Pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan walaupun anaknya yang juga pelakon, Syafie Tee terpalit dengan kontroversi panas.
Ini berikutan video Syafi berpelukan dan mencium seorang wanita tular di TikTok, baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 26 saat itu, individu mirip Syafi itu dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.
Video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari Instagram wanita terbabit dengan keterangan ‘my memory syafitee’.
Ridhuan berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat mengenai dia dan anaknya.
“Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.
“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar walaupun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Ridhuan berharap ujian yang menimpanya juga menjadi pengajaran buat semua pihak.
“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.
“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan pasrah,” katanya.
Ridhuan berkata, Syafi memang meminati bidang seni sebaik dia tamat belajar.
Katanya, sebagai bapa, dia sudah menasihati Syafi mengenai bidang yang dipilihnya itu.
“Saya juga menceburi bidang seni sejak memeluk Islam lebih 30 tahun lalu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni hiburan.
“Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya,” katanya.
Komunikasi antara suami isteri sangat penting, tanpa komunikasi yang baik boleh menyebabkan hubungan menjadi tidak mesra dan boleh juga menyebabkan salah faham antara keduanya. Bahkan tanpa komunikasi, kemesraan antara suami isteri juga akan menjadi hambar.
Walaupun sering terjadi suami dan isteri dilihat tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu perkara atau hal. Namun jangan jadikan itu penyebab untuk tidak bercakap dan berbual dengan pasangan.
Bahkan ada baiknya, dalam banyak-banyak perkara yang ingin dibualkan, sentuhlah beberapa perkara untuk dibualkan dengan pasangan berkenaan hal rumah tangga. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar dan bolehlah dijadikan panduan untuk membentuk rumahtangga yang hebat dan berkualiti.
Ini perkongsiannya;
Guru saya pesan, rumahtangga yang hebat itu, suami isterinya selalu bersembang hal ini;
1. Tentang iman. Bagaimana supaya suami isteri bertambah iman.
2. Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan dalam keluarga.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Lazimnya tidak sampai setahun usia perkahwinan, si isteri sudah mengandung. Alhamdulillah, syukur begitu mudah untuk pasangan tersebut mendapat zuriat.
Pun begitu tidak kurang juga ada yang bertahun-tahun terpaksa menunggu dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan anak, namun masih belum direzekikan cahaya mata. Walaupun berat menerima ketentuan itu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan perlulah bersangka baik dengan ketentuanNya.
Begitulah buat pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.
Menurut laporan di dalam H.Metro, Arash bersama isteri sentiasa berfikiran positif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.
“Saya sudah 13 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.
“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.
“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.
“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi. Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.
Arash yang menjadi sohor kini ekoran lakonannya dalam drama Scammer berkata, dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.
“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.
“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.
Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hospital. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.
“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.
11 Ekor Kucing Anggap Macam Anak
Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.
“Kucing daripada seekor asalnya yang mana sudah 10 tahun bersama kami. Kemudian saya ada bagi pada kawan empat ekor. Jadi, yang tinggal sekarang dengan kami ada 11 ekor. Semua kucing memang tak kurung dalam sangkar.
“Kami menjaga semua macam anak. Kami dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Alhamdulillah, ada saja rezeki menjaga mereka.
“Kucing saya ini bukan saja binatang peliharaan, tapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Saya memang pencinta haiwan. Kalau boleh nak buat macam zoo di rumah,” katanya.
Namun, dalam masa sama, Arash berkata, masih ramai belum mengetahui kisah peribadinya disebabkan kurang gemar berkongsi perkara itu terutama di media sosial.
“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang. Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.
“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.
“Alhamdulillah, saya seronok dengan kehidupan sekarang. Memang kalau tengok di Instagram dan Facebook saya, lebih banyak berkongsi soal kerjaya dan kucing saya. Lagipun, peminat sekarang pun sudah berbeza dengan dulu. Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.
Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.
Perasaan rindu memang jadi hal yang terasa menyesakkan hati dan perasaan. Rasa itu hanya dapat diredakan andai dapat bersua muka. Namun andai pasangan yang dicintai pergi buat selamanya ke negeri abadi, 1001 rasa terbuku di hati.
Meskipun belajar untuk tabah dalam melalui hari-hari sendirian, namun bila rindu itu bertandang hanya kenangan jadi pengubat rindu. Andai dapat menatap gambar mahu pun video bersama pasangan, alangkah lega rasa di hati.
Mungkin itulah juga yang dirasai oleh wanita ini yang telah berkongsi rasa dan kekesalannya bila ingin merawat rindu dihati, lantas tercari-cari rupanya terlalu sedikit gambar berdua-duaan bersama arwah suaminya.
Difahamkan suaminya meninggal dunia pada 22 Julai 2021, angkara Covid-19.
Salam takziah diucapkan dan semoga perkongsian ini dapat menjentik hati kita untuk lebih menghargai setiap detik bersama pasangan dengan merakam kenangan bersama untuk diabadikan di dalam bentuk foto mahupun video.
Kekesalan Selepas Pemergian Suami
Ini perkongsiannya.
Hari ni saya share satu lagi kekesalan yang saya ada selepas pemergian suami.
Ye.
Saya dan suami rupanya tak banyak gambar berdua selama 11 tahun perkahwinan kami.
Gambar berdua tanpa anak-anak.
Rasanya tak sampai 20 keping.
Adoi la.
Masa duk belek-belek gambar dalam phone, pen drive, google drive..tertanya juga ..kenapa lah waktu itu takde gambar berdua.
Saat bercuti bersama atau sekadar pergi ke tesco ke apa ke.
Sebab bila dah kehilangan ni, lain rasanya bila melihat gambar berdua.
Ada rasa kasih, cinta, sayang di situ. Lain la. It is just different.
Jadi sekarang, saya akan pastikan saya ambik gambar bersama anak-anak. Apa saja yang kami lakukan. Ke mana saja yang kami pergi. Sampai anak-anak dah boring.
Tapi saya selalu ceritakan kekesalan saya mengenai ketiadaan gambar bersama suami. Mereka faham. Walaupun kadang-kadang ada protes.
I want to be part of the picture.
Not only the moment.
Sebab apa tau, nanti bila dah takde..anda scroll balik gambar..gambar itu seolah-olah berbicara. Ada kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.
Jadi sahabat yang masih berpasangan, ambik gambar berdua banyak-banyak ye.
Ambil kisah saya sebagai teladan.
Ni contoh gambar berbicara.
Saya tak tahu yang arwah suami akan cium dahi saya secretly. Everytime tengok gambar ni, it makes me smile. Tersipu-sipu malu.
Ye, even hari ini. Even saat selepas pemergiannya. Terasa getaran. Terasa rindu
Sadly, this is our last pic together. Taken in 2017. Tengah heavily pregnant dengan khadijah. Yup. 2017 Last pic together.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, sering dilihat memuat naik momen manis anak-anak dan suami, memang nampak sweet sangat. Dengan gaya hidup yang simple tapi classy, ramai ibu muda menjadikan Elfira inspirasi, terutama dari segi keibubapaan