Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita ‘kembalinya’ serangan virus polio setelah puluhan tahun negara kita diisytiharkan bebas virus tersebut.
Tersebarnya berita ini, ramai ibu bapa bimbang, gusar dan takut tentangnya.
Menjelaskan lagi hal ini, ayuh kita hadam perkongsian doktor ini.
Berkenaan isu penyakit Polio yang telah muncul kembali di Malaysia tu, ia boleh menyebabkan kelumpuhan otot, termasuk otot pernafasan. Ia boleh menyebabkan kecacatan kekal serta kematian.
.
Jika anak kalian dah berumur 5 bulan ke atas dan ambil imunisasi seperti dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan(NIP), maka tak usah risau. Anak kalian dah terlindung, kerana telah menerima vaksin IPV iaitu pelalian terhadap penyakit polio.
Siapa yang perlu risau?
Anak-anak yang belum atau tidak menerima lagi IPV, serta individu yang mempunyai imuniti yang rendah (pesakit kanser, penghidap penyakit kronik, dsb)
Ads
Bagaimana nak kurangkan risiko jangkitan polio pada golongan ini?
Risiko dapat dikurangkan dengan memastikan semua individu yang tidak mempunyai apa-apa halangan kesihatan, untuk mengambil vaksin IPV. Lebih ramai ambil, lebih rendah risiko penularan polio.
Jika ada antara kalian yang tiada halangan, tetapi terlepas daripada mengambil pelalian terhadap polio ni, maka boleh ambil segera. Diingatkan, polio boleh menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
Ads
Doktor, tapi kan kes polio terkini tu di sebabkan “vaccine-derived-polio-virus”. Maknanya virus tu datang dari vaksin polio, kan?
Ya, benar. Namun, perlu difahami 3 perkara ini:
1. Perkara seperti ini hanya akan terjadi jika liputan vaksinasi adalah rendah (<95%). Mudah kata, jika ramai yang tak ambil vaksin polio.
Ads
2. Mereka yang ambil pelalian terhadap polio, terlindung daripada jangkitan. Mereka yang tak ada pelalian yang mudah diserang polio.
3. Virus dari vaksin yang menyebabkan jangkitan ini berasal dari vaksin OPV(oral polio vaccine). Malaysia dah tak guna OPV. Kita dah lama beralih ke IPV.
Pendek kata, jika seseorang individu ambil IPV, InsyaAllah individu terlindung dari polio, dan rendah risiko menyebarkan ia kepada orang lain.
Semoga kita semua dapat jalankan tugas masing-masing dalam membasmi semula penyakit polio ini dari Malaysia.
Umum sedia maklum minggu lepas pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memberitahu tentang kepulangan abang sulungnya ke negara abadi di laman Instagram miliknya.
Disebabkan ramai yang tertanya-tanya tentang punca pemergian abang kesayangannya itu, Uyaina memilih untuk bercerita hal tersebut di live Instagramnya iaitu Major Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat jantung tersumbat, collapse ketika melakukan aktiviti berbasikal.
Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani permeriksaan kesihatan berkala.
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat. Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat. kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.
“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.
Uyaina turut membaca beberapa fakta tentang serangan jantung dalam satu artikel dan salah satu puncanya adalah disebabkan daripada keturunan sejarah keluarga seperti yang dialami oleh keluarganya.
Dalam pada itu, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat. Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.
“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan. Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.
Vitamin C sememangnya bagus untuk kulit dan tubuh kita namun jika diambil berlebihan akan memudaratkan tubuh.
Malah jika diambil terlalu berlebihan akan membebankan buah pinggang dan hati kita. Hal ini dikongsikan oleh Dr Erna Nadia. Ikuti perkongsian beliau.
‘Dr, isteri saya alami pendarahan teruk sejak mengandung. Dah dua kali mengandung, yang first pun macam ni juga, last last tak jadi.’
Siasat punya siasat, memang isteri dia ada pelbagai masalah kesihatan sejak kahwin. Masa bujang, isteri dia selalu cucuk vitamin C dan makan ubat kurus serta beberapa supplement.
Alasan yang super cliche; sebab nak putih, kurus dan lawa. Isterinya stop selepas hamil pertama kali di mana banyak komplikasi berlaku dan kandungan tersebut gagal.
Setelah 3 tahun mencuba, kali ini berjaya hamil semula dan tetap ada pendarahan. MashaAllah. Semoga kandungan kali ini berjaya dan dipermudahkan.
Inilah sebab kenapa saya dan doktor doktor lain selalu cakap akan bahayanya produk cucuk cucuk vitamin C la, ubat kurus la, supplement cantik la, jamu yada yada yada.
Penat dah saya kena maki dengan founder dan agent mereka. Tak apa, saya terima dan Alhamdulillah atas cacian.
Saya nak cakap yang sayangilah badan dan organ badan anda. Vitamin C ini adalah nama lain dia adalah asid askorbik; sejenis nutrient yang larut dalam air.
Dos yang diperlukan sehari oleh orang dewasa adalah 90-100mg sahaja sehari dan untuk wanita mengandung 100-120mg sahaja sehari. Jika terlebih, ianya membebankan buah pinggang dN hati kita sahaja.
Banyak kes batu karang berlaku disebabkan oleh terlebih ambil vitamin C. Rawatan cucuk vitamin C ini memang ada penyakit yang perlukan ia contohnya macam penyakit Skurvi di mana seseorang memang ada masalah malnutrisi yang teruk.
Apa berlaku jika terlebih ambil atau salah cara ambil?
1. Buah pinggang akan rosak teruk Penyerapan zat besi yang terlampau banyak akan membebankan buah pinggang dan merosakkan fungsinya. Bila dah rosak, banyak masalah lain akan timbul sama, seperti batu karang, buah pinggang bocor dan akhirnya perlu cuci buah pinggang.
2. Darah tinggi Kerosakan buah pinggang juga boleh menyebabkan berlaku darah tinggi. Tekanan darah yang tidak dapat dikawal dengan baik oleh organ organ dalam badan.
3. Masalah kulit Masalah ini akan berlaku di kemudian hari dimana kulit menjadi merah, terbakar, hyperpigmentasi ( jeragat contohnya) dan paling bimbang adalah meninggikan risiko mendapat kanser kulit.
4. Masalah darah/hemolisis Vitamin C yang terlebih juga akan menganggu fungsi hati di mana hati tidak dapat lagi mengawal proses penghasilan dan penyingkiran darah dengan baik.
Hemolisis adalah keadaan di mana sel darah merah dimusnahkan walaupun belum matang. Ini berbahaya terutama pada pesakit G6PD.
5. Masalah radang perut/usus Kerana asid yang tinggi, dinding perut dan usus boleh terhakis sedikit demi sedikit. Belum lagi cerita bab ubat kurus yang kebanyakkan ingredients dalamnya adalah laxative.
Laxative inilah yang akan membuatkan seseorang itu asyik membuang air besar sahaja yang mana lama lama kelamaan organ dalaman menjadi kering dan rosak.
Dah banyak kes kematian akibat pengambilan ubat kurus ni. Sedih sangat bila tengok keadaan pesakit bila datang klinik/hospital.
Nak taknak mereka perlu menanggung semua kesan sampingan dan akibat daripada pengambilan produk produk itu semua.
Doktor marah? Lebih kepada kecewa. Siapalah kami untuk berkata lebih. Hanya boleh menasihati sahaja.
Jika mahu kurus atau turun berat badan: * Kawal makan dengan baik, bukan tak makan tapi kawal portions makanan dan jaga waktu makan. * Jangan biar perut kosong. * Bersenamlah setiap hari. * Tukar semua air manis ke air kosong. * Dapatkan tidur yang berkualiti.
Tiada nasihat untuk putih sebab Allah jadikan semua orang berbeza beza; sesuai dan elok dengan fitrah kita dah.
Jaga diri dan kesihatan baik baik sebab nyawa, kesihatan dan organ badan ni Allah bagi pinjam sekali sahaja🤙🏻
Dr. Erna Nadia Dari kita membeli yang bukan bukan, baik beli makanan segar.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.