Di dalam sesebuah rumah tangga, kena saling bertoleransi, saling membantu dan memahami antara satu sama lain. Jika suami keluar bekerja, isteri pula menguruskan hal rumah tangga andai tidak bekerja.
Dalam masa yang sama, suami jangan culas dalam bab pemberian nafkah kepada isteri. Namun, kena faham konsep nafkah dengan duit belanja tak sama ya.
Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidak meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin menerusi laman facebooknya.
Nafkah dengan duit belanja tak sama…
Nafkah yang perlu di sediakan suami ialah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan…ini yang wajib… Dan duit belanja plak, atas kemampuan suami untuk bagi…
Yang menjadi masalahnya disini, yang menyebabkan kita keliru ialah, pada perspektif si suami, dia bagi 300, setel, selesai tanggungjawab dia…tapi 300 tu la si isteri guna beli brg dapur, guna bayar bil, buh minyak kereta, bagi duit belanja anak skolah…cukup ke tidak? Tak cukup, jadi banyak isteri yanag mempertikaikan nilai nyg diberi tu…bila dipertikaikan, suami suruh untuk bersyukur, sebab dia BAGI JUGAK…
Ads
Bukan macam tu bang…tanggungjawab abang bukan terletak pada nilai 300 tu, tapi pada persediaan yang berbentuk tempat tinggal iaitu ansuran rumah, suami bayar….makan minum iaitu barang dapur kering dan basah, suami bayar…pakaian iaitu baju, tudung, seluar isteri dan anak2, suami bayar…dan perubatan iaitu apa saja kos ubat2an, pun suami bayar…ini nafkah…hukumnya wajib…
Pada perspektif si isteri plak, bila suami dah sediakan serba serbi, dah bayar hutang rumah, hutang kereta, bil2 utility, dah penuhkan dapur dengan barang2 kering, barang2 basah, dah beli pakaian untuk dia dan anak2, bayar medical card bulan2, tapi dia STILL NAK duit belanja…duit belanja ni bukan wajib ya, ianya atas kemampuan suami untuk bagi…benda2 wajib smua dia dah bagi dah…
Ads
Kenapa perlu DUIT BELANJA? untuk beli keperluan diri yang suami tak beli…benda yang isteri nak, teringin…
Sebab tu ingin saya nasihatkan, walaupun awak bekerja, berniaga, ada duit sendiri, sentiasa hidup dengan KEMAMPUAN SUAMI…bukan kemampuan AWAK…
Ads
Bersyukurlah walaupun suami tak mampu bagi duit belanja, tapi dia dah usaha sediakan serba serbi yang lain dengan cukup sempurna…hidup ikut GAJI SUAMI…
Nota kaki : Sekecil2 perkara pun kita boleh pertikaikan, namun fikirlah, hidup yg kita keluhkan ini ialah hidup yang orang lain mahukan…
Sayangkan isteri pasti seorang suami akan lebih prihatin terhadap bebanan tugas harian yang digalas oleh isterinya.
Lantaran itu, suami akan cuba untuk lakukan tugas mengurus rumah tangga secara bersama-sama bagi meringankan bebanan yang ditanggung.
Namun andai suami buat tak kisah, akan terlihat beberapa perubahan sikap pada isteri yang menunjukkan bahawa tahap bebanan sudah tidak tertanggung lagi.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Berat mata melihat, berat lagi bahu memikul
Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh sebab mereka bukan penat bekerja guna stamina, tapi mereka penat guna emosi dan mental.
Ini 6 tanda tanda ibu yang kepenatan :
1. Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.
2. Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.
3. Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.
4. Bila tenaga dah kering, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut kata hati. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.
5. Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.
6. Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.
Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.
Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia tak rasa rehat.
Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.
Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka.
Bila cukup je tidur isteri kita ni percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu yang kita pernah lihat.
Keperibadian Baginda yang cukup low profile dan prihatin menyebabkan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi perhatian rakyat jelata.
Terbaru mengenai Permaisuri Agong menggemari filem dari Turki telah membuatkan ramai teruja. Ini dikongsikan di Instagram houseofpahang yang berkongsi minat baginda terhadap kisah perjuangan sebuah empayar Islam yanga bertahan selama 600 tahun.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Aokme yang minat drama bersiri, jangan risau! KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pun antara yang layan drama kegemaran tau
Kalau aokme nak tahu, Seri Paduka Baginda gemar menonton drama bersejarah dan cerita romantik.
“Dulu drama Melayu, tetapi sekarang saya tonton drama Turki. Saya suka drama bersejarah. Sekarang saya tengok Resurrection Osman (Dirilis Osman) pula pasal pengasas Empayar Uthmaniyah dan Payitaht: Abdulhamid iaitu mengenai Sultan Abdul Hamid, Sultan ke-34 Empayar Uthmaniyah.”
Titah Seri Paduka Baginda, “Saya tengok drama ni dan jatuh cinta dengan Sultan Abdul Hamid. Awak juga patut tengok bagaimana orang berjuang demi empayar Islam, empayar terhebat yang bertahan selama 600 tahun.”
Seri Paduka Baginda buat Min rasa tertarik pulak nak tonton drama siri Turki ni! Tunggu apa lagi? Jom!
“Boleh buat stok bila musim dh hbis nnt… Ni sy sertakan resepi yg sgt senang utk yg klu berminat nk mncuba..”– Asni Craft
Apa Rasanya?
Jeruk rambutan ini rasanya masin-masin manis. Mungkin tidak semua antara kita pernah merasainya, tapi bagi orang dulu-dulu memang biasa sediakan jeruk rambutan ini.
Untuk itu, apa kata kita cuba menyediakannya dan rasai keenakan rasanya disamping dapat juga membangkitkan nostalgia dulu-dulu.
Cara Buat:
1-Rambutan mesti dipotong tangkai ( kna gunting sbb x mau bg buah tu terkoyak kulit dia)
2-Garam( secukup rasa) agak masin sikit la sbb kita rendam dgn kulit
3-Air
Rendam lebih kurang 2 mggu… ok, siap…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di