Di saat netizen membicarakan tentang kisah selebriti yang curang dengan isterinya buat sekian kalinya, lain pula dengan selebriti ini. Dia menjadi contoh kepada lelaki lain dalam melunaskan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Bukan calang-calang lelaki yang sanggup berbuat seperti mana lelaki ini. Tidak hairanlah dia menjadi idola dan mendapat pujian ramai.
Itulah yang membuatkan lelaki bernama Edika Yusof wajar mendapat penghargaan dan pujian. Kerana tidak semua lelaki bergelar suami yang mampu berada di tempat Edika.
Bukan satu tempoh yang singkat, namun atas dasar tanggung jawan sebagai suami, kecintaan terhadap isteri serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dia sanggup bersama dalam apa jua cabaran.
Memuat naik satu ucapan yang didedikasikan khas buat pelakon seniornya, Edika Yusof. Dalam perkongsian tersebut, jelas Que Haidar biarpun mendapat keizinan untuk berkahwin lain, namun Edika memilih untuk berada di samping dan menjaga isterinya yang lumpuh selama 13 tahun.
“Edika Yusof @edikayusofxx seorang pelakon lagenda & model, Isteri beliau lumpuh 13 tahun, beliau diizinkan berkahwin lagi, namun beliau menolak, untuk menjaga isteri beliau.
Ads
“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki2 yang halal dan bahagia hingga ke akhirnya.. amin.
“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU pun. Cukuplah ada common sense.. baik means baik.. baik tidak membawa maksud Ustaz,”tulis Que Haidar di ruangan kapsyennya.
Edika sebelum ini pernah berkongsi kisah hidupnya dan isteri sehingga tular dan mendapat pujian netizen. Ketika ditanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi kata Edika,kahwin lain bukan selesaikan masalah.
Ads
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
Ads
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Kalau ditanya apa ibu-ibu sedang sibuk buat sekarang, pasti jawapannya biskut raya selain menjahit baju raya bagi yang ada kemahiran tersebut.
Biskut raya memang juadah yang wajib ada setiap kali Syawal tiba. Namun bukan semua kanak-kanak menggemarinya. Ibu bernama Yatie Eimra berkongsi cara kreatif untuk menyediakan biskut buat anak-anak dengan corak Ultraman. Ibu-ibu yang lain mungkin boleh mencuba teknik ini.
Inilah yang dikatakan kisah kegigihan seorang ibu buat biskut raya comel berakhir dengan biskut marble.. ? ———————————————————————
Orang lain buat biskut raye tak sempat nak tunggu raye anak asyik makan je.. Fydh ni tak suka sangat biskut raya bagai, tapi ummi dia teringin nak buatkan jugak.. Dah buat cookies ultraman & teddy pun tetap tak layan.. Last² buat corak marble je la sebab dah frust.. Hahah ?
Bagi mengubat kekecewaan di hati.. Meh saya ajarkan cara buat biskut ultraman ni. Walaupun anak saya tak layan biskut² raye, manelah tau kot anak korang suka kan? Tak guna acuan pun, guna straw jer ?
Fancy German Potato Cookies ========================= 150°c, 15–20minit ±130 pcs (jika gunakan 1 tsp)
Optional: Choco emulco atau 1½ sb serbuk koko (untuk separuh adunan)
Cara²: 1. Pukul butter, gula aising & garam hingga separa kembang (jika whisk dengan tangan, whisk hingga gebu dalam 3-4 minit). 2. Masukkan tepung sikit demi sikit. 3. Optional – jika nak buat perisa choc, asingkan separuh adunan & tambahkan choc emulco/1½ sb serbuk koko. 3. Rehatkan adunan sekejap supaya mudah untuk dibentukkan. 4. Bentukkan adunan mengikut bentuk yang diingini. 5. Bakar pada suhu 150°c, 15-20 min bergantung pada oven masing²..
*kalau tak suka rasa susu, boleh kurangkan susu tepung 1½ sudu besar. Atau skip susu & gunakan pure butter (anchor, lurpak, scs, dsbnya) *jika buat perisa ori je (tanpa campuran coklat), boleh kurangkan gula aising (90 gram) *sebaik²nya gunakan pewarna dari gel untuk elak adunan terlalu lembik *jika susah nak bentukkan, boleh masukkan adunan dalam fridge (bahagian chiller) dalam 10 minit.
Nota kaki ?: Ramai pulak cakap sis gigih.. ? Gigihnya cuma 80% jer.. ? Memula semangat nak buat sebab nak tarik minat anak jer.. Lepas dah bakar, dia makan seketul je & dah tak layan (buat memain pulak kepale ultraman tu) ?… Ummi dia frust & menangis tak berlagu kat bucu oven.. 20% lg semuanya jadik marble.. ? Pengajarannya, tak payah terlebih rajin nak buat biskut raye untuk anak kalau anak memang jenis yang tak suke biskut raye?
Sambutan hari jadi tidak lengkap kiranya jika tidak disertakan bersama sebiji kek untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Bahkan ianya lebih bermakna jika kek tersebut disediakan dari air tangan sendiri, tentu ada sentimental value pada sambutan hari jadi tersebut.
Umumnya kek hari jadi, dihias cantik dengan krim pelbagai warna. Namun berbeza dengan kek yang diilham oleh Puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi untuk anaknya. Jadi apa kata kita lihat bagaimana cara beliau menyediakan kek tersebut.
Kek dibuat khas untuk anak dara akak yang minat Hello Kitty .. kek marble saja sebenarnya ni.. akak sertakan resipinya bawah kalau-kalau ada yang ingin mencuba..
Langkah demi langkah :
2. Guna chopstick atau lidi atau hujung pisau untuk melorek adunan kek.. kalau buat kek zebra, sila abaikan step ni..
3. Tutup bahagian permukaan kek dengan adunan plain.. terpulang samada nak tutup semua sekali permukaan kek atau cuma tutup bahagian yang ingin dilukis saja .. boleh guna piping beg yang diisi dengan adunan plain untuk memudahkan kerja.. kadang-kadang akak tuang saja adunan plain tu biar menutupi permukaan kek tanpa menggunakan piping beg..
5. Buat lakaran menggunakan pencungkil gigi yang dicelup dalam adunan yang dicampur serbuk koko .. jangan risau kalau ada silap sikit-sikit sebab masih boleh diperbetulkan nanti..
6. Buat outline dengan menggunakan adunan yang dicampur warna hitam.. masukkan adunan dalam piping beg.. boleh guna nozzle yang berlubang kecil untuk memudahkan kerja memaip.. akak tak guna nozzle pun, cuma guna piping beg yang dibuat lubang kecil di hujungnya.
Selepas buat outline, bolehlah warnakan lukisan menggunakan adunan yang diwarnakan .. contoh dalam gambar ni akak guna adunan plain untuk warnakan muka, tangan dan kaki hello kitty.. adunan tersebut dimasukkan ke dalam piping beg (tak perlu nozzle) dan secara berhati-hati paipkan ke kawasan yang berkenaan..
Lepas buat lakaran, akak buat outline atas lakaran guna adunan berwarna hitam.. seterusnya akak warnakan lukisan dan background ikut warna dikehendaki..
Dah siap proses mewarna, hentakkan kek perlahan-lahan beberapa kali dan bolehlah dibakar pada suhu yang sesuai dengan oven masing-masing.. kalau ikut oven akak, suhu 170 darjah tu dah kira molek.. bakar kek macam biasa dahulu selama lebih kurang 25-30 minit
Selepas lebih kurang 25-30 minit kek dibakar, baru letakkan kertas timah (aluminium foil) atas loyang kek.. jangan keluarkan kek dari oven yer, takut kek tu mengecut.. cuma letakkan saja kertas timah tanpa keluarkan loyang dari oven.. pastikan adunan kek tak menyentuh kertas timah di atasnya
Jangan lupa yer bila kek dah masak, sebaik keluarkan kek dari oven terus terlangkupkan loyang berisi kek atas tuala dapur yang bersih.. bila dah suam sikit baru keluarkan kek dari loyang ATAU keluarkan kek dari loyang sebaik keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai
Kek Marble
(Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik)
Bahan-bahan:
⅔ cawan (160g) marjerin/butter- cairkan
¾ cawan (150g) gula castor
1 sudu besar ovalette
5 biji telur gred A
¼ cawan (60 ml) susu cair/segar
1 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan (220 g) tepung superfine/gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar serbuk koko
Cara membuatnya:
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan gula castor, ovalette, telur, susu cair/segar dan vanilla.
3. Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Kemudian naikkan kelajuan mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan putih.
4. Perlahankan semula kelajuan mixer dan masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan. Adun hingga sebati tapi jangan terlebih adun.
5. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dibiarkan kosong dan satu adunan lagi digaul bersama serbuk koko hingga sebati.
3. Masukkan kedua-dua adunan secara rawak ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang bergris dan dialas dengan kertas minyak.
4. Gunakan lidi atau chopstick untuk melorek adunan supaya mendapat corak marble.
5. Hentakkan loyang kek perlahan-perlahan 2-3 kali dan bakar pada suhu 170 darjah selama 50 – 75 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Bila kek telah masak, terlangkupkan loyang berisi kek di atas permukaan yang dialas dengan tuala dapur yang bersih dan biar hingga suam. Kemudian baru keluarkan kek dari loyang. (Atau terus sahaja keluarkan kek dari loyang ke atas redai sebaik sahaja keluarkan kek dari oven). Ini adalah supaya permukaan kek tidak berkedut dan kek tidak mengecut bila sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
Nota:
*Melalui pengalaman membuat kek ini, penggunaan mentega menghasilkan kek yang lebih gebu tetapi agak kering berbanding menggunakan marjerin (biasanya saya guna marjerin Seri Pelangi).
*Adunan kek ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan beberapa warna berlainan jika ingin hasilkan kek marble yang berwarna warni.
*Jika inginkan permukaan kek yang kurang garing/gelap, letakkan sekeping kertas timah di atas permukaan loyang setelah 25-30 minit kek dibakar dan sambung bakar hingga kek masak.
Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.
“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.
Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.
“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.
Sumber : Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.