Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Perasaan malu pasti ada bila ada masalah dengan perut buncit ataupun boroi.
Bagi mak-mak pasti alami masalah buncit maklumlah lepas kahwin jika tak jaga memang nampak ketara ‘boroi. Nak pakai kebaya pun segan.
Juga, jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Bagi yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.
Nak tahu petua rahsia cara kempiskan perut. Ikuti cara ini. Mudah ajer nak buat. Bahan-bahan pun mudah nak cari. Jom buat!
Ads
Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang. Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan. Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana. Bahan yang diperlukan.
2 biji lemon 3 asam keping 3 biji asam masin 3 inci halia
Ads
Cara membuatnya.
1) Rebus 1 liter air
Ads
2) Basuh semua bahan dan potong kecil 3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih. 4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug. 5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis. Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang. Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka boleh Share resepi ini Yana izinkan. Selamat mencuba semua.
Kredit: Diana Said
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua tradisional kalau hendak dihimpunkan untuk wanita menjaga menjaga penampilan dan kecantikan memang diakui terlalu banyak. Dan ini membuktikan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipsahkan sejak dahulu lagi.
Oleh itu, jom kita ketahui beberapa petua yang boleh kita amalkan untuk membantu mengatasi masalah kecantikan wanita dengan menggunakan bahan-bahan alami.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika ibu-ibu ada masalah dengan berat badan yang berlebihan, silalah amal minum air limau nipis. Caranya mudah dan boleh juga dijadikan minuman kegemaran seisi keluarga.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air suam. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cuaca yang panas kadang kala menyebabkan ruam boleh timbul di kulit kita. Kalau dibiarkan bimbang juga menjadi penyebab kulit mengeruti atau sebagainya. Oleh itu, cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh badan ialah dengan melumurkan tepung ubi pada bahagian yang terkena jangkitan ruam.
3. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
4. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita umumnya antara perkara yang dibimbangi adalah terlihat tua sebelum waktunya. kalau boleh tanda-tanda kedutan ingin ditutup terutamanya di bahagian muka. Jadi ini caranya, ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
5. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
6. ELAK MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri untuk kita berbicara dengan orang lain. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
7. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
8. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
9. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan kita akan ada terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat kesan strech mark pada kulit tentunya boleh membuatkan ramai wanita berasa stress. Apatah lagi jika kesan ‘rekahan’ nampak begitu jelas ketara. Terasa tidak cantik dipandangan mata.
Kalau mengetahui ada cara atau petua untuk mengurangkan kesan tersebut, itu pun sudah buat wanita rasa teruja untuk mengetahui lanjut. Apatah lagi, jika bahan-bahan yang digunakan mudah dan boleh dibuat sendiri, itu satu bonus untuk segera dicuba.
Untuk itu, elok kiranya mencuba petua yang dikongsikan di akaun Lelawati Lela untuk tujuan mengurangkan dan seterusnya menghilangkan kesan stech mark pada tubuh. Jom semak.
HILANGKAN STRETCH MARKS DENGAN 3 BAHAN JE
Selamat pagi sahabat alam maya kekla. Pagini kekla nak bagi petua untuk menghilangkan stretch marks bekas bersalin yang ada diperut dan jugak peha.
Caranya mudah sangat hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah kita je. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Lemon
Soda bikarbonat
Serbuk kunyit
Itu dia bahan-bahannya. Dan cara buatnya ialah perahkan lemon sebanyak 1/2 sudu teh lebih sikit pun takpa. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan soda bikarbonat dan sedikit serbuk kunyit.
Apabila semua bahan tu dah sebati bolehlah disapu pada bekas stretch marks. Ia akan membuang dan membersihkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan kesan stretch marks.
Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah dicuci dengan air yang bersih atau dilap dengan tuala bersih yang dibasahkan.
Amalkan buat petua ni setiap hari dan seeloknya buat pada waktu malam sebelum hendak masuk tidur sebab malam dah tak sibuk.
Harap perkongsian ini dapat membantu korang yang ade masalah stretch marks selepas bersalin tu ya.
Dagu berlapis ibarat nigtmare buat kaum wanita yang mementingkan kecantikan. Ini antara masalah yang ingin dielakkan berlaku.
Ada yang mengaitkan masalah dagu berlapis ini dengan pemakanan. Tapi sebenarnya, ada faktor lain. Antaranya:
Lemak di bahagian pipi
Otot yang kendur
Tekanan
Kurang rehat
Genetik
Usah bimbang ibu-ibu yang bermasalah dagu berlapis ini. Hilangkan lemak di bawah dagu ini tak perlu buat diet yang ekstrem, caranya cukup mudah iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut:
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakkan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Korang akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Genggaman halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari ini, tepat jam 10 30 pagi tadi, ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah pun menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka.