Tidak dinafikan, penangan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020 banyak mengubah kehidupan ramai. Ada yang dulu menjalani hidup penuh kemewahan, bertukar sederhana, ada yang bertukar bidang kerja semata untuk survive selepas dibuang dari syarikat dan ada juga yang membuat pelbagai aktiviti di laman sosial untuk membina nama dan seterusnya menjadikan sebagai platfrom rezeki.
Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pemuda, Marham Mohd Yusof yang memilih untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu buat selama-lamanya. Walaupun sudah menetap di Kuala Lumpur selama 12 tahun, namun keputusannya itu ternyata tepat.
Senang di sapa sebagai Mar, dia memilih untuk hidup dalam keadaan penuh sederhana bersama ibunya, Asia Ngah, yang kini berusia 77 tahun.
Semenjak itu, bermulalah kehidupannya sebagai seorang youtuber. Ramai yang menggemari content yang dipaparkan kerana berkonsepkan tradisional dan desa. Malah penampilan ibunya juga dilihat sebagai pelengkap pengisian videonya itu.
Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi sebagai content creator, pemuda ini tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya.
“Sudah tentu saya berdepan cabaran pada awalnya. Saya minta dengan Allah setiap hari. Saya juga buat satu teks doa, saya selit dalam kitab mak. Saya minta mak baca setiap hari lepas solat.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan banyak impian saya. Video-video saya diterima ramai. Saya juga menerima tawaran untuk kolaborasi termasuklah dengan jenama antarabangsa seperti McDonald’s dan Yakult,” ujarnya.
Tidak hanya fokus di YouTube, Mar juga bijak mencuri peluang dengan meneroka platform baharu sehingga dia meraih lebih setengah juta pengikut di TikTok.
Ads
Selain populariti serta tawaran kerjasama daripada pelbagai jenama, Mar berkata dia sangat terharu apabila diberi peluang untuk mengikuti misi kemanusiaan di Syria bersama agensi bukan kerajaan (NGO) MyFundAction pada awal tahun ini.
“Saya dah lama simpan hasrat nak pergi misi kemanusiaan. Terdetik di hati, Alhamdulillah Allah makbulkan. MyFundAction ajak saya untuk terlibat pergi ke sana bersama pasukan mereka. Di sana, kami salurkan bantuan dan turut memasak gotong-royong untuk golongan asnaf.
“Ketika di sana, saya sedari bahawa kita di Malaysia merupakan tanah limpahan makanan. Manakala rakyat di sana makan ubi kentang rebus je. Mereka susah nak jumpa sumber protein. Ikan dianggap sebagai makanan mewah. Di sana saya dapat belajar erti syukur dan belajar hargai tanah air sendiri.
“Walaupun saya duduk rumah kampung je di Terengganu, tapi masih selesa. Mereka lagi daif. Paling sedih, sejurus saya balik Malaysia, banyak tempat di sana runtuh akibat gempa bumi. Bila ingat balik, saya agak terkesan dengan kejadian itu,” ujarnya lagi.
Ads
Mengenai sambutan raya kali ini, Mar berkata dia sedang merancang untuk menganjurkan majlis rumah terbuka untuk kenalan, sanak-saudara dan para pelanggannya.
“Raya macam biasa, ringkas je kami sekeluarga. Cuma tahun ini lebih istimewa sebab saya nak buat open house yang lebih besar berbanding tahun lalu.
“Tahun ni nak jemput semua keluarga belah ayah, mak, kawan sekolah serta client. Saya rancang untuk buat outdoor. Mungkin di perkarangan rumah atau di pantai.
“Apa-apapun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat. Bergembiralah di hari raya, enjoy dan luangkan masa dengan keluarga dan kawan. Jangan ada rasa sedih.
Ads
Mar turut menzahirkan harapan agar video-video masakan tradisional serta kehidupan kampung bersama ibunya akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan membuka mata ramai bangsa lain untuk mengenali keaslian khazanah budaya kita.
Setiap orang ada cara sendiri untuk ‘me time’ Bukan hanya wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan. lebih-lebih lagi yang sibuk dengan kerjaya. Jadi, masa untuk diri sendiri itu perlu untuk sekurang-kurangnya ‘reward’ diri selepas berpenat lelah sepanjang masa.
Namun, cara setiap orang berbeza-beza. Ada yang memilih keluar bersama kawan-kawan, tak kurang yang memilih untuk bersendiri. Tetapi cara yang dipraktikkan oleh aktor kacak Norman Hakim ini cukup unik dan cukup menyentuh hati.
Apa tidaknya, dia memilih untuk pulang ke kampung menemui ibu dan ayahnya setipa minggu untuk melawat dan mendengar luahan kedua orang tuanya.
Cara tersebut dimuat naik oleh suami kesayangan Memey Suhaiza dalam satu perkongsian di laman instagramnya.
Salam sayang dari ‘sarang’❤️ Minggu ni alhamdulillah dpt tido 1 malam kat rumah mak.Selalu ‘me time’ Jumaat,balik hari je.Minggu ni Allah bagi izin Jumaat & Sabtu
Tiap kali balik kalau dpt peluang tido,ni la the best ‘port’ tido.Dari zaman sekolah menengah mmg tido kat sini je.Bantal & selimut pun still dari zaman sekolah punya
Alhamdulillah isteri,anak2 dah faham sgt,dlm seminggu mmg saya perlukan 1 hari ‘me time’.Pilihan banyak utk pergi mana2,tapi decision terbaik adalah balik ke ‘sarang’,paling utama dpt ziarah ayah mak sambil dgr luahan rasa diorang yg terkumpul selama seminggu ‘me time’ ni jugak umpama utk discharged & recharge balik energy.Balik KL nanti tu yg mcm2 idea nak buat utk diri,keluarga & bisnes.
Korang punya ‘me time’ mcmana pulak? Btw tq mak @kamariah.kamat for the pic.Fuhhh mak dah terer ambik gambar la😅👏🏻👏🏻👏🏻❤️
Pasangan ini sentiasa menjadi sumber inspirasi pada orang baik. Baik dalam mendidik anak mahupun dalam hubungan suami isteri. Walaupun sibuk dengan kerja, namun Johan Raja Lawak memang cukup mementingkan keluarga.
Penat macam mana sekali pun anak-anak dan isteri adalah keutamaan. Malah, dia juga tidak kisah dan cukup ringan tulang membantu isterinya Ozlynn menjaga anak dan juga mencuci pakaian.
Terbaru, Ozlynn memuat naik status di laman instagramnya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh suami dan anak-anaknya.
Rupa-rupanya Johan telah menyediakan satu bilik khas untuk bermain game, khusus buat mereka sekeluarga.
Baby tdo… yg lain?? Mekak x sudah.. xpe..kita bg peluang sb dlm masa yg sama kita juga ada peluang utk shopping online... masa nih la ko mintak apa pon dpt.
Rata-rata pengikut laman sosial mereka mengagumi pasangan ini kerana memiliki bilik khas untuk bermain game. Seronok la anak-anak Johan kan, tak payah nak keluar rumah. Boleh saja bermain game di rumah. Untung betul. Pandai Johan ambil hati isteri dan anak-anaknya.
Sumber: IG jozlynnhanania
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wajah penuh keibuan ini nyata sangat mesra dengan siapa sahaja biar pertama kali bersua muka.
Penulis menelusuri isi hati insan bernama Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali mengenai kehidupannya yang pernah bergelar Wanita Pertama ke-4 apabila suami kesayangannya, Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.
Dan kini sekali lagi, beliau menyandang gelaran tersebut bila mana suami kesayangannya sekali lagi dilantik sebagai orang nombor satu negara sekali gus bergelar PM ke-7.
Jujur mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri perdana menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandangnya banyak membantunya.
“Cabaran sentiasa ada tetapi tidak banyak sebab saya sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat. Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak langsung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara tidak langsung menjaga nama baik suami. Jika kita buat sesuatu nanti orang akan menyebut itulah isteri kepada orang itu ini. Gambaran sebegini sudah menjadi perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat.
Risiko tidak diterima oleh masyarakat memang buruk terutama bagi isteri kepada pemimpin. Alhamdulillah sepanjang suami saya menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh menjejaskan suami. Baik ketika suami bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu Negara.
“Bukan kerana saya sudah siapkan diri untuk itu tetapi jawatan doktor yang saya sandang itu banyak membantu. Masyarakat sangat hormat pada doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya, bagaimana kita berusaha dengan masyarakat dengan berhubung rapat dengan mereka. Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru, sebagai doktor sudah bersiap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status isteri yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,”ulas Tun Hasmah sambil memberitahu tanggungjawab isteri pemimpin kena sentiasa berada di belakang suami dan memberi sokongan sepenuhnya dalam apa jua yang dilakukan kerana itulah tugas utama seorang isteri.
Sentiasa di belakang suami
Jujur mengakui bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri pemimpin, namun berkat sokongan suami dan keluarga, beliau berjaya mengharunginya.
“Bergelar isteri pemimpin dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai doktor, bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, saya perlu berhadapan dengan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Bagaimana cara kita yakinkan untuk membantu mengubati penyakit mereka itu yang penting. Alhamdulillah, saya melalui perjalanan sebagai doktor dan isteri pemimpin negara dengan baik.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah. Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang memang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh orang anak iaitu Marina , Mirzan, Melinda, Mokhzani , Mukhriz , Mazhar dan Maizura. Yang sulung, Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langkah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut. Yang ketiga, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Dia sangat low profile.
“Yang keempat, Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri minyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya. Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita sendiri.
“Cuma, sekarang ini memandangkan yang lain ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, tinggal yang bongsu lebih rapat memandangkan dia masih bujang dan kebetulan tinggal bersama kami. Sebagai ibu saya sentiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga.
Saya ada tiga anak lelaki dan masing-masing ada karenah tersendiri. Kalau ikutkan anak yang paling nakal Mokhzani waktu kecil dahulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat melayan andai ada tetamu datang ke rumah. Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan dipanggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” jelas Tun sambil memberitahu, dia tidak mengamalkan pilih kasih terhadap anak-anak sebaliknya bersedia bila-bila masa untuk mereka datang bercerita masalah atau sebagainya.
Kena banyak sabar
Status dan pangkat yang disandang bagaimana pun bukanlah tiket untuk anak-anaknya bermewah dan hidup seperti di dalam sangkar emas. Sebaliknya, Tun menegaskan kepada anak-anak supaya kena usaha sendiri jika mahukan sesuatu.
“Apa jua kemudahan tidak akan datang bergolek jika tidak berusaha. Ini nilai-nilai mulia yang harus diajar pada anak-anak. Yang utama, hormat kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua, kerja keras manakala yang ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu uruskan wang ringgit dengan bijak.
“Selain itu kena juga praktik kan dalam diri anak-anak amal bakti dan kebajikan supaya dalam diri terbit rasa kesedaran dan keinsafan selain bersyukur dengan apa yang kita peroleh dan lagi satu kena banyak bersabar.
“Saya berkahwin lambat. Waktu itu, umur 29 tahun tu kira lambat tetapi Alhamdulillah kami dikurniakan anak dan dapat membesarkan mereka dengan baik. Lebih membahagiakan apabila dikurniakan anak-anak yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Saya dan suami sudah sepakat, apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, kami akan hadir di konvokesyen mereka dan itu kami praktik kan pada semua anak-anak.
“Zaman dulu tidak sama seperti sekarang. Dulu waktu anak-anak tengah periksa, saya tidak terbang kerana ingin berada bersama mereka supaya mereka tidak risau. Seperti menantu-menantu lakukan kini bagi anak-anak mereka.
“Kalau nak dibandingkan ibu dahulu dengan kini jauh bezanya. Saya faham situasi ibu sekarang kerana era sudah bertukar, kalau zaman saya dulu tiada internet, sosial media dan sebagainya. Anak-anak dulu tekun dengan apa yang ibu cakap. Malah minat mereka juga simple tetapi sekarang sudah bertukar ditambah pula kini zaman informasi. Tidak perlu penat mencari, segalanya boleh diperoleh hanya di hujung jari sahaja. Ibu bapa sekarang profesional dan masa untuk anak-anak terbatas
“Tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kita. Walaupun sibuk wajib ambil berat pada anak-anak. Tiada alasan sibuk dengan kerja jika sayangkan masa depan anak-anak. Sungguhpun sekarang zaman informasi, elakkan membiarkan anak-anak terperuk atau terkurung dalam bilik dan melayani komputer.
“Kalau nak tengok televisyen kena di ruang tamu atau bilik keluarga. Ini bagi mengelakkan anak-anak bersendirian di dalam bilik tanpa bergaul dengan ahli keluarga yang lain,” cerita Tun lagi sambil mengakui momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang yang diceburi.
Suka muzik
Seperti mana wanita biasa lain, beliau juga mempunyai minat tersendiri terutama dalam bidang muzik selain suka membaca, menulis dan menonton.
“Kalau dulu saya suka bermain piano dan sebagainya. Saya suka muzik dan kebetulan dalam keluarga ada yang berdarah muzik. Sebab itu saya jatuh cinta dengan bidang ini. Kadangkala waktu reunion keluarga, kami akan berkumpul dan waktu masing-masing akan tunjukkan kebolehan masing-masing. Tetapi sekarang mata saya sudah tidak nampak jadi kuranglah nak main piano dah tak nampak ‘taugeh’ di kertas,” seloroh Tun lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.