Hidup berumah tangga penuh dengan ujiannya, dan setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza untuk ditempuhi.

Begitu juga buat ibu anak Sembilan ini, Ummu Nabilah, 33 apabila perkahwinan yang dibina berkahir dengan penceraian setelah 14 tahun cuba mempertahankan bahtera rumah tangga.

Bahkan kisahnya pernah dilaporkan di Astro Awani berkaitan kes penderaan yang dilakukan oleh suaminya ke atas diri dan anak-anaknya.

 

 

Kini, sebagaimana memetik perkongsian wanita cekal ini  di salah satu portal online, difahamkan Bella atau lebih dikenali di media Tiktok ‘Kakak Hensem Official’ terus berkerja untuk menyara anak-anaknya  yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 15 tahun.

“Saya berasal dari Singapura, bekas suami pula merupakan orang Malaysia. Saya berkahwin ketika berumur 17 tahun. Hasil perkahwinan, saya dikurniakan sembilan cahaya mata.

Kisah Ibu Tunggal Urus Sembilan Anak & Berwajah  ‘Handsome’, Tarik Perhatian Netizen!

“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya duduk di Malaysia sehinggalah kami berpisah pada Disember 2021. Selepas bercerai, saya balik ke Singapura. Dulu saya hanya suri rumah. Saya tak boleh kerja di Malaysia sebab tak ada visa kerja.

IKLAN

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

“Selepas balik Singapura, saya mula bekerja sebagai rider GrabFood. Pada masa sama, saya turut bergelar perunding kecantikan MaryKay,” kata Bella.

Kisah Ibu Tunggal Urus Sembilan Anak & Berwajah  ‘Handsome’, Tarik Perhatian Netizen!

Selain kisah inspirasinya  sebagai seorang ibu tunggal yang kuat menyara sembilan orang diperkatakan wargamaya, namun penampilan dirinya yang seakan seorang lelaki kacak turut  mencuri perhatian netizen hingga ada yang bertanyakan soalan mengenai status dirinya, adakah pengkit.

IKLAN
@died301090 Replying to @suser375 ♬ original sound – •kakak_hensem•official• – •kakak_hensem•official• 🦄🇸🇬

“Saya bukan pengkid (perempuan berperwatakan lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis), saya masih perempuan cuma saya tomboy (perempuan lasak). Penampilan saja macam lelaki. Lagi selesa nak urus diri sebab saya tak suka habiskan masa lebih setengah jam depan cermin.

“Sebelum kahwin pun saya memang tomboy rambut pendek, tak pernah panjang. Masa kahwin saya simpan rambut panjang. Kemudian rambut saya kembali pendek selepas berpisah,” terangnya.

Sumber : @died301090& mstar

 

IKLAN

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kisah Ibu Tunggal Urus Sembilan Anak & Berwajah  ‘Handsome’, Tarik Perhatian Netizen!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI