Walaupun hidup merantau, mak ayah dikampung jangan pula lupa difikirkan. Kenalah ambil tahu apa mak kita makan, sihat ke tidak atau apa mak kita buat setiap hari.

Jangan sesekali lepas tangan. Cerita cikgu Abd Ghani Haron ini banyak yang boleh kita pelajari. Lebih-lebih lagi bagi anak muda yang merantau.


KERAP BALIK KAMPUNG?

Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa kedah untuk sarapan) saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih dikampung.

“Walau Seribu Kebaikan, Tetap Takkan Sama Dengan Balik Kampung Jumpa Mak Ayah!

 

IKLAN

Saya menegurnya,”Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”Dia berkata,”Cikgu,walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua,tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah.

Tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya. Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.

Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan tv, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di komplek perniagaan di hujung minggu.”

Subhanallah! Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.

IKLAN

“Walau Seribu Kebaikan, Tetap Takkan Sama Dengan Balik Kampung Jumpa Mak Ayah!

Pada anda yang berjauhan denga ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini. Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibubapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.

Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan. Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain.

IKLAN

Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibubapa seketika. Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.

“Walau Seribu Kebaikan, Tetap Takkan Sama Dengan Balik Kampung Jumpa Mak Ayah!

Maka setiap hari saya insyaallah akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor dilaman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah. Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan dimata tuanya.

Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya. Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka. Wallahu’alam.

Kredit: Abd Ghani Haron

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI