Bakat seorang pemimpin yang ada dalam diri wanita bernama Zuraida Kamaruddin ini membuatkan beliau mudah merentasi laluan berliku dalam dunia politik apabila memenangi Pilihan Raya pada tahun 2008. Sekali gus dilantik menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Ampang. Terbaru, beliau dilantik menggalas tugas sebagai orang nombor satu di Kementerian Perumahan & kerajaan Tempatan.
Sebelum terjun ke dunia politik, YB Zuraida memulakan perkhidmatan dalam sektor swasta pada tahun 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau pada ketika itu menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun.
Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.
Selain bergelar Ahli Parlimen, YB Zuraida juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman.
Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.
“Kalau diikutkan pembabitan saya dalam dunia politik adalah secara kebetulan. Dan saya sendiri secara peribadi jenis yang akan buat yang terbaik di mana saya berada walaupun itu bukan pilihan saya. Dan itulah yang saya lakukan apabila berada dalam bidang politik yang sebelum ini tidak pernah terbayang pun akan aktif di dalamnya.
“Malah, waktu saya berada dalam bidang korporat, saya tidak minat dalam politik. Bahkan saya sendiri tidak pernah pergi mengundi. Waktu itu, saya beranggapan tidak ada sebarang perbezaan dalam hidup tentang siapa yang jadi menteri atau parti mana yang memerintah. Saya masih kena kerja dan laksanakan tanggung jawab ikut keupayaan sendiri.
“Sebenarnya bidang politik dan korporat tidak jauh berbeza kerana masih sama baik dari bab pengurusan, disiplin dan kepimpinan. Barangan berbeza iaitu politik tetapi masih sama dalam soal berhubung dengan manusia. Cuma mungkin mereka yang menyertai bidang politik tidak biasa dengan pengurusan cara korporat yang lebih sistematik dan disiplin.
Ads
“Disiplin adalah tunjang dalam setiap pekerjaan dan saya sudah biasa dengan hal tersebut. Sebab itu, tidak menjadi masalah untuk saya sesuaikan diri baik dengan orang bawahan seperti di kampung mahupun golongan atasan di peringkat menteri.
“Saya boleh anggap diri masih baru dalam bidang politik dan saya perlukan kekuatan dan kedudukan dalam mempengaruhi untuk membuat keputusan. Kalau dilihat kebanyakan jawatan tinggi dimonopoli lelaki. Sukar untuk mendapatkan suara dalam membuat keputusan.
“Alhamdulillah saya jenis yang ‘cepat tangkap’ dan daripada situ saya belajar serba sedikit tentang politik. Saya perlu menapak dalam satu tempat untuk menempatkan diri. Daripada situ saya membina kekuatan.
“Pada tahun 2004, ada persempadanan semula di Setiawangsa dan di situ peluang saya mengembangkan pengaruh dan memartabatkan suara serta memperkasakan wanita. Kebetulan juga waktu itu ada satu klausa yang mengatakan bahawa parti harus mengiktiraf pembabitan wanita.
“Kepentingan wanita dalam bidang politik terutama era masa kini yang mana penglibatan wanita membantu menaikkan produktiviti dan memartabatkan sesebuah syarikat kerana sifat wanita itu sendiri yang rajin, tekun, amanah dan membuat kerja. Bahkan permintaan untuk wanita menyertai politik pada masa kini lebih terbuka.
Ads
“Cuma wanita kena tahu struktur dalam parti dan tidak boleh masuk secara terus menggunakan ‘payung terjun’. Kena ikut laluan akar umbi. Kena tonjolkan kebolehan melakukan kerja terlebih dahulu, bila orang tengok dan yakin baru boleh meniti tangga jawatan satu persatu. Kena ada strategi baru boleh menampakkan keupayaan kita.
“Bukan hanya dalam bidang politik, bahkan kerjaya lain juga sudah ramai disertai wanita. Cuma saya berharap majikan tidak mendiskriminasikan jantina. Kerana keupayaan wanita bukan setakat dalam bidang pekerjaan.
“Wanita yang berada dalam dunia korporat atau arkitek misalnya, dalam masa yang sama mereka masih melakukan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah, Sepatutnya mereka ini dibayar gaji yang lebih tinggi. Saya mahu hapuskan jurang stereotaip supaya wanita dan lelaki dipandang sama atas kebolehan dan keupayaan diri.
Suka naik bas
Mengulas mengenai penerimaan keluarga, akui YB Zuraida sangat bersyukur kerana keluarga sangat memahami memandangkan sudah tahu cara kerja dan kebolehannya.
Ads
“Sejak dahulu saya amalkan masa yang berkualiti. Waktu bekerja, saya akan beri tumpuan sepenuhnya pada kerja. Begitu juga dalam soal keluarga, itu yang penting. Tidak ada masa untuk bersenang lenang. Tidak seperti wanita lain ke spa, saya tidak suka buang masa untuk berbuat demikian.
Dulu saya suka membaca tetapi kini sudah malas, sebaliknya saya tengok televisyen. ‘Healing time’ pada saya lebih baik sendirian tetapi kerja saya begini tidak memungkinkan saya berbuat demikian. Saya sudah biasa berdikari tetapi saya kena sesuaikan diri. Kerana itu saya suka naik bas atau naik flight untuk ke mana-mana. Waktu itu saya boleh fikirkan macam-macam perkara.
“Sejak dahulu lagi, saya jenis yang suka berdikari, selalu berinteraksi dengan kaum lelaki dan kerja-kerja saya banyak membabitkan kaum lelaki. Waktu itu, di dunia korporat, tidak timbul soal gender kerana pada saya siapa yang terbaik dia yang menjadi pemimpin. Tetapi masuk politik itu takkan terjadi pada wanita biasa.
“Soal berinteraksi dengan lelaki dalam dunia politik tidak menjadi masalah memandangkan latar belakang saya sebelum ini. Pengalaman saya banyak membantu dan tidak malu juga untuk saya sebut bahawa tidak semua lelaki itu pandai. Jadi, mereka tahu kedudukan masing-masing dan itu memudahkan kerja saya,”seloroh YB Zuraida sambil mengakui masuk ke bidang politik sendirian dan membina kekuatan politik dengan kebolehan sendiri.
Institut Wanita Berdaya
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida juga aktif dalam memperjuangkan polisi untuk meningkatkan taraf hidup. Untuk peringkat Negeri Selangor tercetusnya idea untuk menubuhkan Institut Wanita Berdaya.
“Ia satu badan pemikir untuk kaji dan hasilkan dasar untuk kemajuan wanita masyarakat dan keluarga di Selangor. Kertas kerja pertama adalah dengan penghasilan satu buku Dasar Wanita Selangor. Itu menjadi panduan apakah program yang boleh dilaksanakan kelak. Kami pastikan semua golongan wanita tidak terpinggir.
Sumber: Majalah Keluarga Mac-Apr 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun limau purut memang sering kali kita gunakan dalam masakan harian, jika tidak dibuat penyedap rasa masakan paprik, tidak sempurna pula jika tidak dimasukkan daun limau purut ini di dalam masakan tomyam.
Begitu juga dengan penggunaan limau kasturi, alangkah sedap rasa sambal belacan andai diperahkan bersama limau kasturi. Cukup sempurna rasanya. Atau paling tidak pun, sering kita gunakan buah limau kasturi tersebut untuk dijadikan minuman yang menyegarkan untuk seisi keluarga.
Menyedari betapa kerapnya kita seisi keluarga menggunakan beberapa jenis limau ini, alangkah baiknya andai ada sepokok dua ditanam di laman rumah. Jika terasa ingin menggunakan, terus boleh dipetik.
Pun begitu sebelum ada yang berangan lebih jauh tentang hal tersebut, jom kita pelajari cara menanam pokok limau kasturi yang dikongsikan oleh Pyan Sempoy dan semoga ianya bermanfaat.
POKOK LIMAU KASTURI – Teknik semai keratan batang
Hangpa tau dak selain guna biji benih & tut, kita boleh juga semai pokok limau kasturi guna keratan batang ?? Mesti ramai yang tak tau kan?
Daripada buang macam tu ja dahan-dahan pokok yang dipangkas, baik hangpa ‘cucuk’ kat tanah..nanti boleh dapat anak pokok limau yg baru..
Cara saya semai keratan limau kasturi :
1. Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, dah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut/muda & tidak terlalu tua
2. Potong & buang pucuk/daun/duri & sisakan 2-3 daun sahaja..
3. Potong separuh daun2 tu cucuk ke media yang lembap..saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit..padatkan media di sekeliling keratan jangan bagi dia bergoyang..boleh guna penggalak akar jika ada..lagi cepat dia berakar nanti
4. Sungkup menggunakan plastik atau apa-apa..saya guna cup atas bawah
letak kat tempat teduh sampai keluar tunas baru dan akar..siram sikit-sikit jika media nampak dah kering..kena buka sungkup pastu tutup balik
5. Boleh pindah ke bekas lebih besar jika anak pokok dah stabil
Boleh guna teknik ni untuk jenis2 limau yang lain seperti limau nipis, purut (susah sikit), lemon dll..selain tu semua jenis pokok jambu air pon boleh guna teknik ni juga..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasih seorang anak, enggan berjauhan dan mengambil risiko demi insan tersayang. Demikian situasi yang dialami oleh seorang pemuda apabila sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari. Menurut sumber, lelaki tersebut berbuat demikian semata-mata untuk melihat ibunya itu yang dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.
Usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai namun lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.
Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu dan dia sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.
“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.
Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.
Gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya telah tersebar di laman sosial sejak Khamis lalu dan membangkitkan kesedihan dalam kalangan warganet.
Before she died from coronavirus, the young Palestinian man Jihad al-Sweti used to climb into the hospital’s window to check up on his mother. 💔 #Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/uxmBIzrX5u
الشاب جهاد السويطي من الضفة الغربية يتسلق كل ليلة جدار المستشفى الذي تقبع به والدته للعلاج من فيروس كورونا من أجل دعمها ومواساتها.
والدته فارقت الحياة منذ قليل! pic.twitter.com/wYuHoS4Ng0
— Dr. Ramy Abdu| د. رامي عبده (@RamAbdu) July 16, 2020
Pahit akan manis akhirnya, awan pilu yang dulu melanda mereka sudah berarak meninggalkan sinar kebahagiaan buat mereka.
Kegembiraan keluarga besar ini cukup membuatkan ramai yang menjadikan mereka contoh.
Pasangan Abby Abadi suami, Mohd Faizal serta Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilihat contoh sebuah keluarga yang bahagia.
Malah, pelbagai aktiviti dilakukan mereka bersama baik bercuti atau keluar makan mahupun menyambut hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi bersama.
Disebabkan itu, Abby dan Norman sering ditanya bagaimana mereka boleh berbaik sedangkan sebelum ini pernah melalui fasa penceraian yang cukup menyedihkan.
Justeru, Pelakon Gerak Khas ini menerusi laman instagramnya berkongsi tips untuk semua terutama bagi mereka yang melalui fasa penceraian.
“Walaupun perceraian itu menyakitkan, Namun Sy percaya, penceraian bukanlah perkara yang buruk, ia adalah salah satu ujian dari banyaknya ujian ALLAH yang lain. Tak lalui, kita takkan pernah tau betapa kuatnya kita. Dan yg lebih penting, sama ada kita perbaiki diri selepas di uji, atau terus merosakkan lagi keadaan, PILIHAN di tangan kita ☺️ . “Dan topik ni sangat berkait rapat dgn Sy kannn.. ? Sy tulis ni sbb Ramai sgt yg bertanya pada Sy, mcmana buleh ‘baik sangat’ dgn Oman & Memey. Macamana buleh lupakan apa yg terjadi. Macamana itu, mcmana ini.. Sy jawab: Kehendak ALLAH.
Masa akan mengubati segalanya. Yang penting ‘Move On’.
Sy berkongsi pengalaman, berpesan2 & mengingatkan: Masa akan mengubati segalanya. Jangan kalah dgn emosi. Sikit2 sudah melayan perasaan itu. Bila bersedih, syaitan lagi suka. Mcm2 dihasutnya kita. Jadi yg sebaik2nya, MOVE ON! ☺️ Yg berlalu biarkan berlalu. Kita bina hidup baru ? . Akui kelemahan diri. Itu yg sebaiknya. Tiada yg sempurna diatas mukabumi ini. Yakin bila diuji dgn ujian berat sebegini, pasti ALLAH akan hadiahkan “pelangi” yg lebih indah nanti
Menurut Abby JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita
Inilah KEHIDUPAN ❤️ . Semakin kita mencari “kesempurnaan”, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya . Kerana sejatinya “kesempurnaan” yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan . Bila tak dapat memberi, jangan mengambil . Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci . Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih . Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit atau memberatkannya lagi . Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji . Bila tak dapat menghargai, jangan menghina . JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita ?
. Kehidupan dunia bagaikan mimpi dan bayangan yang tidak akan kekal . INGATLAH, Dunia boleh buat kita ketawa sesaat. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita menangis tak berhenti . Dunia boleh memberi kebahagiaan seketika. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita sengsara di neraka . Dunia boleh memberi pelbagai nikmat kehidupan. Namun di akhirat, kerana dunia lah kita diazab
. . ?Muhasabah Diri. Perbaiki kelemahan supaya kita semua dpt merasa Syurga Milik ILAHI. Semoga ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sentiasa melimpahi hidayah petunjukNYA pada kita semua. Aminnnn