Anak yang masih kecil, sudah tentu memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memberikan pendidikan seksual ini.

Malah bukan mudan untuk mendidik anak untuk mengelak daripada gangguan seksual. Ini bagi memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa perbuatan itu adalah salah.

Jenayah seksual yang semakin berleluasa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan juga pendidik. Isu pedofilia yang menular sejak akhir-akhir ini juga menarik perhatian semua pihak termasuk ibu bapa dan pendidik.

Jika sebelum ini anak-anak kecil tidak tahu bahawa ‘sentuhan’ mana yang boleh dan tak boleh, jadi dengan pendudukan seksual ini amat penting untuk memastikan keselamatan anak pada setiap masa walau di mana mereka berada.

Menarik dengan perkongsian video yang dipaparkan oleh seorang guru menerusi facebooknya, Ferdy Cikgu Celebrity menunjukan cara untuk mendidik anak-anak kecil mengenai pendidikan seksual.

Dalam video berkenaan, Cikgu Ferdy menggunakan carta anggota badan dan menghuraikan dengan cara penyampaian yang menarik.

Malah, bahasa yang digunakan ringkas dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak.

“Lucah itu maksudnya memegang bahagian sensitif.”

“Kalau ada orang nak cium, tak boleh!”

IKLAN

“Mana boleh pegang dada kita.”

Dalam pada itu, dia menunjukkan aksi tanda ‘tidak boleh’ sambil diikuti oleh murid-murid di kelasnya. Kelihatan, muridnya memberikan perhatian dalam sesi pembelajarannya.

Moga video ini menjadi manfaat untuk ibu bapa mendidik anak-anak mengenai bahagian yang tidak boleh di sentuh.

Sentuhan tidak selamat

IKLAN

Apa yang pasti, anak-anak perlu diberi pendedahan mengenai tips keselamatan diri bagi tujuan perlindungan daripada jenayah seksual yang semakin membimbangkan.

Sumber: Ferdy Cikgu Celebrity

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

IKLAN
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz

“Kalau Ada Nak Cium, Tak Boleh!” Mudah Cara Cikgu Ini Didik Murid Sentuhan Tidak Selamat, Riuh Satu Kelas!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI