Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihann (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.
Dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran akan diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan. Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana.
Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan.
“Saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
Berikut antara ringkasan dari teks ucapan dari Perdana Menteri: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP 10/06/20 – 31/08/2020
1. Rentas negeri dibenarkan
2. Gunting rambut dibenarkan
3. Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
4. Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
5. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
6. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
7. Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
8. Pelancongan domestik dibenarkan.
9. Sempadan negara masih ditutup.
10. Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan.
11. Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
13. Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.
Pernah tak ada yang minta salinan kad pengenalan atau IC untuk kegunaan urusan tertentu.
Ia merupakan dokumen penting perlu dijaga untuk disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dalam aktiviti jenayah.
Selalunya kita akan memberi salinan IC tanpa tanda pada salinan berkenaan.
Hakikatnya cara ini salah dan bahaya jika ada penipuan.
IC kad yang telah di fotostat perlu dijaga atas faktor keselamatan serta disalahguna.
Sehubungan itu, baru-baru ini menerusi Jabatan Pendaftaran Negara telah memberi nasihat kepada orang awam agar berhati-hati mengenai tindakan berkenaan.
Dalam pada itu, turut memberi panduan cara yang betul apabila ada pihak yang meminta salinan IC.
Jadi caranya adalah dengan membuat palang dua garisan lurus pada dokumen tersebut dan tulis tujuan atau urusan apa pada dokumen berkenaan.
Lama tidak mendengar perkhabaran selebriti sorang ini. Beliau yang baru-baru ini mendirikan rumah tangga dijemput untuk berkongsi cerita di dalam program Hadith Open Mic.
Perkongsian dari Natasha Hudson ini cukup menyentuh hati. Sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.
Kaya jiwa itu lebih penting dari kaya harta. Akui Natasha, kekayaan jiwa bagi dirinya apabila diri tenang.
“Kekayaan jiwa bagi saya apabila kita tenang dan hati itu penuh. Dalam diri saya segalanya berkaitan keduniaan,impian saya dari kecil hingga besar mengejar harta untuk kegembiraan orang lain.
“Waktu tinggal di Hong Kong, ibu tak pernah miss ajar kami selalu bersedekah dan itulah yang saya praktikkan sejak kecil lagi, sedekah sedekah sedekah.
‘Waktu saya ke Yayasan Taklim waktu bulan puasa, mereka ada umumkan akan adakan Diploma dalam jurusan Islamik bergandingan dengan satu universiti.
“Terus saya cakap pada suami nak sambung belajar walaupun waktu itu saya sudah ada dua anak. Kami terus jihad dan belajar. Anak saya dari tak boleh merangkak sehinggalah boleh naik turun tangga. Walaupun saya tak boleh buat ini lagi tapi saya tetap lakukan sehingga dari diploma membawa ke ijazah.
“Apabila anak saya ikut ke tempat ilmu dan serap segalanya dalam usia yang masih muda, saya terfikir apa yang sebenarnya yang saya kejar selama ini. Sebenarnya harta sudah memadai bagi saya tapi ilmu yang saya peroleh itu yang sebenarnya. Saya mengejar harta akhirat pula.
“Saya nak belajar, nak anak banyak tapi ikut kemampuan. Dari anak pertama sehingga anak ketiga, sampaikan buat ijazah saya mengandung lagi.
“Dapat anak dalam masa yang sama saya sambung belajar, dengan pening, pusing tapi saya tak give up. Sampai saya jadi sangat agresif, dan serap semua ilmu. Kemudian saya nekad nak tinggalkan dunia dan nak ke Allah sahaja. Saya buat transformasi.
“Ada waktu itu saya pakai purdah sekejap kemudian buka. Bukan apa iman kita turun naik, dan kekadang bila kita ‘push’, limit tu akan ‘drop’.
Memiliki 3 anak perempuan, akui Natasha, merekalah harta yang cukup bermakna pada dirinya.
“Nabi Muhammad saw pernah bersabda, Kalau kita membesarkan tiga anak yang solehah dengan penuh kesabaran dan keyakinan kami akan dijanjikan Jannah. Inilah yang saya mahukan sekarang, kejar Jannah.
“Setiap hari siang dan malam saya berdoa anak-anak saya akan jadi anak solehah sebab apa yang ada di luar itu sangat menakutkan,”ungkap Natasha di dalam satu program Hadith Open Mic.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.