Bukan calang-calang. Hasrat anak kecil, Alisha Aisyah, anak kepada pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen untuk bertemu idolanya, pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia ditunaikan bapanya.
Menerusi media social, Hairul memuat naik beberapa video pertemuan anak perempuannya itu bersama Lee Zii Jia.
Hairul pada awalnya berkongsi momen Alisa yang menangis sebak kerana pemain handalan itu telah pun pulang dan tidak sempat bertemu dengannya.
Ads
Sedih dengan situasi itu, Alisa mula menangis dan memberitahu untuk bertemu dengan Lee Zii Jia.
Namun apa yang mengejutkan, Zii Jia dilihat membuat kejutan berkunjung ke rumah pelakon itu dan menegur anak pelakon tersebut yang dilihat sedang duduk bersama ibunya, pelakon Hanis Zalikha.
Ads
Tidak hanya bertemu dan beramah mesra, Zii Jia juga dilihat sempat melayan Alisa untuk bermain badminton bersama.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kehadiran Zii Jia ke rumah Hairul untuk bertemu dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu.
Jika rezeki itu melimpah ruah pastinya kehidupan mereka dipenuhi dengan redha pasangannya dan juga ibu bapanya.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh pegawai perubatan ini, Dr Ezairy M. Sallih ini ada benarnya. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi pasangan dan anak yang baik kepada ibu bapa.
Pernah tak jumpa orang yang sibuk berbelanja. Setiap bulan melancong. Setiap minggu tidur hotel. Boleh ada dua tiga buah rumah. Suami dan isteri bekerja siang malam, kerjanya pun stabil, kerja kerajaan. Boleh pakai kereta setiap seorang.
Tetapi orang macam ini masih rasa belum cukup simpanannya. Rasa belum ada lebihan wang untuk diberi kepada ibu dan ayahnya.
Member seorang lain ini, walaupun kerjanya tak seberapa, tak ada kerja yang tetap. Kais pagi, makan pagi. Kais petang makan petang. Seorang suri rumah contohnya yang mengharap wang si suami. Tetapi mereka ini mampu memberi wang bulanan kepada ibu ayah mereka.
Bahkan, simpanan mereka adalah jauh lebih banyak berbanding mereka yang bekerja. Mereka tidak ada alasan,”tak cukup duitlah… duit gaji selama ini pun cukup-cukup makan saja,”
Dan hidup orang seperti ini kita lihat mudah sahaja. Kita nampak mereka ini sentiasa murah rezeki dia. Kita rasa pelik sebab kerjanya biasa-biasa atau si suami sahaja yang bekerja, tetapi orang seperti ini cukup serba-serbi.
Redha orang tua
Sebenarnya, Kalau setiap bulan masih mampu bercuti, tidur di hotel, boleh berbelanja di mana-mana, maknanya tidak ada alasan untuk kita memberi kepada orang tua kita.
Pokok pangkalnya, hendak atau tidak. Kalau kita seorang anak yang betul-betul meletakkan ia sebagai suatu prioriti kita, maka dapat saja gaji kita akan letakkan sedikit wang untuk belanja dapur ibu dan ayah di kampung. Kita akan jadikan ia kepentingan nombor satu. Tak perlu banyak sebenarnya, sekadar tanda kita beringat kepada mereka.
Zaman serba canggih ini tak ada alasan untuk kita memberi. Guna hadphone di hujung jari pun boleh lakukannya.
Sempena bulan baik ini, ada yang mungkin dah sampai ke kampung halaman, sudah jumpa pun emak ayah, jom kita semak semula diri kita. Di mana dan bagaimana diri kita sebagai seorang anak.
Semoga kita menjadi anak yang lebih baik.
Dr Ezairy M.Sallih
Seorang anak dan ayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman kehilangan cahaya mata sulung menjadi antara detik paling berat dalam hidup pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha.
Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, mengakui masih mengingati momen pilu apabila disahkan keguguran anak pertama pada Mac 2024 ketika usia kandungannya memasuki minggu ke-12.
Menurut Hannah, dia mengetahui dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan minggu. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila beberapa minggu kemudian doktor memaklumkan bahawa jantung bayi dalam kandungannya sudah berhenti berdegup.
“Saya dapat tahu yang saya sedang hamil apabila usia kandungan memasuki lapan minggu. Tetapi minggu ke-12 kehamilan saya keguguran.
“Minggu ke-12 saya dapat tahu jantung bayi sudah berhenti. Itu juga pertama kali saya masuk hospital yang lama dan melalui pembedahan. Momen dalam hospital sangat ‘down’ dan itu adalah peristiwa yang sangat mengejutkan,” katanya.
Hannah berkongsi pengalaman tersebut ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Seram yang dihoskan oleh Safwan Nazri.
Perkongsian itu membuka ruang kepada peminat untuk memahami kesukaran yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut. Kehilangan kandungan bukan sahaja memberi kesan dari sudut fizikal, malah turut meninggalkan luka emosi yang mendalam kepada seorang ibu yang sedang menantikan kelahiran zuriat pertama.
Lebih memilukan, pelantun lagu Esok Masih Ada itu berkata, dia pada awalnya begitu teruja untuk mendengar degupan jantung bayi buat kali pertama. Namun, detik yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi khabar duka yang meruntun hati.
“Saya dapat tahu yang jantung bayi sudah tiada adalah ketika pertama kali mahu dengar jantung bayi. Kerana minggu ke-12 biasanya sudah boleh dengar.
“Saya sangat teruja pada awalnya mahu dengar degupan jantung bayi, rupanya sudah tiada. Ketika kejadian itu, doktor yang memeriksa saya muka dia tiba-tiba berubah,” luahnya.
Menurut Hannah lagi, doktor kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan keadaan kandungannya sebelum menyampaikan berita yang cukup menyedihkan itu kepada dirinya dan suami, pelakon Imam Shah.
“Doktor itu kemudian memanggil seorang jururawat untuk mengesahkan perkara tersebut. Doktor cakap, ‘Hannah dan Imam kami minta maaf, jantung bayi sudah terhenti,’” kongsinya.
Berita itu bukan sahaja mengejutkan pasangan tersebut, malah mengubah seluruh perancangan yang telah mereka impikan sebagai bakal ibu bapa. Hannah turut mendedahkan bahawa pengalaman berada di hospital dalam tempoh yang lama serta perlu menjalani pembedahan merupakan sesuatu yang tidak pernah dibayangkannya sebelum ini.
Bagi ramai wanita, kehilangan kandungan pada peringkat awal kehamilan tetap membawa kesan emosi yang besar. Perasaan sedih, kecewa dan kehilangan sering mengambil masa untuk dipulihkan, terutama apabila kehamilan itu sangat dinantikan.
Dalam menghadapi kehilangan tersebut, Hannah turut melihat bagaimana suaminya cuba kekal kuat di hadapannya. Namun sebagai isteri, dia dapat merasakan kesedihan yang dipendam oleh Imam ketika menerima berita kehilangan anak pertama mereka.
“Imam sangat ‘down’ sangat ketika itu. Saya nampak dia terpaksa jadi kuat menghadapi situasi tersebut. Dia nampak sangat sedih cuma tidak tunjuk,” katanya.
Kisah Hannah Delisha keguguran turut mendapat perhatian ramai yang menzahirkan kata-kata semangat dan doa agar pasangan tersebut terus kuat menghadapi ujian hidup. Sokongan daripada keluarga, sahabat dan peminat sedikit sebanyak membantu mereka melalui fasa yang mencabar itu.
Untuk rekod, Hannah dan Imam Shah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2021. Pada Mac 2024, Hannah pernah memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.
Semoga Hannah dan Imam terus diberikan kekuatan dalam melalui ujian kehilangan ini. Setiap perancangan Allah pasti ada hikmahnya, dan setiap kesedihan yang dilalui mudah-mudahan digantikan dengan khabar yang lebih indah pada masa akan datang.
Dlam melayari bahtera rumah tangga, tidak hanya terletak pada ketua keluarga atau suami sahaja dalam membuat keputusan. Sebaliknya isteri sama-sama memainkan peranan.
Begitu pun, dalam mengharungi hidup bersama ini pasti ada onak dan duri. Bohonglan andai kata setiap masa bahagia, perselisihan faham itu asam garam dalam rumah tangga.
Jika suami isteri tidak bergaduh, pasti ada masalah lain yang timbul. salah satunya masalah menantu dan mentua menjadi isu ‘hot’ dalam rumah tangga. Nak nak lagi bagi si ibu yang enggan ‘melepaskan’ anak. Inilah yang menyebabkan menantu makan hati.
Sebagai mentua kena tunjukkan teladan dan comtoh yang baik, memberi nasihat dan panduan supaya rumah tangga anak kekal bahagia. Begitu juga menantu kena bijak beli jiwa mentua barulah hubungan itu dapat dieratkan.
Paling penting peranan suami sebagai ketua keluarga yang harus mempimpin ke jalan mana yang patut dilalui, bukan berdasarkan petunjuk orang lain, sebaliknya diri sendiri perlu membuat keputusan dan disusuli dengan perbincangan bersama isteri.
Wanita bernama Nur Liyana Farahin ada berkongsikan beberapa tip nasihat dari seorang sheikh yang menjadi panduan dan pegangannya selama ini.
Fara nak share nasihat Syeikh yang sering menjadi panduan dan pegangan Fara.
1. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal.
2. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.
3. Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.
4. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan penceraian.
5. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.
6. Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua.
Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang menentukan segalanya untuk kita.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.