinta. Itulah rahsia sebuah perkahwinan.

Biasalah adat berkahwin, ada asam garamnya. Yang penting suami dan isteri kena ada kasih sayang antara mereka agar rumahtangga utuh.

Ikuti perkongsian ini.

Ucapan Sayang, Walaupun Ringkas Tetapi Amat Bermakna Buat Isteri. Percayalah Itu Buat Isteri Senyum Lebar.

Lama aku tak menulis kat fb. Entah ada orang baca tak agaknya cerita aku ni.

Hari tu aku ada singgah solat Zuhur kat sebuah masjid. Abis ambil wuduk aku tengok ada sorang mat bangla tengah sembahyang. Muda lagi sembahyang siap pakai key ikat kat kepala. Aku pun takbir dan dia pun jadi imam aku tapi itulah dia sembahyang jenis laju sikit. Mujur dia dah tahiyat akhir dah.

IKLAN

Lepas habis sembahyang aku tengok dia tengah duduk kat kerusi yang ada kat tepi masjid. Depan dia ada sebuah basikal. Atas basikal tu ada mesin rumput. ‘Oh, keje mesin rumput rupanya..’ aku kata dalam hati.

Aku pun dok sebelah sebelah dia nak pakai kasut. Dan, dan time tu dia kata ‘Abang, Allah maha kuasa, makhluk takda kuasa..’ slang bangla.

Aku angguk. Tiba-tiba telefon dia bunyi. ‘Sikijap abang, bini ada telepon..’. Aku nampak dia tak angkat pun call tu mungkin dia reject call tapi lepas tu dia call semula bini dia. Pom pang, pom pang aku dengar suara dia cakap dengan bini. Muka ada sinyum, aku nampak.

Habis dia call, dia kata kat aku: ‘Bini ada telefon. Bini ada bangla. Saiya duduk Malaysia kumpul duit. Tahun depan mahu haji pirgi sama bini..’ slang bangla.

Allah, Allah. Hebat betul mat bangla ni.

IKLAN

Walaupun kerja potong rumput je, kerja pulak naik basikal tengah-tengah panas tapi dia solat kat masjid. Lepas tu, siap tanam azam nak pergi haji dengan bini. Kita yang ada kereta selesa, motor power pun belum tentu dapat solat kat masjid kan? Simpanan kat tabung haji pun kejap masuk, kejap keluar kan? Allahu

Satu benda lagi penting yang aku belajar ialah bagaimana pentingnya KOMUNIKASI dalam perhubungan. Ya, komunikasi adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan suami dan isteri.

SUAMI TUNJUK KASIH SAYANG

Ucapan Sayang, Walaupun Ringkas Tetapi Amat Bermakna Buat Isteri. Percayalah Itu Buat Isteri Senyum Lebar.
.

Kita sebagai suami kenalah tunjukkan rasa kasih sayang kat isteri kita sebagai teman hidup yang paling dekat. Orang kata isteri ni ialah teman sehidup, teman semati.

IKLAN

Kadang-kadang dengan kawan punyalah kita boleh sembang rancak tapi bila bini ajak sembang, kita buat tak dengar je. Ataupun kita main henset. Kesian kat bini kan?

Cuba fikir bila agaknya last korang ucapkan kalimah cinta kat isteri? Mungkin awal-awal kawen kita rajin dok ucap tapi masuk tahun ke lima tahun ke enam ucapan ‘I Love U’ ni hilang entah kemana.

Ucapan ‘I Love U’ ni walaupun ringkas tapi amat bermakna pada isteri.

Percayalah cakap aku.

So, pada suami bukan susah pun zaman lani dengan teknologi whatsup, telegram, pergi la ambil henset taip je kat isteri ‘I Love U’.

Percayalah bila bini korang baca mesej korang, mesti dia akan senyum lebar. Betul tak isteri-isteri?

p/s: isteri-isteri tak payahlah tag suami, buang masa je tapi cubalah share, mana tau tiba-tiba suami terbaca lepas tu dan, dan je suami yang jarang ucap tu tiba-tiba terus mesej, i luv u, ana uhibbuki fillah macam time bercinta dulu. Best kan?
.

p/s/s: kali ke 18 saya cuba up status ni asyik tulis delete, tulis delete tapi mengambil semangat abang Jakpa On kali ke 3000 aku berjaya jugak upload status ni, Ok, tak lawak

Kredit: Muhammad Yusof

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI