Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.

View this post on Instagram

Heidy anak aktif. Senyum n ketawa je keje. Takde pun nampak dia sakit ke apa. Even bwk klinik pun doktor cek ckp ni batuk, kahak n selsema biasa. Makan la 2 3 jenis antibiotik. Tak jalan. 3 bulan gak la dia batuk on off. Smp minggu lps dia kerap batuk teruk muntah berkahak banyak. Haaa ni tak boleh jd. Dah xleh cek2 biasa dah ni. Kena xray. Ambik darah. Ambik hingus. Baru tau apa jadi sbnrnya! Heidy radang paru-paru. Bukan sebelah tp dua2 belah! Dia dah ada radang lama since Chayra kena batuk kokol bulan 9 last year! See? Sumpah tak nmpk langsung sakit. Dia hide sakit dia dgn ketawa n happy2 depan daddy. Baby pun pandai sorok sakit. Mendeee ? Parents, kalau anak tu nampak batuk or selsema even sikit. Bwk2 la cek darah or xray cek dada. Dah takleh cek biasa2 mkn ubat mcm tu je. Kena cek betul2 batuk tu batuk apa. Zaman skrg ni senang dpt penyakit. Lagi2 virus batuk ni plak ada macam2 jenis. Daddy hope Heidy stay strong n happy sampai sihat ya? Love you #PrinceHeidy

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.

“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.

“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi  belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.

“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.

“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

 

Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.

“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

IKLAN

 

“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.

View this post on Instagram

Our first proper picture together. Taken sehari before Chayra admitted. Dtg hospital vaksin for 2 months. Esoknya kena dtg hospital balik sbb Chayra batuk teruk. Chayra 2 bulan dah. Tapi 1 bulan drpd 2 bulan tu masa Chayra dkt hospital je. Sama la dgn mama. Dengan pantang lagi. Sakit perut czer semua. Tak dpt nak tgok Heidy plak everyday sbb kena jaga Chayra. Tau la mcm mana seorang mama rindu anak kan? Hari2 tny bila boleh discaj. Awak power sayang @ayundaputrii ?? For those yg ada baby. Atau otw nak beranak. Even baby dlm perut lagi pun dah kena jaga elok-elok. Elakkan jumpa org yg batuk or sakit sbb maybe baby boleh kena batuk kokol before dpt vaksin yg sebulan pun. Sakit boleh dtg anytime. We never know bila dia nak dtg. Kadang-kadang org yg sakit pun sibuk nak tgk baby kan. Bukan x bagi tgok. Tp kalau jd mcm ni? Makbapak yg pening. So better cegah before kena k. Pengajaran to me and all. Nnt Haziq cerita apa effect batuk kokol ni. Dengar nama pun dah geram. Kokol kokol. Teruk tau pertussis ni ? #HaziqPutri #PrinceHeidy #PincessChayra

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Amalkan ayat kursi & yassin

Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.

“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.

IKLAN

“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.

Allah tekan suis

Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.

“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

IKLAN

Bertarung nyawa

Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.

“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.

“Ujian Allah Bila Anak Masuk Hospital Serentak.”  Haziq Hotfm Kongsi Kisah Anak Sakit, Nasihat Ibu Bapa Jangan Abai Pengambilan Vaksin.

“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.

View this post on Instagram

This woman is so strong! Bayangkan dalam masa setahun setengah dua kali perut dia dibelah untuk keluarkan zuriat kami. “Ada yg kata mende weh dekat2. Dah tau czer. Sabar laaaa.” Allah nak bagi rezeki dalam pelbagai cara. Tak pernah pun terfikir untuk terus mengandung cepat lepas czer yg pertama. Tapi tup tup masa Heidy 8 bulan tahu @ayundaputrii preg adik Heidy. Masa tu takut gak n fikir macam2. Takut dia mcm dalam drama duduk berdua fikir sambil tengok pregnancy test. Rasa bersalah pun ada. Yela kita terlibat dalam proses mengandung ni kan ? Tapi Putri kata Allah takkan uji kita dengan benda yang kita tak boleh hadap. Jadi kami jaga betul2 kandungan dalam perut tu. Extra careful. Banyak berehat. Research sana sini apa effect czer cepat. Jumpa 3 4 doctor tny pendapat. Dugaan mcm2 datang smp Putri kena spotting berdarah banyak smp ingat baby dah gugur. Tapi Putri kuat! Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Putri n baby semua sihat. Putri dah start berjalan tak sampai sehari lepas operation. Bravo sayang! ?? Siapa yg pandang enteng pengorbanan seorang ibu czer ni cuba korang fikir balik and tukar fikiran. Beranak normal ke beranak czer ke mereka tetap berkorban. Bertarung dengan maut semasa melahirkan anak. Takde keluar ikut tingkap tu senang tak sakit meneran la apa la. Respect to every mother in the world! Proses recovery Putri lepas seminggu pun sangat cepat. Doktor kata semua cantekkk. Tapi takde la smp nak terus anak ketiga kan! Hahahaha In Shaa Allah kami nak rilek dulu. Nak besarkan dua anak yg ada sekarang dgn baik dan sempurna. Semoga Heidy Nufael dan Chayra Auliya menjadi anak yg soleh dan solehah. Ingat pengorbanan mama nak lahirkan korang ni ya. TQ sayang @ayundaputrii TQ to my mama @merfazon yg lahirkan kita dulu. TQ to all mom!!! ? #HaziqPutri #PrinceHeidy #PincessChayra

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Sumber: Majalah Keluarga & IG haziq_hotfm

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI