Usus yang tidak sihat boleh jadi penyebab anxiety. Tahukah anda bahawa kesihatan mental, termasuk anxiety atau kebimbangan, mungkin berkait rapat dengan kesihatan usus anda?
Usus Yang Tidak Sihat Boleh Jadi Penyebab Anxiety
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para saintis dan pakar kesihatan telah menemui kaitan yang kuat antara kesihatan usus dengan kesihatan mental melalui apa yang dikenali sebagai paksi usus-otak (gut-brain axis).
Apakah Paksi Usus-Otak?
Paksi usus-otak ialah saluran komunikasi dua hala antara usus dan otak yang dikawal oleh sistem saraf autonomi, hormon, dan mikrobiota usus. Usus kita mengandungi jutaan mikroorganisma, termasuk bakteria baik dan buruk, yang memainkan peranan penting dalam pencernaan, imuniti, dan juga fungsi otak. Apabila keseimbangan bakteria ini terganggu, ia boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan gejala seperti anxiety.
Bagaimana Usus Tidak Sihat Mempengaruhi Anxiety?
Keradangan Usus
Usus yang tidak sihat sering dikaitkan dengan keradangan kronik. Keradangan ini menghasilkan bahan kimia seperti sitokin (cytokines) yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi otak. Sitokin yang berlebihan boleh mencetuskan perasaan gelisah dan tekanan.
Kekurangan Mikrobiota Baik
Mikrobiota baik membantu menghasilkan bahan kimia penting seperti serotonin, yang dikenali sebagai “hormon gembira.” Menariknya, lebih daripada 90% serotonin badan dihasilkan dalam usus. Apabila bakteria baik tidak mencukupi, pengeluaran serotonin terganggu, yang boleh membawa kepada anxiety dan mood yang tidak stabil.
Stres Dan Usus
Stres kronik boleh melemahkan dinding usus, menyebabkan kebocoran usus (leaky gut). Apabila usus bocor, toksin boleh masuk ke dalam aliran darah dan mencetuskan tindak balas imun, yang seterusnya boleh mempengaruhi otak dan menyebabkan anxiety.
Hubungan dengan Sistem Saraf Enterik
Usus sering disebut sebagai “otak kedua” kerana ia mengandungi sistem saraf enterik yang berhubung langsung dengan otak melalui saraf vagus. Gangguan pada usus boleh mengganggu komunikasi ini, meningkatkan risiko anxiety dan kemurungan.
Ads
Gejala Usus Tidak Sihat
Perut kembung, sembelit, atau cirit-birit.
Alahan makanan atau intoleransi makanan.
Rasa letih berterusan tanpa sebab yang jelas.
Kerap sakit kepala atau migrain.
Mood swings atau perubahan emosi secara tiba-tiba.
Cara Meningkatkan Kesihatan Usus Untuk Mengurangkan Anxiety
Amalkan Pemakanan Probiotik dan Prebiotik
Probiotik (seperti yogurt, kimchi, dan tempe) membantu menambah bakteria baik dalam usus, manakala prebiotik (seperti pisang, bawang putih, dan asparagus) memberi makanan kepada bakteria baik.
Kurangkan Makanan Tidak Sihat
Elakkan makanan yang tinggi gula, makanan segera, dan makanan yang diproses kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria buruk dalam usus.
Ambil Serat yang Mencukupi
Serat membantu menjaga sistem pencernaan berfungsi dengan baik. Makanan seperti sayur-sayuran, bijirin penuh, dan buah-buahan kaya dengan serat.
Ads
Kawal Stres
Amalkan teknik relaksasi seperti yoga, meditasi, dan senaman ringan untuk mengurangkan kesan stres terhadap usus.
Dapatkan Tidur yang Cukup
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan mikrobiota usus. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti selama 7-9 jam setiap malam.
Kesihatan mental dan kesihatan usus adalah saling berkait rapat. Jika anda mengalami anxiety yang berpanjangan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai kesihatan usus anda.
Dengan menjaga usus melalui pemakanan yang sihat, pengurusan stres, dan gaya hidup seimbang, anda bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan fizikal tetapi juga mengurangkan risiko anxiety dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan. Ingatlah, usus yang sihat adalah asas kepada minda yang sihat!
Jerebu Bukan Alasan Kita Tak Aktif Bersenam, Menari Di Rumah Pun Dah Boleh Keluar Peluh
Keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita terpaksa menyekat aktiviti luar rumah. Semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 bagi mengelakkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan menyedut dan terdedah kepada udara berjerebu yang tercemar.
Kita perlu kekal aktif bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Namun dalam keadaan sekarang, aktiviti luar perlu dielakkan. Bagaimanapun ia bukanlah halangan untuk kita melakukan aktiviti riadah.
Berikut adalah tip bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu:
1. Kegiatan fizikal dan sukan di dalam bangunan boleh diteruskan seperti menghadiri gimnasium, sukan futsal, skuash dan badminton.
2. Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja dan di dalam mana-mana bangunan.
3. Mop lantai dan kemas rumah anda.
4. Menari di dalam rumah.
5. Berjalan sambil membeli belah di pusat membeli-belah atau sekadar ‘window shopping’.
Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu 2 liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal diluar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit, mereka disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50.
Berikut dikongsikan juga beberapa tip penting ketika musim jerebu:
1. Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Minum jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
3. Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
Jika sebelum ini penerima vaksin Sinovac berasa gusar dek kerana isu vaksin tersebut tidak diterima di beberapa negara termasuk Arab Saudi bagi yang ingin mengerjakan umrah dan haji.
Namun perkongsian terkini daripada Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di facebook cukup membuatkan ramai antara kita berasa lega dan bersyukur dengan berita gembira dikongsikan beliau, bila mana Arab Saudi telah menerima Sinovac bagi kemasukan ke sana untuk menunaikan haji dan umrah di masa akan datang.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang,” ujarnya.
“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan JKJAV utk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.
Photo by Mufid Majnun on Unsplash
Manakala meninjau berita yang dilaporkan di Harian Metro, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.
Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.
Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.
Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.
Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan.
Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.
Untuk ibu-ibu yang sibuk, pasti tak punya banyak masa di dapur kan. Selain memilih menu simple, buat stok frozen juga langkah terbaik. Bila nak guna baru keluarkan, jimat masa dan tenaga.
Begitupun, kenalah berhati-hati juga, terutama dalam memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan.
Jadi, ibu-ibu boleh ikut panduan dan tip yang telah dikongsikan oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim ini.
“Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak.
” Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Gambar sekadar hiasan
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Gambar sekadar hiasan
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
Gambar sekadar hiasan
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.