Ramai di kalangan ibu yang bersalin mengeluh kerana sukar untuk mendapatkan kembali berat badan asal. Apatah lagi, pemakanan kena jaga kerana menyusukan anak.
Jangan mengeluh atau putus asa. Ini ada jamu istimewa untuk dicuba ketika dalam pantang dan menyusu. Selain menurunkan berat badan, resipi ini juga membantu untuk mengembalikan kehangatan kulit, kesegaran dan keayuan wajah. Jom cuba resipi hebat perkongsian dari Habibah Badar Bajrai menerusi laman facebooknya.
Bahan-bahan
7 sudu makan halba campur
1/2 sudu makan kunyit
1 sudu makan cengkih
1 batang kulit kayu manis KMC stick
3 helai bay leaf
5 kuntum bunga lawang
Lemon
Madu
Caranya:
♦ Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali madu dengan lemon.
♦ Tambah air 2 liter. Rebus dalam 10minit.
♦ Tunggu suam, tuang dalam gelas.
♦ Perah lemon dengan tambah 1 sudu madu.
♦ Kacau rata ikut arah lawan jam.
♦ Baca selawat, niat mahu kurus dan sihat.
♦ Minum pagi dengan malam sebelum makan.
♦ Baki masukkan ke dalam peti sejuk. Jika mahu minum, panaskan kembali.
Tip
[su_highlight background=”#d12c34″ color=”#242121″]Ramuan ni boleh juga digunakan untuk stim, tangas dan mandian rempah. Ala-ala 4 in 1 home made spa.[/su_highlight]
Selamat mencuba!
Resipi asal oleh: Sarifa Redzuan II
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.
Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.
Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.
Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.
Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.
“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”
Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.
“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”
“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”
Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.
“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”
“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”
Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak
Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.
“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.”
“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”
Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.
“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”
Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut
Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.
Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.
“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”
Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramadan akan jadi satu cabaran bagi anda yang suka menikmati makanan kerana waktu lapar, pelbagai menu yang dijamu oleh mata akan jadi satu sajian pilihan walau belum tentu anda dapat telan kesemuanya.
Namun jika terlalu ghairah dengan menu kegemaran tanpa berfikir soal lemak yang bakal muncul, ini boleh buat berat badan anda naik mendadak!
Jika ingin rebut menurunkan berat badan anda selama bulan Ramadan, cuba ikuti cara ini:
1. Hidrasi kunci untuk menurunkan berat badan selama berpuasa. Minum air putih yang cukup akan menjaga anda daripada dehidrasi dan akan kontrol keinginan anda pada gula setelah berbuka puasa. Minum sekurang-kurangnya 2 liter air putih dalam sehari.
2. Memang sedap layan minuman berkafein tetapi seeloknya pada bulan puasa, anda ganti dengan minuman herba yang dapat membantu pencernaan. Bulan Ramadhan, metabolisme dan energi kita akan menurun. Makan kurma saat berbuka mampu atasi keperluan tubuh kita terhadap gula. Kemudian mulakan dengan makanan ringan seperti sup dan sayur-sayuran sebelum masukkan menu yang lebih berat.
3. Jangan buat-buat lupa bab sahur, ya. Tidak ada alasan untuk guna alasan tak sempat sahur, ini lebih mendorong anda makan berlebihan saat berbuka puasa. Kalau masak sajian sahur pastikan anda kurangkan garam, tidaklah anda cepat haus. Tetapi menu yang disediakan harus terdiri dari karbohidrat kompleks dan protein yang cukup.
4. Puasa bukan alasan untuk anda jadi malas sepanjang hari. Anda tetap boleh lakukan aktiviti seperti biasa, tetap elak melakukan sesuatu di tempat yang panas. Membakar lemak ketika perut kosong adalah lebih mujarab walaupun agak mencabar.
5. Ternyata penyebab utama kenaikan berat badan saat bulan Ramadan adalah makanan yang anda makan untuk berbuka puasa yang biasanya terdiri daripada makanan manis. Ingat ya, selagi mampu cuba elak daripada mengambil gula yang berlebihan.
Nah, moga lima langkah ini mampu memberikan berat badan yang unggul dan sihat untuk anda! Hasilnya anda sendiri pasti terkejut dengan berat badan selepas berjaya kawal nafsu makan. Tidak susah, bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Daun kari yang selalunya dijadikan penambahan aroma dalam masakan kari tidak hanya khusus untuk masakan sahaja. Daun yang satu ini selain dijadikan ulam yang baik untuk kesihatan, rupanya juga baik dalam merawat masalah rambut.
Antara masalah rambut yang dapat dirawat dengan daun kari ini adalah mencegah uban, melebatkan rambut dan memperbaiki akar rambut yang rosak. Berikut merupakan 5 khasiat daun kari yang baik untuk rambut.
Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Dengan menggunakan daun kari secara teratur pada rambut, terbukti dapat membantu untuk meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuat akar rambut. Yang perlu dilakukan adalah mengambil beberapa daun kari dan mengeringkannya di bawah sinar matahari.
1. Ambil daun kari dan keringkan.
2. Tumbuk daun kari hingga halus dan campurkan dengan yogurt.
3. Sapukan pada rambut dan cuci bersih.
Cegah Uban Kepala
Ini pula petua mujarab dalam memulihkan uban rambut. Uban dikatakan tumbuh bukan disebabkan oleh faktor usia sebaliknya ketidakseimbangan dalam diet harian yang kita ambil.
1. Tumbuk daun kari hingga lumat bersama sedikit minyak zaitun.
2. Kemudian sapukan pada rambut yang beruban.
3. Biarkan sekejap dan cuci bersih.
Rambut Rambut Rosak
1. Ambil dua tiga helai daun kari dan campurkan dengan susu.
2. Buatkan masker dan letakkan pada rambut.
3. Biarkan seketika dan cuci bersih.
Cegah Rambut Nipis
Faktor hormon membuatkan rambut mulai gugur dan makin menipis. Antioksidan yang tinggi dalam daun kari mampu menguatkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.
1. Tumbuk beberapa daun kari.
2. Kemudian campurkan dengan sedikit minyak.
3. Sapukan pada kulit kepala.
Cegah Kelemumur
Antioksidan yang tinggi pada daun kari juga dapat membantu masalah sel kulit mati pada kulit kepala yang seterusnya mengakibatkan masalah kelemumur. Tumbuk halus dan sapukan pada kawasan kelemumur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang pengguna di aplikasi X berkongsi luahan hati apabila mendapati suami curang dengan pekerjanya sendiri.