Wah bagusnya Ali, kecil-kecil sudah tahu hormat akan bunyi azan. Mungkin itu yang dipraktikkan oleh pelakon, Saharul Ridzwan dan isterinya Deena sebelum ini.
Patutlah apabila mendengar bunyi azan berkumandang, secara automatik Ali minta ayahnya tukar Channel. Sejuk perut ibunya mengandung kan. Betullah orang kata, nak ajar anak kena mulakan dari kecil kerana otak mereka mudah ingat.
Semoga Ali menjadi anak yang soleh dan boleh dibanggakan ibu bapa kelak.
Tengah suap Ali makan, lepas tu Ali dengar Azan dari Masjid bawah, dia suruh tukar channel . Alhamdulillah, Allah kurniakan Ali bukan saja sebagai pewarisku, tetapi sebagai peringatan juga pada saya dan wife supaya jaga solat. Kalau Ali umur setahun 2bulan pun kyushuk dan senyap dengar Azan. Kita yang umur berpuluh tahun ni ada tak rasa macam tu? Malu Baba pada Ali. Terima Kasih Sayang. ? #JagaSolatAllahAkanJagaKita InShaaAllah.
Perkongsian Saharul Ridzwan mengenai hal itu mendapat banyak komen. Rata-rata memuji Ali dan mengatakan pelakon ini cukup bertuah kerana mempunyai anak yang bukan sahaja comel malah bijak.
Anak suka berebut mainan walaupun ada banyak lagi mainan yang lain untuk dipilih. Situasi sebegini memang biasa dihadapi oleh mama dan papa. Kadang-kadang mainan banyak pun, yang satu itu juga anak berebut. Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak-anak.
Anak Suka Berebut Mainan
Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran ibu ayah. Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh ibu ayah buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.
Angkat tangan berapa ramai daripada anda yang berkata:
“Jangan pukul adik !” “Berhenti berebut !” “Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik “ “Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? “
Ini Tip Buat Mama & Papa Atasi Masalah Ini
Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu?:
Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.
Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?
Otak anak kecil obses untuk mengawal.
Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?
Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh! Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.
Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.
Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.
Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI PANEL DOKTORBUDAK.COM THB EDU ASSC DBL INSTITUTE THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Mudah ajer nak bahagia. Pasangan saling mempercayai dan saling melengkapi serta banyak lagi. Mudah kan. Jika saling mempersendakan pasangan, tidak menghormatinya dan saling berbeza pendapat tentu ‘bencana’ namanya.
Orang kata awal perkahwinan semuanya manis-manis. Cuba lihat selepas lima tahun, paling awal tiga tahun. Terutama bila isteri dah bertukar ‘fizikal’ selepas melahirkan anak. Dulu kurus ramping, kini dua kali peluk.
Tapi jika ada suami yang sedia terima isteri seadanya, dan setia semua itu, tolak tepi. Apa yang pasti, mereka nak bahagia.
Begitulah yang tafsiran mudah bahagia buat saudara Fahmie Abu Bakar yang beranggapan lelaki setia bukan hanya tahu cakap manis-manis atau lelaki bergaya tetapi tahu menghargai isteri walau keadaan apa juga.
Ringkas coretannya tapi penuh makna untuk membina sebuah keluarga bahagia.
Ikuti perkongsiannya.
“Lelaki sejati bukan mereka yang ada six pack, bibir pink, cakap manis-manis dan pakai seluar carrot takda pleat.”
“Tapi lelaki sejati adalah mereka yang tidak pernah mengadu akan segala kekuranganmu sehingga kau merasa sempurna. Carilah mereka dikalangan petani.”
TIP BUAT SUAMI ISTERI MAKIN BAHAGIAN
Dalam pada itu, menerusi perkongsian lain boleh ikuti tip menarik ini iaitu mengenai 7 cara untuk suami memikat hati isteri. Sweet sangat!
Lelaki jangan nak geli-geli ye, ala kalau buat pon bukan orang nampak. Isteri sendiri je pon. Kalau Isteri macam pelik blur-blur, takpe. Dia suka sebenarnya. Hehehe Paling senang pon, kejut and cakap “sayang, bangun. Saya sayang awak sayang” awwwwwww, bikin cair je taw. Hehehehe
Tips 2 : Selalu ucapkan ayat Terima Kasih
Dari awal-awal kahwin sampai sekarang, Islam memang selalu cakap “Terima Kasih Sayang” bila Iday buat something untuk dia. Lepas masak and hidang, dia akan cakap ” Terima Kasih Sayang sebab Masak”
Rasa dihargai sangat. Sebenarnya, ada isteri tak kisah pon sebab apa dia buat memang ikhlas untuk suami dia. Tapi bila suami hargai and cakap Terima Kasih, lagi semangat isteri nak buat apa-apa untuk suami.
Tips 3 : Tolong Isteri Buat Kerja Rumah – Simple2 pon okay
Bukan semua kerja okay, kan ada lelaki yang datang kecam aku. Hahaha Yang simple-simple macam sidaikan baju, tolong basuh pinggan sendiri and wife bila lepas makan.
Islam selalu tolong basuhkan pinggan sendiri and pinggan Iday everytime kitorang habis makan. Dia buat tu sebagai penghargaan la sebab Iday masakkan untuk dia. Give and take gituu. Banyak la kerja rumah yang kita sama-sama share buat.
Tips 4 : Offer Pertolongan
Apa kata, kadang-kadang tu offer pertolongan pada Isteri. Contohnya nampak Isteri tengah duduk berehat lepas buat kerja, then offer untuk urut bahu atau boleh offer air minuman. Ataupon, kadang-kadang bila tengok tv, saja-saja tanya dia “Sayang, awak nak tengok cerita apa? “
Isteri mesti rasa dihargai, alahai baiknya suami aku ni. Hehehe
Tips 5 : Cium tangan/dahi Isteri setiap kali keluar and balik dari Kerja
Kalau jenis Suami Isteri yang kerja 9 pagi – 6 petang, mesti jarang ada masa sama-sama. So, bila nak keluar kerja, cium la dahi isteri atau cium tangan isteri. Macam Iday, Iday tiap kali pergi kerja and balik kerja mesti salam and cium tangan Islam. And Islam pon buat benda sama.
Memang rasa disayangi.
Tips 6 : Kadang-kadang Buat Keputusan untuk Barang Dapur
Ini basic je sebenarnya, rasanya semua suami akan temankan isteri beli barang dapur. Bukan barang dapur tapi shopping sekali. Hehe So, masa beli barang dapur tu, cadangkan la si Isteri apa yang nak dibeli. Iday selalu akan tanya Islam, apa yang dia nak makan, nak beli ape, sayur apa yang dia nak makan. Awal-awal dulu, Islam selalu jawab “Ikut suka awak, saya makan semua awak masak” .
Iday apa lagi, asyik beli shitake. Sebab Iday tahu yang dia suka sangat makan shitake. Last-last dia dah muak. Then lepas-lepas tu, dia sendiri cakap apa nak makan. Sebenarnya memudahkan Iday, takyah pening-pening dah.
Tips 7 : Duit saku
Walaupun Isteri berkerja, tak salahnya hulurkan duit belanja hari-hari/mingguan untuk Isteri. Terpulang pada Isteri untuk terima atau tak. Macam Iday, Islam selalu bagi duit belanja, kadang-kadang dia siap selit dalam wallet. Tapi selalunya Iday tak guna, Iday akan simpan.
Then, kalau kitorang makan malam dekat kedai, Iday akan tolong bayarkan guna duit yang Islam bagi tadi. Hehehe Or kadang-kadang, Iday just letak dalam tabung duit dapur rumah.
Semoga bahtera rumahtangga kekal hingga akhir hayat.
Setiap pasangan mengimpikan untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Paling tidak, cukup sekadar dapat cahaya sepasang lelaki dan perempuan pun sudah memadai untuk melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
Sama seperti pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengakui bahawa dia dan suami, pelakon Fattah Amin masih berusaha untuk memiliki cahaya mata kedua pada tahun ini.
Menurut Fazura, mereka juga berharap dikurniakan cahaya mata lelaki pula selepas ini.
“Memang kami merancang untuk memiliki cahaya mata kedua pada 2023 kerana anak pertama Nur Fatima Aisya akan mencecah usia 3 tahun nanti.
“Fatima petah bercakap dan pemikirannya seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.
“Kalau ada rezeki, kami mahu cahaya mata lelaki tetapi kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat,”katanya.
Bagaimanapun kata Fazura, dia dan suami juga menyerahkan soal untuk mendapat anak kedua adalah rezeki dari Allah.
“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar,”katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara keluarga, bisnes dan kerjaya seni, kata Fazura, apa yang penting dia perlu bijak mengatur jadual supaya semuanya bergerak seiringan.
“Alhamdulillah, hidup saya sangat tenang sekarang.
“Sudah pasti saya perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni.
“Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah.
“Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Fazura berkata, dia juga bakal muncul dengan projek filem terbaru pada tahun ini.
“Filem itu akan diuar-uarkan oleh penerbit nanti.
“Selain itu, saya juga ada perancangan untuk buat projek drama bersiri. Projek album baru pula masih belum siap kerana saya sibuk dengan bisnes,”katanya.
Untuk rekod, Fazura berkahwin dengan Fattah pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Fatima pada 2 Oktober 2020.