Mungkin ada di antara wanita di luar sana sering tertanya-tanya, perlukah saya menggunakan skrub wajah? Sedangkan saya telah menggunakan pelbagai produk kecantikan kulit.
Jawapannya Ya! Membersih wajah semata-mata walau pun setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap jauh ke dalam kulit. Bila ini dibiarkan dalam jangka masa yang lama akhirnya wajah akan kelihatan kusam dan timbulnya blackheads dan sebagainya.
Oleh itu, terdapat beberapa sebab mengapa perlu menggunakan skrub. Skrub berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, meremajakan kulit serta menjadikan kulit wajah sentiasa bersih dan sihat. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah. Pun begitu mestilah dengan pemakaian yang betul dan teratur iaitu sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Jika anda tidak mahu membeli atau menggunakan produk skrub yang ada di pasaran, anda juga boleh membuatnya sendiri dengan bahan yang cukup ringkas dengan modal yang kecil. Hanya 2 bahan diperlukan sebagaimana yang sering diamalkan oleh Puan Noorsilawaty atau lebih mesra membahasakan dirinya Kak She.
Ikuti perkongsian Kak She via Sihat Cara Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik)
“Kak She selalu cakap scrub, scrub, scrub.Tau tak kenapa mesti scrub? Sebab scrub ni salah satu regim penting untuk kulit yang cantik dan sihat.Scrub ni akan buang sel-sel kulit mati yang bertepek punca jerawat dan kulit kusam. Haaa yang kulit kusam tu, kalau nak bersih mesti mulakan langkah pertama dengan scrub kulit secara rutin.”– Noorsilawaty Zulkefli She
Apa yang di perlukan hanyalah
1. Lemon
2. Soda Bikarbonat
Caranya:
- Letak satu sudu teh soda bikarbonat di dalam bekas.
2. Kemudian perahkan anggaran 1 atau 2 sudu besar lemon. (Jangan tergezut pulak tengok dia berbuih-buih macam asid)
3. Kemudian, apa yang perlu di buat hanyalah, ambik campuran tersebut dan sapu di wajah. Usap secara memutar.
4. Tu yang kat hidung, tenyeh lebih sikit biar hilang bintik hitam dengan bintik putih.
5. Dah siap bolehlah cuci bersih dengan air.
Kesannya setelah menggunakan skrub ini akan rasa bersih, licin dan glowy gitu.
PERINGATAN!
Skrub ni tak boleh guna hari-hari. Cuma amal seminggu sekali atau dua kali bagi kulit berminyak. Manakala untuk anda yang berkulit kering dan kombinasi seeloknya dua minggu sekali.
sumber : Noorsilawaty Zulkefli She