Jika ditanya apa sedapnya kuih karipap, adakah terletak pada intinya atau pastrinya? Mungkin ada yang suka akan rasa inti kentang yang lembut dan rasa berempah, atau ada yang menggemari karipap kerana kerangupan pastrinya bila dikunyah.
Pun begitu, berbeza dengan uniknya karipap nan satu ini jika kita melihatnya sahaja sudah mampu membuatkan terasa ‘jatuh hati’ dengan bentuk fizikalnya. Cukup cantik, unik dan menarik sekali, ianya seakan berombak!
Maka tidak hairanlah nama karipap ini juga dikenali sebagai Karipap Ombak Rindu JJ, dikongsikan oleh Danisha Dhia Darwish.
Teruja untuk mengetahui ramuan dan teknik membuatnya, jom semak perkongsian ini dan bolehlah dicuba pada hujung minggu ini.
Ads
Resepi kulit karipap Ombak Rindu JJ
Ads
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan majerin atau butter
2 sudu teh garam halus
2 cawan air biasa, kalau keras boleh tambah
Ads
Cara membuatnya :
1. Satukan tepung dengan minyak dan butter gaul sebati.
2. Larutkan garam dengan air
3. Tuang sikit demi sedikit hingga jadi doh yang lembut.
4. Perap 15 minit baru timbangkan doh. Setiap satu 30 gram
5. Gelek jangan nipis …Biar tebal sikit dari doh karipap biasa
sumber : Danisha Dhia Darwish via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keistimewaan makanan di Malaysia adalah dari kepelbagaian dan keunikannya yang memang susah nak cari sesuai dengan selera. Maka, olahan rasa itu juga sangat penting dalam sesuatu masakan. Kali ini, resipi tauhu begedil yang lebih sihat, tanpa goreng ini sangat sesuai terutamanya kepada kanak-kanak.
Melaui perkongsian daripada Siti Hazneza Abdul Hamid, resipi ini sangat berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi. Selain itu, tauhu begedil ini juga memang sesuai dijadikan sebagai kudapan. Jadi, jika anda nak beri makanan yang menyihatkan tapi sedap untuk anak-anak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
“Satu adunan ini dapat empat puluh biji. Makan malam lengkap dalam semulut: Karbohidrat daripada ubi kentang, protein daripada daging, tauhu dan telur, sayuran, lemak dan minyak”.
Tauhu Begedil
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Didihkan ubi, bawang putih sehingga ubi empuk atau ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.
– Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.
– Masukkan 1 biji telur, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk lada hitam ke dalam pemproses makanan (food processor). Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.
– Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.
– Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain. Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.
– Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
– Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar. Tambahkan ½ labu bawang besar dicincang halus, ½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus dan ½ biji carrot dicincang halus.
– Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng.
– Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.
– Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.
Dalam tempoh total lockdown ni sudah tentu ada antara kita bekerja dari rumah. Jika ada luang masa itu boleh lah kemas rumah. Tak perlu tunggu hujung minggu untuk lakukan semua itu.
Tetapi tentu tercari-cari cara yang mudah dan simple untuk menguruskan rumah dengan cepat. Apa kata cuba cara alternatif yang mudah diperoleh dari kabinet dapur rumah anda, iaitu soda penaik (baking soda) dan cuka sebagai penganti kepada produk cucian siap diguna pakai.
Mungkin ramai yang belum tahu, soda bikarbonat mempunyai pelbagai kegunaan untuk melancarkan kerja rumah. Ia boleh menjadi bahan alternatif untuk produk-produk sedia ada dengan memberi kesan yang lebih kurang sama. Yang penting mudah didapati dan harganya juga murah.
Jom kita tengok 7 kegunaan soda bikarbonat yang patut mak-mak wajib tahu. Tak rugi mencuba, lepas nie dah mudah la kerja rumah anda.
1. Bahan Pencuci Dapur
Soda bikarbonat boleh menjadi bahan pencuci yang efektif. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas span atau kain basah untuk membersihkan mikrowave, peti sejuk, dan peti sejuk beku.
Selain itu ia sesuai dicampurkan dengan sabun untuk membuang kotoran gris, air teh, air kopi dan kotoran makanan pada kuali/periuk dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dan periuk.
2. Bahan Pencuci Pakaian
Soda bikarbonat boleh membantu proses pencucian pakaian anda menjadi lebih mudah dengan melarutkannya ke dalam air atau tabur serbuk ini di atas pakaian atau di dalam mesin basuh.
Ia akan membantu melembutkan pakaian dan menyah bau pakaian. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu membuang kotoran kuning, gris dan dakwat yang biasa ada pada bahagian tertentu pakaian seperti kolar, pergelangan tangan baju, dan pakaian dalam.
Jika anda rasa tak power lagi pencuci dan peluntur yang digunakan, anda boleh meningkatkan kuasanya dengan menambah soda bikarbonat semasa proses bilasan.
3.3. Bahan Pencuci Tandas
Ya, buat kali ketiganya, soda bikarbonat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci tandas. Ada beberapa cara untuk anda mengaplikasikannya. Antaranya ialah dengan membancuhnya di dalam botol spray. Kemudian semburkan ia pada langsir mandian dan dinding untuk menyah kulat.<
Anda juga boleh bancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi yang penuh dengan air dan jirus ke dalam paip untuk menanggalkan kotoran degil dalam paip yang menyempitkan laluannya. Anda juga boleh menggunakannya untuk menyah kumah pada lantai tandas dan bilik air.
4. Pengilat Barang Berharga
Anda boleh membersihkan barang kemas, barangan perak dan aksesori besi, pinggan mangkuk dan kristal sehingga ia berkilat dengan bantuan serbuk soda bikarbonat.
5. Penyah Dakwat
Anda boleh menanggalkan kotoran krayon, dakwat dan pen dakwat kekal (permanent marker) pada pakaian dan tangan.
6. Penyah Bau Busuk
Soda bikarbonat juga berkuasa menyah bau dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas kain basah atau tinggalkan ia di dalam cawan.
Ia boleh digunakan di dapur dengan menyah bau dan kuman pada papan pemotong, menyah bau masakan di dapur, menyah bau busuk daripada tong sampah dan menyah bau tangan selepas lakukan sesuatu yang berbau kuat seperti menyiang ikan. Selain itu, ia boleh menyah bau kasut, menyah bau tilam dan menyah bau urin binatang seperti kucing dan anjing.
7. Penyah Serangga
Masukkan serbuk soda bikarbonat dan sedikit serbuk gula halus. Gaulkan sekata. Anda boleh letak campuran ini pada laluan serangga seperti semut, dan lipas untuk menyahnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: semuanyajdt.com
Set BBQ Grill & Steamboat di sini. Mudah nak masak dan cepat membersihkannya.
Tiada yang mampu diungkapkan dengan kata-kata bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh dijemput Ilahi. Lebih memilukan ia berlaku dihadapan mata sendiri. Demikian yang berlaku kepada seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian tersebut, lelaki terbabit dilihat memangku sambil mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah.
“Umairah… Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah.” Kalimah itu berulang kali disebut bapa berkenaan kepada anak di pangkuannya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan di Jambatan Sri Ehsan berhampiran Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, sabtu lalu.
Menerusi rakaman video menyayat hati berdurasi 30 saat itu, lelaki terbabit dilihat mengajar kanak-kanak perempuan kalimah berkenaan dan dalam masa sama memangku kepala seorang lagi anak perempuannya.
Turut kelihatan ialah dua kanak-kanak lelaki di sisi dengan seorang daripadanya terbaring dan menangis kesakitan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kemalangan itu berlaku pada 1.30 petang menyebabkan kanak-kanak lima tahun dikenali Nur Umairah Syakirah Rosdi meninggal dunia kerana parah di kepala.
“Mangsa bersama enam ahli keluarga iaitu ibu bapa dan tiga adik-beradik berusia tiga hingga lapan tahun menaiki Perodua Alza, terbabit kemalangan dengan kereta jenis Audi.
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta dipandu lelaki umur 37 tahun yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat.
“Semua mangsa di dalam Perodua Alza cedera dengan mangsa parah di kepala dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia pada 9.50 malam,” katanya lagi.
Rosly berkata, adik bongsu dan bapa kanak-kanak itu cedera, manakala ibu mangsa yang bekerja sebagai guru tadika patah kaki kiri dan tulang pinggul retak.
Katanya, kakak mangsa berusia lapan tahun koma dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala abangnya cedera di kepala dan patah kaki kiri.
“Pemandu kereta Audi tidak cedera dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...