Menikmati jagung rebus panas ketika musim hujan begini bersama keluarga memang puas hati.
Di sini dikongsikan tip-tip untuk dapatkan rebusan jangung yang terbaik. Jom semak.
TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:
Ads
* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.
Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
* Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
* Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
Ads
* Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
* Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
* Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Ads
cp dlm group wassap
sumber : Norazlinda via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan tidak lengkap kiranya jika tidak digorengkan kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah terhanguskerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Cara Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Menikmati keenakan rasa coconut shake dengan rasa yang cukup lemak manis dan berkrim tiada siapa mampu menolaknya. Lebih-lebih lagi jika cuaca panas, andai dapat dihirup alangkah puas rasa di hati.
Pun begitu selain minuman coconut shake ini yang menjadi kegemaran ramai, jika dijadikan aiskrim tidak kurang hebatnya. Jika anda ingin mencubanya untuk dinikmati bersama keluarga tercinta, apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norhafiza ini.
Membuatnya juga tidak susah dan untuk itu, jom teliti cara membuatnya dan bahan-bahan yang digunakannya.
“Aiskrim malaysia perisa coconut shake gitu haaa nama dia… Saya sertakan resepinya di bawah..” –Norhafiza
Bahan2 yang diperlukan :-
– air kelapa serta isinya
– air kosong
– susu cair 1 tin
– susu pekat 1 tin
– gula ikut kesesuaian
– secubit garam
– ovalette 2sb
– tepung jagung sesenduk bancuh dan tapis
Cara buat :
2.Isi tadi kita blendkan dia.. jangan terlalu hancur.. bila tergigit isi baru rasa…walllaaaaaa gitu.
3. Campurkan air kelapa,air,susu cair,susu pekat,garam,gula..gaul dulu.. kemudian ambil sedikit campuran air ni blendkan dengan ovalette.. lupa pulak nak snap gmbar yg cantik gebu lepas blend..masak atas api..pastikan periuk yang you all gunakan suci murni dari segala bau.. kalau guna periuk kuah laksa..kau rasakan sendiri coconut laksa . Masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kacau selalu untuk elak hangit.
4.Sejukkan bolehlah dipacking ikot kerajinan anda.. kalau nak lagi gebu sejukkan dulu dalam peti kemudian keluarkan..mixer sampai gebu gebas.
Ekstra info :
Sukatan tak payah risau agak2 je masak lepastu rasa..xcukop manis tambah gula.. nak buat ais kenalah manis..kalau manis2 buah nanti bila dah beku jadi tawar..
Mengenang beberapa jenis kek yang biasa ibu kita masak, selain kek pandan dan kek belang tidak dinafikan kek marble juga menjadi antara pilihan kek yang digemari ramai pada zaman dulu. Walau dimasak dengan menggunakan bahan-bahan yang asas, namun keaslian dan keenakan rasanya tetap tiada tandingan.
Bercerita tentang kek marble ini juga, melalui satu perkongsian dari seorang lelaki yang juga merupakan ayah kepada dua orang anak ini, siapa sangka sewaktu kecilnya dahulu menggemari rasa kek marble dan kini dia sendiri boleh sediakan dan berkongsi resipi di laman sosial.
Untuk yang ingin mencuba membuat kek ringkas ini, jom semak resipi yang dikongsikanya ini.
Dahulu waktu kecil, emak selalu membeli kek Marble yang dijual oleh seorang pak cik di pasar. Kek Marble yang sederhana kecil untuk dimakan waktu Hari Raya. Itulah kek Marble yang paling sedap aku makan.
Mungkin menikmatinya kala kita tidak ada banyak pengalaman makan kek pelbagai rasa. Mungkin kerana kek itu dibungkus dengan kenangan zaman anak kecil. Jadi, kita akan bias terhadapnya. Segalanya mungkin. Namun , tetap kek Marble yang sedap rasanya.
Tak sangka sekarang aku boleh buat kek Marble sendiri yang aku rasa antara yang sedap. Jadi, apa yang membuatkan kek Marble itu sedap?
Bagi aku, kek itu tak begitu ‘crumbly’. Padat tetapi gebu pada masa yang sama. Ini bermakna proses ‘aeration’ berjaya dilakukan dengan sempurna. Dan, lembut ‘moist’ tidak terlalu manis. Tidak terhidu bau telur ada bau vanilla yang wangi serta rasa coklat yang sedikit pahit.
Inilah resipi kek Marble yang diadaptasi dan ubah suai sendiri.
1. Panaskan ketuhar setinggi suhu 170 darjah selsius.15 minit sebelum bakar.
2. Sapukan marjerin pada loyang. Adunan ini dapat hasilkan kek sederhana kecil sahaja . Saiz 6 inci bulat atau petak sesuai. (Aku gunakan loyang petak 8x3x3)
3. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Guna tepung halus (superfine). Kenapa perlu ayak? Tepung biasanya akan ‘terkumpul’ tidak berserak jadi jika tidak ayak akan menjadikan kek itu kematu, keras dan tidak gebu.
4. Potongkan mentega potongan kecil secara kiub (besar sikit daripada kiub ayam) memudahkan mixing nanti.
5. Putar bersama gula tadi selama lebih kurang 4 – 5 minit. Proses ‘creaming’ ini bertujuan melarutkan gula betul-betul. Dan, memasukkan udara (aeration process) dalam mentega dan gula. Proses ini akan menunjukkan adunan menjadi kembang, ringan dan lebih putih. Jangan ‘overbeat’ . Terlebih pukul akan menyebabkan terpisah lemak dan gula semula.
6. Masukkan telur satu demi satu (telur dikeluarkan awal daripada peti sejuk sekurang-kurang 15 minit untuk elakkan split batter). Masuk satu telur putar kemudian masuk sedikit tepung. Sesudu kecil untuk satukan semula dengan adunan. Masa ini mesin mixing jangan laju sangat. Tukar power kepada sederhana berbanding masa putar mentega gula tadi.(boleh laju selama 4-5 minit)
7. Sudah lengkap masuk semua telur tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Saya masukkan sesudu demi sesudu. Bukan sekali harung. Kenapa? Sekali lagi, untuk tidak cacatkan proses aeration tadi. Dah elok kembangkan telur dan mentega tetapi kita masukkan tepung sekaligus. It is a big no. Bubuh sesudu demi sesudu menghasilkan batter yang baik.
Ni aku belajar daripada siri Brittish Bake Off oleh chef terkena Chef Mary.
8. Dah habis semua tepung masuk , kacau tepi bawah hujung mangkuk supaya sekata.
9. Bahagikan adunan kepada dua adunan (dua mangkuk berbeza) Perlukan timbang elektronik kalau mahu buat kek ni. Bukan main agak-agak.
10. Untuk bahagian coklat adunan itu asing 1/4 sahaja. Mengapa? Coklat gelap sebanyak 50 gram itu kita telah cairkan dahulu (cara steam bath/microwave 1 minit) kita masukkan dalam adunan tadi. Dan, kacau. memandangkan kita sudah tambah coklat adunan itu akan bertambah amaunnya. Jadi, dua adunan menjadi sama.
11. Gunakan dua sudu/senduk (aku gunakan ice cream scope- boleh beli di MR.DIY, murah sahaja) untuk masukkan ke dalam loyang selang seli dan untuk dapatkan sempurna kejadiannya.
12. Macam mana nak ‘marble’kan? Tengok foto bawah. Yang itu salah satu cara ya. Banyak cara sebenarnya. Bukan gambar saya. Gambar daripada internet. Akhir sekali guna skewer/lidi/pisau kecil buat pusingan swirl ikut sesuka hati sendiri.
13. Bakar selama 30 minit api atas bawah. 25 minit sebelum 5 minit akhir boleh cuba tengok kemasakannya dengan mencucuk ke bawah. Jika tiada terlekat. Mungkin , sudah masak.
EKSTRA INFO
* Setiap ketuhar/oven ada emosi perangai sendiri. Mungkin cepat panas, atau lambat panas. Tidak sama. Engkau perlukan oven thermometer letak dalam untuk pastikan suhu yang betul.
* Kandungan gula sudah dibuang lebih 30 peratus untuk mengurangkan manis. Aku tidak suka kek terlalu manis.
* Resipi asal menggunakan Milk Chocolate tetapi aku tukar guna Dark Chocolate, Milk Chocolate sangat manis dan kurang kandungan coklat sebaliknya Dark Chocolate kurang manis dan lebih entiti coklatnya. Tidak, resipi ini tidak guna serbuk koko.
Selamat mencuba. Kek ini sedap dimakan bersama kopi pahit atau teh hijau. Kek orang-orang dahulu yang tidak perlukan krim manis. Nampak tak foto bawah tu. Sedap sangat. Alhamdulillah. Memang sungguh menikmatinya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...