Ada tak duit rosak di rumah? Eh! Jangan buang. Sebenarnya duit yang rosak boleh ditukar untuk mendapat nilainya semula.
Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti duit terbakar, terkoyak, berlubang
kotor/lusuh, kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik), dimakan anai-anai
luntur warna, cacat,hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi.
Memiliki keluarga yang semuanya berkongsi minat yang sama pastinya satu bonus. Bagi Rose Malawati Mohd Ariffin, 46, aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya menjadi satu perkara yang dinantikannya setiap minggu.
Kelibat dia dan suaminya, Syd Ahmad Azimin Syd Jamaluddin, 45 dan dua anak-anaknya, Syd Asyraf Ukail, 22 serta Syd Haziq Uzair, 18 tahun yang turut berkongsi minat yang sama, sentiasa menjadi perhatian setiap kali mereka berkonvoi.
Lebih menarik lagi, tidak hanya sekadar minat malah satu keluarga ini turut menjadi ahli kepada Kelab Grup Famili Modenas Jaguh (FMJ).
Bagi ibu anak dua ini, minatnya mula cenderung selepas suami dan anak-anak mula sukakan aktiviti ini.
“Jujurnya saya bukanlah peminat motor apalagi motor berkuasa tinggi. Suami saya usah cakaplah, sudah semestinya itulah minat dan hobinya sejak dulu.
Malah sejak dulu lagi memang dia selalu bawa anak sulung kami setiap kali ada konvoi ke mana-mana.
Bila dah besar sikit, anak sulung saya, Syd Asyraf Ukail pula mengikut jejak langkahnya. Mungkin sudah terbiasa mengikut ayahnya ke mana-mana.
Berbeza pula dengan anak bongsu saya. Dia mulanya minta dibelikan sebuah basikal untuk menganggotai aktiviti kelasnya, tetapi saya larang kerana risaukan keselamatannya ketika itu.
Pada saya daripada keluarkan duit beli basikal baiklah beli sebuah motorsikal sahaja. Malah saya bagitau dia kalau dia setuju untuk dibelikan motorsikal, saya akan turut serta sekali bawa motor seperti ayah dan abangnya. Tanpa saya sangka dia bersetuju dengan cadangan saya. Itulahpermulaannya.”
Konvoi Di Hari Raya
Sejak itu, wanita yang pernah berkhidmat di sebuah bank selama 24 tahun ini mula memberanikan diri menunggang motorsikal berkuasa tinggi bersama suami dan anak-anaknya.
Destinasi Lukut, Negeri Sembilan dengan jarak sejauh 80km menjadi trip pertama bagi Rose Malawati berkonvoi bersama suami dan anak-anaknya.
Perjalanan selama dua jam setengah itu menjadi kenangan terindah buatnya.
“ Pengalaman pertama kali menyertai konvoi empat beranak adalah satu pengalaman yang indah buat saya. Seronoknya kerana bukan hanya menunggang motor sendiri tetapi lebih seronok lagi bila suami dan anak-anak ada sekali.
Menariknya ketika pertama kali, berdebarnya bukan main lagi. Malah tanpa disangka-sangka ada pula polis buat sekatan jalan raya dan tiba-tiba
enjin saya berhenti. Semuanya sebab panik. Walaupun panik tapi saya rasa seronok. Biasanya suami di hadapan, saya di tengah bersama anak bongsu dan anak sulung di belakang sekali.
Selepas itu kalau hendak ke mana sahaja terutama balik kampung di musim perayaan, motorsikallah menjadi pilihan suami dan anak-anak. Sehingga
kini boleh dikatakan setiap kali balik ke Teluk Intan dan Kuala Kangsar, kami berkonvoi empat beranak sahaja. Saya ikutkan sahaja.
Tidak dinafikan kelibat kami menjadi perhatian apabila berada di atas jalan raya. Mungkin kerana kami sekeluarga. Malah saudara mara sendiri dah tahu dan ternanti-nanti kepulangan kami berkonvoi setiap kali raya.
Tapi yang tak seronoknya, bila berhari raya dengan motor, terpaksalah lupakan bercantik-cantik di hari raya,” ujarnya yang turut berkonvoi ketika menziarah sanak saudara di hari raya.
Pilih Jaguh?
Menurut Encik Syd lagi, jaguh adalah motosikal yang tidak banyak cerewet. Malah kos pembaikannya juga rendah berbanding motorsikal berkuasa tinggi lain.
Selain namanya yang sudah hebat, alat ganti motorsikal ini cukup mudah untuk di dapati di mana-mana kedai di seluruh Malaysia dan ini menjadikan ia bukan satu masalah apabila mengalami kerosakan.
“ Paling penting minyaknya cukup jimat. Selain itu saya rasa jaguh antara motorsikal yang paling mudah untuk di tambah sebarang aksesori lain.
Nampak kena dengan semua aksesori yang ditambah.
“Kami pernah berkonvoi ke Gunung Semanggol, Perak dengan sejauh 330km dan minyak yang digunakan hanyalah RM25 sahaja. Bukahkah ia sangat menjimatkan,” ujarnya lagi sambil menyeru sesiapa yang berminat untuk menganggotai kelab ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya pada 15 Disember yang lalu, pelakon cantik jelita Intan Najuwa tampil berkongsi momen bahagianya ketika mengadakan majlis tahnik anak sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi beberapa momen sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Dapat dilihat, Intan turut menjemput dan menjamu beberapa pelajar tahfiz sepanjang majlis berlangsung.
“Majlis bertahnik Imane Laura,” tulisnya.
Paling menarik perhatian pastinya gaya bersahaja dan sederhana Intan yang dipuji ramai. Malah pelakon berbakat ini tidak mengenakan solekan yang tebal kerana sedang berpantang.
Perkongsian yang kini meraih lebih 1,700,000 tontonan itu kemudiannya dihujani komen netizen yang risau melihat raut wajah Intan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wajah pelakon berusi 27 tahun itu kelihatan penat dan pucat.
Intan bagaimanapun memberitahu yang dirinya masih dalam berpantang dan keletihan serta menahan sakit.
“Saya masih dalam pantang. Penat menahan sakit dan masih lemau lagi,” kongsinya.
Rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Intan dapat berehat sebaiknya ketika berpantang dan cepat sembuh.
Terdahulu Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertamanya, Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ikan masin kalau dihidangkan bersama nasi panas, ulam dan sambal belacan memang terasa hebatnya. Hangat dan terangkat. Sebenarnya taklah susah untuk hasilkan ikan masin sendiri di rumah. Senang sangat cara nak sediakannya.
Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh blog chesitinoor.blogspot.my ini. Nampak senang. Jom cuba.
Untuk pengetahuan, ikan gelama adalah antara ikan yang selamat dimakan time berpantang. Hoho inilah juadah utama aku masa dalam pantang. Sedap bila bakar.
Aku memang buat sendiri ikan kering ni dah dekat-dekat time bersalin. Ok, apa kata kita tengok macamana nak buat ikan masin gelama, boleh adjust tahap kemasinan dan tahap kelembutan isinya. ewah…
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
Garam
Cuka makan
CARANYA:
1. Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya dan jangan sampai putus.
2. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gambar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang.Cuci bersih-bersih.
3. Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segenggam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik then masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
4. Esoknya, bilas ikan. Masa ini kita adjust rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur.
5. Bilas bersih dan toskan. Sebelum susun atas talam, basahkan/percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka, bau cuka akan menjauhkan lalat daripada ikan.
6. Sila jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari hingga 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
*nota:
Aku biasanya jemur 1 hari, kul 10.00pg-4.30 petang. Ikan dah kering, bungkus dan letak dalam freezer.
Tips:
1. Jemur kat atas bumbung rumah, makin tinggi tempat, makin sukar untuk lalat hinggap.
2. Sentiasa pantau sebab kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan, nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
3. Ikan ini bukan kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam freezer untuk elak daripada busuk atau hapak.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.