Tular video anak usahawan kontroversi Kak KM yang baru berusia dua hari telah dikatakan mempunyai gigi.
Bayi berkenaan juga merupakan cucu kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri. Kak Kam atau nama sebenarnya Nor Liana Rosli meluahkan rasa syukur dengan anugerah itu yang dikatakan membawa tuah.
Memilih nama Cinta Carissa untuk bayi barunya yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg. D
Dalam pada itu, seorang doktor gigi, Azila Mohd Kasim menerusi facebooknya mengulas mengenai pertumbuhan gigi bagi bayi baru lahir secara saintifik untuk memberi kefahaman kepada warganet mengenainya.
Ilmu pergigian yang ibu bapa harus tahu. Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Gigi natal
Erupsi (tumbuh) gigi susu biasanya berlaku semasa bayi berusia 6 bulan.
Walaupun demikian, gigi susu boleh tumbuh lebih awal dan keadaan ini berlaku sekitar 1:2000 bayi baru lahir.
Pertumbuhan gigi yang awal digelar Gigi Natal jika gigi tersebut ada semasa bayi dilahirkan. atau sebagai Gigi Neonatal sekiranya gigi susu muncul pada lingkungan umur satu bulan.
Gigi yang awal tumbuh seringkali longgar disebabkan perkembangan akar yang terbatas.
Ianya mempunyai risiko tertelan atau teraspirasi sekiranya gigi tersebut tertanggal secara spontan.
Gigi yang longgar membahayakan jika tertanggal dan termasuk dalam saluran pernafasan bayi.
Masalah lain adalah seperti ketidakselesaan semasa menghisap susu ibu, kerana boleh menyebabkan ulser pada lidah bayi dan payudara ibu.
Oleh demikian, gigi susu yang awal tumbuh dan longgar seharusnya diperiksa oleh doktor gigi dan disarankan gigi tersebut dicabut oleh doktor gigi.
Dalam keadaan yang lain, gigi yang awal tumbuh boleh mengakibatkan lidah mengalami ulser (laserasi) kerana pergerakan lidah semasa penyusuan.
Ulser ini boleh kelihatan sebagai lekuk dan berdarah disebabkan pergeseran lidah pada bahagian gigi yang tajam. Keadaan ini digelar sebagai “Riga-Fede” dan ianya lebih kerap dikalangan bayi yang mempunyai “tongue-tie”
Ibubapa harus membawa bayi anda berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan. Gigi susu yang tidak goyang tidak perlu dicabut, tetapi doktor gigi boleh melicinkannya supaya geseran pada lidah dapat dikurangkan dan secara berunsur ulser di lidah boleh sembuh sepenuhnya.
Kebiasaannya gigi-gigi ini belum terbentuk sepenuhnya lalu menyebabkan ia longgar serta mudah tertanggal semasa menyusu.
Apakah yang menyebabkan gigi natal dan neonatal?
Natal dan neonatal adalah kebiasaannya sebahagian dari kegigian susu yang normal. Ini bermakna apabila ianya di cabut awal, tiada lah lagi gigi pengganti sehingga gigi kekal tumbuh pada usia 6-7 tahun.
Penyebab sebenar gigi natal dan neonatal ini tumbuh awal, masih belum diketahui. Ia mungkin disebabkan oleh kedudukan benih gigi ini yang tidak normal semasa bayi didalam kandungan.
Faktor lain mungkin adalah jangkitan, malnutrisi, demam yang berpanjangan, rangsangan hormon dan faktor baka.
Rawatan
Cabutan awal adalah disarankan, jika gigi ini didapati sangat longgar kerana gigi ini boleh tertanggal dan mengancam saluran pernafasan. Jika gigi ini kuat di dalam mulut, ia boleh di biarkan sahaja.
Kalau ada yang kata gigi ni pembawa tuah, itu hanya MITOS sahaja.
Amalan mengambil halia sama ada dibuat air rebusan atau dimakan bertujuan untuk menghilangkan angin dalam badan sudah lama diamalkan. Ia menjadi antara petua kesihatan yang paling mudah dan mujarab.
Pun begitu, walau ramai tahu manfaat halia namun tidak dinafikan ada antaranya tidak suka untuk mengamalkannya. Apatah lagi halia mempunyai rasa ‘pedas’ dan baunya yang tersendiri. Tambah-tambah lagi bagi ibu selepas melahirkan, untuk amalkan pengambilan halia dalam tempoh berpantang terasa tidak sanggup rasanya.
Namun berbeza jika anda buat serunding halia. Siapa yang pernah merasai keenakan rasa serunding halia pasti tahu keenakan rasanya. Bahkan ramai juga yang menjadikan menu ini stok di rumah untuk dimakan pada bila-bila masa. Serunding Halia ini bukan sahaja menu sihat malah memang sedap dan mampu membuka selera walau hanya sekadar dimakan bersama nasi panas sahaja.
Jika anda ingin mencubanya, apa kata anda buat sendiri sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Azizah Salleh yang juga merupakan opah kepada 9 cucu. Menurutnya, setiap kali anak-anaknya berpantang pasti menu ini disediakan olehnya.
“Dua orang anak bersalin (dua2 bulan April) sempat balik berpantang di Ipoh). Seronok jaga anak dan cucu. Ketika saya menulis pos ini kedua2 nya dah balik dan mula kerja. Dua minggu lepas, anak sulong pula melahirkan. Memang tak boleh balik Ipoh sebab PKP. Harap suami dan adiknya (tinggal berdekatan) yang bantu.
“Malam semalam sempat saya buatkan serunding halia untuknya dan pagi tadi suami dah pos kepada anak kami. Sedihnya… nak bantu tak boleh, nak tengok cucu baru pun tak boleh.
“Syukur sangat kerana dikurniakan cucu yang ke-9. Tahun ni saya terima 3 orang cucu yang lahir bulan April dan Jun. 2019 dulu saya dapat 4 cucu sekali gus (Mei, Jun, Ogos dan September. Itulah bahagianya seorang opah dan tukwan.
“Serunding Halia untuk anak dalam pantang. Saya share resepi untuk ibu-ibu muda yang berpantang sendirian”
SERUNDING HALIA
Bahan-bahan:
1 kg halia – dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk
Lada hitam – sangai dan blender – ambik dalam 2 sudu sahaja
3 labu bawang putih –buang kulit dan hiris agak nipis (jangan terlalu nipis).
Goreng garing, sejukkan
300 gm ikan bilis – Goreng garing dan sejukkan. Setelah sejuk – blender kasar (guna blender kering)
Cara buat : Masukkan semua bahan dalam mangkuk, masukkan 2 sudu kecil garam. Gaul sebati. Siap
Ekstra Tip:
-Semasa menggoreng halia, pastikan guna minyak yang banyak seperti menggoreng pisang.
-Saya masukkan juga garam sebab ikan bilis bila basuh 2-3 kali dah hilang masinnya. Lagipun guna ikan bilis mata biru memang tak masin.
-Garam tu letak semasa kita gaul semua bahan halia, bawang putih, ikan bilis dan lada hitam
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran rentas negeri, dilihat pihak berkuasa kini semakin mengetatkan syarat dan hanya memberi kelulusan pelepasan bagi urusan yang mendesak seperti kematian, kecemasan serta pasangan PJJ.
Pun begitu, ramai akui walau ada dokumen-dokumen sokongan dilampirkan bagi membuktikan adanya hal kecemasan, namun ada juga yang sukar mendapatkan pelepasan rentas negeri.
Ini sebagaimana pengalaman yang dilalui sendiri oleh seorang anak yang dikenali sebagai Aida Najwa, berkongsi ceritanya yang pernah cuba memohon kebenaran rentas negeri atas alasan abah di kampung tidak sihat dan abah meminta untuk dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dialisis. Namun permohonan ditolak hingga perginya abah ke negeri abadi tanpa sempat untuk dia bersua muka.
Sungguh, saat membaca perkongsian luahan hati Aida Najwa ini cukup menyentuh perasaan. Ada yang sedih, pilu dan tidak kurang juga ada yang marah dan terkilan. Bermacam-macam perasaan dirasai oleh warganet.
Untuk itu, bersama kita sedekahkan alfatihah untuk abah Aida Najwa, almarhum Nasir Nordin semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Ini dia perkongsian penuh dari Aida Najwa.
16 Ramadhan 1442H
اِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya.
Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.
Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.
Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’
Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’
Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.
Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?’
Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.
Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.
Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.
Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’.
Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan..
Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.
Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.
Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.
Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia…
Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.
Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.
Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.
Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.
Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah.
Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah.
Nasir bin Nordin
28-06-1969
28-04-2021
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.