Sana sini orang bercakap mengatakan anggota keselamatan seperti bomba, ATM dan sebagainya yang kononnya mereka bertindak lambat dalam usaha menyelamat mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.

Cemuhan demi cemuhan serta komen netizen di media sosial cukup dasyat diterima oleh pasukan penyelamat ini.

Justeru semalam menerusi paparan berita di Buletin Utama TV3, seorang anggota bomba yang bernama Abdullah Mohd Yusoh terpanggil untuk meluahkan perasaannya.

Utamakan Tugas Selamatkan Mangsa Banjir, Anggota Bomba Ni Sedih Anak & Isterinya Tak Sempat Ditolong!
Ujarnya, dia sangat berasa terkilan dengan komen-komen netizen ketika hari musibah banjir berlaku sampai ke hari ini. Ahli bomba juga manusia ada hati dan perasaan.

@ez2241🥺 bomba juga manusia biasa23/12/21 8pm tv3 ##bentongbanjir ##mangsabanjir ##bombamalaysia ##fyp♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Tambahnya lagi dirinya sendiri tidak dapat membantu anak dan isteri yang terkandas banjir kerana melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir yang lain.

IKLAN

Misi Menyelamat Di Janda Baik
Jelasnya lagi ketika kejadian banjir, anak dan juga isterinya hanya dibantu oleh jiran-jiran. Manakala dia pula sedang bertugas di Janda Baik untuk menyelamatkan mangsa banjir di sana.

@ez2241😭😭 kasut kerja je putih..semoga aku dan keluarga kuat dan sabar😭😭 ##prayforpahang ##bentongbanjir ##mangsabanjir ##fyp♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Menurut perkongsian oleh isterinya di aplikasi TikTok @EZ2241,  dapat dilihat habis harta benda tidak dapat diselamatkan termasuklah kereta yang tidak sempat dipindahkan dari ditenggelami air.

IKLAN
@ez2241My Hero is back🥺 Kesian baru dapat jumpa anak bini selepas pergi menyelamat di Janda Baik ##prayforpahang ##bentongbanjir ##mangsabanjir♬ Ya Allah – Wali

 

My Hero Is Back

IKLAN

Setelah selesai tugas yang diamanahkan, barulah boleh bertemu isteri dan anak yang telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Saat syahdu ini turut dikongsikan oleh isterinya di akaun tiktok miliknya.

Utamakan Tugas Selamatkan Mangsa Banjir, Anggota Bomba Ni Sedih Anak & Isterinya Tak Sempat Ditolong!

Meninjau diruangan komen ramai juga yang meninggalkan komen yang positif dan antaranya seperti yang dikongsikan ini.

Utamakan Tugas Selamatkan Mangsa Banjir, Anggota Bomba Ni Sedih Anak & Isterinya Tak Sempat Ditolong! Utamakan Tugas Selamatkan Mangsa Banjir, Anggota Bomba Ni Sedih Anak & Isterinya Tak Sempat Ditolong! Utamakan Tugas Selamatkan Mangsa Banjir, Anggota Bomba Ni Sedih Anak & Isterinya Tak Sempat Ditolong!

Sumber : @ez2241

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI