Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Biarpun sudah punya anak-anak tidak bermakna cinta dan kasih sayang terus dibiarkan sepi, sebaliknya suami harus memandang lebih hebat penuh rasa cinta pada isteri.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Ads
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Ads
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Ads
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan. Yang penting pasangan tahu menghargai diri dan in return kebahagian yang ‘manis’ menjadi pelengkap sebuah kehidupan.
Sungguh aspirasi perkongsian di laman facebooknya Nurulbadiah Lai mengenai rutin hariannya sebagai suri rumahtangga.
Baginya walaupun bangun awal pagi dan tidur lewat malam, ia kehidupan yang bahagia buat dirinya walaupun suaminya tidak berkemahiran menguruskan hal rumah. Namun dia bersyukur suaminya sempurna dalam urusan lain. Nyata apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing, barulah harmoni rumahtangga yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Sebab ramai sgt yg tanya nurul tanya how i manage my day..so nilah rutin harian berjadual setiap hari. Nak tak nak kene disiplinkan diri follow jadual supaya hidup tak kelam kabut.
6am-8am – bangun dan solat – Ready kan anak2 (kejutkan,mandikan,pakaikan baju,get ready pergi sekolah) – Kejutkan suami dan sedia pakaian suami utk pergi kerja – Prepare breakfast (suami just perlukan secawan coffea/teh/milo je) (anak just ambil sebotol susu as breakfast ) – Hantar suami kat pintu sebelum pergi kerja. – Bergegas hantar anak pergi sekolah
3pm – pick up anak dekat sekolah – Prepare makanan untuk anak lepas diorang balik sekolah – Bagi anak buat aktiviti ,monitor sekejap pastu tinggal
4-5.30pm – Continue working
5.30-7pm – Prepare utk dinner (masak) – Berkebun,siram pokok etc (waktu utk kemas2 halaman rumah adalah petang) – Siapkan anak2,mandi,pakai baju etc – Mandi ,persiapkan diri lawa2 sebab husband biasanya around 6.30 akan balik dari kerja
9.pm – teman suami tgk tv ,sembang2 ngn suami anak2.. – Kalau suami main game ,so pergi buat kerja lain(lipat baju etc)
10.pm – Handle on9 business pulak.reply whatsap etc.packing barang etc.
11.pm – tidurkan anak2 kat bilik diorang. – Bila diorang tidur,start kemaskan bilik diorang.
12.pm – biasanya suami dah nak masuk tidur mase ni,so teman suami tidur. – Kalau dia main game,time ni kat sebelah saya main internet,bukak ig,bukak fb,reply dm and msg dari followers etc – Teman sampai suami tidur.
1.30am – bila suami dh tidur,cepat2 bangun setelkan kerja rumah yang tertunggak. – Setelkan pinggan kat sink – Setelkan ruang tamu kalau ada mainan anak etc – Sapu rumah ,lap2 apa2 yang patut
2-2.30am – Tidur.
– walaupun macam octopus,rasa puas hati dapat berkhidmat utk family.
– suami mmg tak pandai buat kerja rumah,boleh katakan saya yg buat semua,tapi still sy bersyukur sebab suami saya bagus dari segi lain. – saya cuba jadi isteri yg terbaik ibu yang terbaik. Sobolehnya saya mahu lakukan tanpa merungut dan ikhlas walau penat sampaikan tertidur sambil duduk?
In return – suami izinkan saya pergi spa sebulan skali,izinkan saya pergi class fitness,izinkan saya keluar window shopping sorang2 sambil dia jaga anak
– suami selalu bawak saya jalan2 pergi pantai etc bila weekend
– weekend adalah waktu suami pulak berkhidmat utk saya??bila weekend saya lebih rilex,tugas2 lain suami ambil alih.
Itulah kehidupan dan perkahwinan,tak sempurna tapi saling melengkapi.
bukan setiap hari adalah hari yang terbaik tapi cukuplah ada ketenangan dalam rumahtangga utk meneruskan kelangsungan hidup gituu?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melakukan amalan penjagaan kesihatan yang mudah dan ringkas seperti minum air detox umpamanya menjadi pilihan ibu-ibu masa kini. Umumnya juga, turut lebih selesa menghasilkan sendiri dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur. Memandangkan untuk menghasilkan air detox bukanlah sesuatu yang sukar dan kesannya cukup memuaskan hati.
Atas sebab ini juga, ramai antara kita suka berkongsi amalan atau resipi dalam menghasilkan air detox yang terbaik untuk dimanfaatkan bersama. Hal yang sama juga, menarik perhatian Puan Amiera berkongsi ilmu.
Jadi jom ketahui cara yang dilakukan olehnya untuk kekal sihat dan cergas dengan mengamalkan minuman detox yang dihasilkan sendiri dengan memilih produk green tea jenama BOH yang ada dipasaran.
Ini perkongsiannya
KITA hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
BAHAN²
Green tea cap boh 1 uncang
1sb Halba
Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus)
2 cawan air masak
CARA PENYEDIAAN
Rebus semua bahan sampai mendidih.
2. Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
3. Nak tambah madu sikit pun ok.
4. Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
Ekstra info :Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan. Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.
NOTA TAMBAHAN
Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
sumber : AmiEra Farhann Johan via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa nak anak yang hebat dan pintar dengan mendapat keputusan exam yang baik di sekolah. Namun semua ini tidak menjanjikan anak ini akan hebat apabila dewasa nanti.
Perkongsian Marlia Ramli di laman facebooknya sungguh motivasi bahawa katanya, sesungguhnya anak yang mendapat keputusan exam yang teruk sama ada UPSR, PT3 atau SPM tidak bermakna masa depannya gelap. Malah ada yang telah berjaya dalam hidupnya walaupun semasa kecil keputusan exam yang teruk. Juga sebagai ibu bapa, beliau juga sedih sikap segelintir ibu bapa yang terlampau mendesak anak untuk berjaya dengan peperiksaan. Ikuti kisah benar ini.
IBU BAPA YANG ACAH-ACAH GOOD..
Acah-acah good la kebanyakan ibu bapa sekarang ni. Padahal dia dulu pun malas belajar gak. ?
Mohon ibu bapa jangan nak berdrama sangat bila tengok result anak nanti. Tak perlu terlalu gembira atau terlalu berduka dengan keputusan exam anak-anak.
Zaman sekarang keputusan UPSR, PT3 hatta SPM tak menentukan kejayaan sesiapa di masa depan.
Malulah jika anak anda mendapat straight A dan anda membandingkan kejayaan anak anda dengan anak-anak lain yang belum berjaya.
Malulah juga jika anak anda belum berjaya dan anda membiarkan diri kecewa seolah-olah tiada lagi esok dan lusa.
Jika anak anda bersedih, beritahu mereka kisah benar ini….
Ceritakan pada mereka bahawa akak ada kenal seorang budak kampung yang comot dan suka panjat pokok. Mainannya masa kecik cuma mandi selut dan pondok-pondok. UPSR nya cuma 2A 1B 1C… PMR nya cuma 2A dengan bilangan C dan D yang banyak. Rekod ujian lisan PMR TH (tidak hadir) sebab salah tengok jadual. Blur betul budak ni.
Tapi… Hari ini budak tu memegang jawatan Manager dan memiliki aset bernilai 7 angka. Purata pendapatan bulanan budak itu adalah 5 angka sebulan dan mempunyai keluarga yang sangat bahagia.
Akak juga kenal seorang budak yang tak ada A langsung dalam UPSR, PMR nya pula semua B dan C. Budak ini adalah anak estate dan hanya berselipar lain-lain kaler. Beliau hanya mengenal dan pandai menulis ABC senget-senget ketika di darjah 2.
Hari ini budak itu merupakan seorang top Management di sebuah syarikat besar dan mempunyai pemandu peribadi. Budak itu kini merupakan pemilik aset bernilai 7 hingga 8 angka dan gaji serta simpanan bulanan beliau adalah 5 angka setiap bulan. Kini budak busuk yang tak dipandang sesiapa mempunyai anak yang pintar dan berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat.
So, masih lagi nak kecewa dengan pencapaian anak anda setakat dalam UPSR?
Cukuplah…
Berhentilah memberi tekanan dan riak kecewa kepada anak-anak. Senyum dan usaplah mereka dengan penuh kasih. Cium dan peluklah mereka. Beritahu mereka betapa bangganya anda memiliki mereka.
Ingatkan diri anda suami isteri bahawa anak-anak bukan trofi yang perlu dijulang. Anak-anak juga bukan bahan recycle yang perlu dilabel samada berguna atau tidak.
Di zaman petrol digelar emas hitam, cemerlang academik bukan penentu cemerlang masa segala-gala.. Cukup-cukuplah berdrama Korea..
Teruskan menyintai anak-anak tanpa terma dan menyokong setiap jatuh bangun mereka. Jika anda tidak menyayangi anak-anak anda 100%, siapa lagi yang sudi menyayangi mereka sepenuhnya?
Teruskan usaha untuk memberikan mereka aura positive. Insya’allah jika berserta usaha dan doa ibu bapa, sesiapa saja mampu berjaya dalam kehidupan.. Dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baiklah…
Ala… Mudah je.
Kita dulu pun belajar ntah apa-apa gak. Yang penting jaga akhlak, jaga agama. Jangan esok-esok songlap duit pusaka atau tipu keuntungan pelaburan kawan. Ni contoh orang bijak tapi menempah tiket ke neraka.
Kalau belajar pandai tapi akhlak tak de, esok-esok jadi orang kaya yang bodoh. Sombong macam syaiton. Tayang harta, bongkak angkuh dan membuatkan orang miskin membenci orang kaya yang berjaya.
Tahun ni anak gadis akak ambik UPSR. Dan tak kisah jika dia akan menang atau kalah dalam perjuangan kali ini sebab dia sentiasa bergelar juara di hati kami.
Selamat berjaya kepada semua calon, STPM, SPM, PT3, UPSR, UPKK, PSRA dan lain-lain. Belajar rajin-rajin, buat yang terbaik dan yang penting jaga akhlak juga agama.
Ala.. Kebanyakan kita hari ini, IBU BAPA YANG ACAH-ACAH GOOD je pun. Relax. Tenang dan sama-sama usaha. Kita asyik ngadap henpon, pastu harap anak study sesorang. Pastu stress bagai bila anak tak dengar cakap. #apeni?
Padahal kita yang hari-hari dipesan suruh jaga kewangan, usahakan beli rumah pertama dan simpan emas pelaburan sebagai pelindung kekayaan pun tak dengar cakap gak. Akaun GAP emas se gram RM172 hengget pun nan hado… Hmmm….