Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang suami.

Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.

Katanya kita mungkin tak dapat menolong semua orang tetapi cuba usahakan untuk menolong isteri, orang paling terdekat dengan kita. Usaha untuk ringankan bebanannya.Win!

Tolong isikan minyak dan pamkan tayar kereta isteri pun, isteri cukup berterima kasih pada suami. Sayang sampai syurga.


Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula.

Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..

Meh saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer, kesian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana.

Saya kata takper kak, saya dah bayar. Akak isi penuh jer, “ish..takperlah..ish takper kak”. Saya dah niat dah.

Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah tak ada duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.

Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.

IKLAN

Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis.

Duit takde. Barang tertinggal, kuatnya seorang wanita. Kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..

Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kesian bidadari saya penat jer.

Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-
kadang basuhkan kereta sekali. Selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.

IKLAN

Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. “Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang”.I love u too sayang bidadariku.

Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.

Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri. Ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.

-Ebit Lew

Kredit: Ebit Lew