Rasanya kita sering mendengar iklan syampo yang mewar-warkan kebaikan kandungan bahan yang diformulasikan menggunakan urang aring untuk tujuan mendapatkan rambut yang hitam dan sihat.
Pun begitu, mungkin ada yang belum mengenali urang aring itu sendiri. Sedangkan herba ini sebenarnya mudah untuk didapati dan bolehlah digunakan untuk tujuan penjagaan rambut.
Nak tahu bagaimana rupanya dan cara penyediaan bahan untuk perawatan rambut menggunakan urang aring ini, jom semak perkongsian daripada Yuziyana Yusop ini.
Ini perkongsiannya.
Urang Aring jumpa kat taman masa dok exercise. Banyak tumbuh melata umpama rumput.Ancle cina tu tegur masa saya terbongkok-bongkok ambil gambar.
Ads
“Lu ambil gambar rumput buat apa?”
“Ini pokok herba uncle. Namanya Urang Aring.
“Bolehguna untuk hitamkan rambut dan lebatkan rambut. Uncle ramas saja pokok ni dalam air,nanti air tukar warna hitam.Tapi ini herba bukan macam dye rambut tau.Mau guna banyak kali baru nampak kesan”
“Oo..wa tak tau.Baguih lu kasi wa tau..tq tq”
Ads
Rasa happy kalau dapat bagitau kat orang yang tak pernah tau ni..hehe..kepuasan.
Ini pula beberapa komen yang diberikan warganet, nyata ada yang mengetahuinya dan tidak kurang ramai yang tidak mengenali pokok Urang Aring ini.
“Utk menyejukkan kepanasan dalam kepala..saya kalau kepala panas. Asyik mengantuk 24 jam..jelum daun ni..ok”- Nor Laila
Ads
”Ooo.. saya pun baru tahu… nama urang aring tu biasa dengar tapi pokoknya tak pernah tengok..”-Baya Rashid
“Laa…rumput ni ke yang namanya urang aring? Biasa jumpa..tapi tu la..ingatkan pokok urang aring berbatang macam pokok kayu..tq Zie berkongsi ilmu..”-Sufiyawati Subaji
Ramadan akan jadi satu cabaran bagi anda yang suka menikmati makanan kerana waktu lapar, pelbagai menu yang dijamu oleh mata akan jadi satu sajian pilihan walau belum tentu anda dapat telan kesemuanya.
Namun jika terlalu ghairah dengan menu kegemaran tanpa berfikir soal lemak yang bakal muncul, ini boleh buat berat badan anda naik mendadak!
Jika ingin rebut menurunkan berat badan anda selama bulan Ramadan, cuba ikuti cara ini:
1. Hidrasi kunci untuk menurunkan berat badan selama berpuasa. Minum air putih yang cukup akan menjaga anda daripada dehidrasi dan akan kontrol keinginan anda pada gula setelah berbuka puasa. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari.
2. Memang sedap layan minuman berkafein tetapi seeloknya pada bulan puasa, anda ganti dengan minuman herba yang dapat membantu pencernaan. Bulan Ramadhan, metabolisme dan energi kita akan menurun. Makan kurma saat berbuka mampu atasi keperluan tubuh kita terhadap gula. Kemudian mulakan dengan makanan ringan seperti sup dan sayur-sayuran sebelum masukkan menu yang lebih berat.
3. Jangan buat-buat lupa bab sahur, ya. Tidak ada alasan untuk guna alasan tak sempat sahur, ini lebih mendorong anda makan berlebihan saat berbuka puasa. Kalau masak sajian sahur pastikan anda kurangkan garam, tidaklah anda cepat haus. Tetapi menu yang disediakan harus terdiri dari karbohidrat kompleks dan protein yang cukup.
4. Puasa bukan alasan untuk anda jadi malas sepanjang hari. Anda tetap boleh lakukan aktiviti seperti biasa, tetap elak melakukan sesuatu di tempat yang panas. Membakar lemak ketika perut kosong adalah lebih mujarab walaupun agak mencabar.
5. Ternyata penyebab utama kenaikan berat badan saat bulan Ramadan adalah makanan yang anda makan untuk berbuka puasa yang biasanya terdiri daripada makanan manis. Ingat ya, selagi mampu cuba elak daripada mengambil gula yang berlebihan.
Nah, moga lima langkah ini mampu memberikan berat badan yang unggul dan sihat untuk anda! Hasilnya anda sendiri pasti terkejut dengan berat badan selepas berjaya kawal nafsu makan. Tidak susah, bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua kita faham, dalam sehari rambut memang akan gugur. Namun jika jumlahnya terlalu banyak itu bukan perkara normal.
Apatah lagi bila melihat di atas lantai di mana-mana ruang rumah ada sahaja ternampak rambut. Memang tidak selesa dibuatnya.
Sebagai usaha atasi masalah tersebut, kenalah kita cari kaedah rawatannya.
Pun begitu, tahukah anda bahawa masalah rambut wanita ini gugur dan akan dapat segera di atasi juga ada kaitannya dengan peranan suami.
Nak tahu bagaimana, jom baca perkongsian ini.
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai. Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai. Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
1. Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
2. Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
5. Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Kaum wanita dan hobi membeli-belah memang sukar dipisahkan. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, golongan mak-mak ini beralih minat membeli keperluan untuk anak pula.
Antara barangan yang paling mak-mak suka beli untuk anak adalah pakaian dan alat permainan. Walaupun koleksi pakaian anak sudah banyak di rumah tapi bagi kaum ibu tak salah membeli pakaian baru untuk anak.
Biasanya ‘geng mak-mak’ siap ada kategori tertentu pakaian untuk anak antaranya pakaian duduk rumah, pakaian ke taska atau rumah pengasuh, pakaian jalan waktu malam, pakaian ke shopping mall dan sebagainya lagi.
Kanak-kanak merupakan golongan kecil yang mempunyai personaliti unik tersendiri. Mereka boleh berubah daripada sifat ingin tahu, cheeky, lantang bercakap kepada menjadi kelakar, berwawasan dan bertimbang rasa dalam sekelip mata.
Tetapi mereka sentiasa tulen, individualistik dan jujur kepada diri mereka sendiri.
Biasanya bila membeli pakaian untuk anak, ibu-ibu akan membuat pilihan fesyen berdasarkan kepada karektor anak mereka.
Adakalanya pening juga kepala ibu untuk memilih fesyen yang dapat memenuhi citarasa anak mereka.
Jenama Round Ages merupakan jenama fesyen kanak-kanak yang ingin memupuk rasa keperibadian yang kukuh melalui koleksi pakaiannya.
Pakaian ini menawarkan alternatif kepada fesyen kanak-kanak terkini. Round Ages bukan dihasilkan secara besar-besaran di kilang.
Sebaliknya setiap reka bentuknya bertujuan untuk memuji kanak-kanak yang unik dan memberi karektor kepada golongan kecil ini dengan personaliti unik mreka tersendiri.
Koleksi pakaian jenama ini memahami bahawa tidak semua kanak-kanak atau ibu bapa masih mempunyai citarasa pada rekaan corak kereta api, trak, dinosaur atau renda tradisional.
Gaya fesyen Round Ages sangat urban, kemas, bergaya dengan gabungan perincian yang bergaya menjadikan setiap koleksi sentiasa menonjol dan sesuai digayakan pada bila-bila masa seperti percutian bersama keluarga di hujung minggu atau menghadiri acara khas.
DNA rekaan Round Ages bukan untuk membebankan atau membiarkan pakaian itu sekadar menyarung tubuh si kecil sebaliknya untuk menonjolkan keanggunan dalam gaya sederhana secara bersahaja serta membolehkan personaliti kanak-kanak lebih menyerlah.
Jenama ini dihasilkan idea daripada empat orang rakan sekolah dan universiti yang ingin mempopularkan jenama tempatan yang mempunyai kualiti antarabangsa.
Bosan dengan lambakan koleksi pakaian kanak-kanak yang dibuat dari kilang, empat sahabat ini melihat potensi dalam menawarkan ibu bapa yang berfikiran sama dengan kualiti premium, reka bentuk yang menonjol dan pastinya harga yang tidak membebankan dompet.
Koleksi pakaian untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan antara usia 3 hingga 12 tahun ini mempunyai beberapa ciri yang menarik.
1. Diperbuat daripada fabrik tenun berkualiti tinggi yang diperolehi dari seluruh dunia membuatkan jenama ini tahan lama, tahan luntur serta regangan.
2. Harga koleksi pakaian ini bermula dari RM49 hingga RM159.
3. Setiap rekaan difikirkan dengan teliti dan mesti mendapat kelulusan kanak-kanak.
4. Kerjasama dengan tukang jahit berpengalaman tempatan untuk memastikan kualiti dan perincian rekaan diberi perhatian.
5. Reka bentuk tak lapuk dek zaman dan fabrik berkualiti membuatkan pakaian ini tahan lebih lama untuk digunakan oleh adik-beradik yang bakal lahir atau didermakan.
Round Ages akan mengadakan jualan pengenalan dari 30% hingga 50% di laman web mereka bermula 15 Julai sehingga 15 Ogos 2022.
Jenama pakaian ini boleh dibeli di Zalora atau di laman web www.roundages.com atau kalau nak menang hadiah boleh jawab soalan berikut. Peraduan bermula 20 hingga 30 Julai 2022.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di