Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search, 64, tidak dapat menahan air mata apabila mendedahkan dia pernah mengalami ‘anxiety’ atau keresahan akibat dikecam teruk netizen ketika konflik bersama kumpulan Search, sebelum ini.
Memetik laporan Harian Metro, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64, masalah ‘anxiety’ yang dialami menjadi lebih teruk ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
“Perjalanan kerjaya muzik saya bermula awal tahun 1980-an dan ketika itu tidak banyak gosip seperti hari ini. Sekarang sebagai artis popular, jika kita tersilap bagi kenyataan ia akan mengundang kecaman di media sosial.
“Bila baca komen yang sangat negatif di media sosial, saya berasa lebih terluka. Takkan hasil kerja saya selama empat dekad dalam industri muzik dihina dan mendapat kecaman seperti itu ,” katanya.
Amy ditemui pada majlis pelancaran buku Senandika : Bercakap Seorang Diri, karya penulis, Maliah Surip, di sini.
Ads
Amy berkata, dia mula mengalami masalah bila berasakan tiada siapa memahami dirinya ketika dalam fasa naik dan turun dalam industri muzik sebelum ini.
“Saya juga tidak berkongsi dengan isteri masalah itu. Bila tidur malam saya memalingkan wajah dari isteri kerana tidak mahu dia melihat saya menangis,” katanya.
Bagaimanapun, Amy berkata, dia tidak pernah bertemu doktor untuk merawat masalah terbabit.
Ads
“Saya sendiri tidak tahu ada ‘anxiety’ kerana tidak pernah didiagnosis oleh doktor sebelum ini. Namun, saya tetap melawan perasaan resah dan bimbang itu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan.
“Ketika dalam perjalanan ke majlis pelancaran ini pun saya berasa seperti mahu menangis,” katanya.
Ditanya bagaimana dia mengatasi masalah itu, Amy berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen negatif daripada netizen di media sosial.
Ads
“Saya mengelak dari membaca komen negatif di media sosial sekarang untuk menjaga kesihatan mental,” katanya.
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Meskipun membeli pakaian untuk anak-anak secara dalam talian bolehlah dikatakan kita sebagai ibu ni pakar dalam membuat pilihan terbaik. Sama ada dari segi pilihan fesyen, material dan saiz yang bertepatan.
Namun bila bab membeli kasut sering kali tersalah saiz. Maklumlah anak-anak sedang membesar, saiz kasut pun berubah juga seiring dengan tumbesaran anak-anak. Itu yang kadang-kadang kecewa juga jadinya dan terus fobia untuk membuat pembelian.
Namun tahukah anda, sebenarnya kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli itu tak terlalu kecil atau terlalu besar untuk anak.
Jadi melalui perkongsian Zuk Zuhaiza yang juga merupakan penjual kasut online, berkongsi cara paling mudah dan tepat untuk mengukur kaki anak bolehlah dijadikan panduan dan rujukan.
CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH
1.Lukis kaki anak di atas kertas. Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.2.Ukur
Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?
Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!
Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.
Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.
Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak gunakan.
Cara Alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Ok mudah kan?
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.
Setelah kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri tempoh hari ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti.
Selain pergi ke hotel, bercuti konsep perkhemahan kini seakan trending. Ramai yang memilih percutian sebegini.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini yang bercuti cara berkhemah. Apa yang menarik dia berkongsi dua item yang kebanyakkan ramai beranggapan ia tidak penting sedangkan ia membantu memudahkan percutian konsep sebegini.
Inilah benda paling berbaloi aku pernah beli untuk anak-anak sejak mula aktiviti camping ni.
Time main disungai atau pantai tu ada je serpihan kaca, tunggul kayu, batu tajam dan macam-macam lagi benda merbahaya. Kira sama pentingnya kasut ni dengan life jacket.
Kita beriadah ni nak happy kan. Jadi walaupun aku sentiasa bawa First Aid Kit tu, kasut ni sangat-sangat membantu. Tenang hati mak-mak tengok anak-anak main air sambil barbecue.
Aku punya ada semua termasuk anak-anak. Murah je ni. Lebih 4 tahun pakai dah. Elok je walaupun murah.
Aku punya ada semua termasuk anak-anak. Murah je ni. Lebih 4 tahun pakai dah. Elok je walaupun murah.
Netizen juga berkongsi pengalaman yang sama tentang keselesaan kasut berkenaan.
Dalam pada itu, turut berkongsi pengalaman menggunakan portable outdoor shower yang memudahkan untuk membersihkan diri ketika berkhemah.
Benda alah ni sangat-sangat membantu terutamanya bila aku nak camping atau picnic tepi pantai atau sungai dengan anak-anak. Biasanya port cantik ni jauh dengan toilet kan. Gambar ni di Pantai Cermin, Port Dickson. Daytrip je.
Selalunya aku akan berhenti di mana-mana surau terdekat dengan port yang aku nak camping tu. Isi air penuh-penuh. Masuk RM5 dalam tabung surau tu sesiap. Senang nak membasuh, mandi atau basuh tangan. Di Shopi, korang taip je Camp Shower 20 Liter. Berlambak pesen yang keluar. Pilih je.
Dulu aku beli tak sampai pun RM6. Sekarang dah naik banyak kot. Dulu beli sampai 10 terus, sedekah siap-siap kat tempat yang takde toilet dekat. Buat ambil wudu’ dan membasuh.
Biasa aku pasang sampai 3 sekali. Buat basuh tangan, mandi dan stanby satu extra. Senang weh mak-mak buat kerja.
Beli sini, https://invol.co/cl6mx65 pakai voucher dari kedai shopi tu untuk dapatkan rege murah. Follow Faizal Yamin siap² ya, aku suka berkongsi tips membeli benda mahal dengan rege murah kat wall aku.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.